Total Pageviews


Thursday 4 July 2013

Sedikit amalan menjelang Ramadhan untuk dikongsi bersama...

Alhamdulillah kita masih diberi nyawa oleh Allah tahun ini dan semoga kita dapat bertemu Ramadhan tahun ini. Iye, Ramadhan makin hampir.. tinggal 6 hari aje lagi dan kelazimannya saya sebagai sukarelawan Rumah Kasih Harmoni Rawang akan mencarikan dan mengumpulkan sumbangan dari rakan-rakan yang ikhlas membantu anak - anak ini pada Ramadhan dan juga Syawal kelak.

Tahun lepas RM650 dapat dikumpulkan dan tahun ini, setakat malam tadi alhamdulillah RM900 telah berjaya dikumpulkan dan dengarnya masih ada lagi yang berminat untuk turut sama menghulurkan sumbangan. Syukran Ya Allah, semoga anak - anak ini dapat berkongsi Ramadhan dan Syawal dengan gembira.. :)


Lihatla wajah - wajah ahli syurga di atas, gembira riang tawa mereka.. Semoga sumbangan kita yang tidak seberapa ini diterima Allah dan dapat menjadikan mereka insan yang berguna untuk agama, bangsa dan juga negara pada masa hadapan. InshaaAllah.

Rumah Kasih Harmoni Rawang ini turut menerima baju dan mainan terpakai selain dari barang keperluan seperti sabun mandi, shampoo, bedak, ubat gigi, berus gigi dan barang makanan serta minuman. Ada 40 orang anak -anak disini yang terdiri daripada anak-anak yang berumur antara 4 hingga 6 tahun sahaja.

Berikut adalah senarai kutipan setakat 3 Julai 2013 :

24.06.2013     RM300.00

26.06.2013     RM100.00
27.06.2013     RM100.00
01.07.2013     RM100.00
03.07.2013     RM300.00
Jumlah         RM900.00


Esok saya akan membeli barangan keperluan anak2 ini di Tesco dengan sebahagian wang yang telah dikumpul ini untuk keperluan mereka dibulan Ramadhan. Barang-barang tersebut akan saya serahkan pada hari Ahad ini, inshaaAllah.

Baki kutipan berkenaan akan saya gunakan untuk telekung project dan keperluan Hari Raya anak -anak ini nanti dan akan diserahkan kepada mereka dalam minggu ketiga Ramadhan. Dalam entri saya yang akan datang, saya akan jelaskan tentang telekung project for kids ini, InshaaAllah... :)

Sharing is Caring... sama2lah kita mengumpul saham akhirat...

4 comments:

  1. salam,

    boleh tahu macammana saya nak berhubung dgn pihak rkh rawang ni untuk derma dan sebagainya ..

    ReplyDelete
  2. wsalam...

    tq eim kerana berminat, boleh hubungi pn. siti norriha di no : 013-3012093 tapi buat masa ini beliau berada di Sarawak kerana beliau terlibat sama untuk set up Rumah Anak - Anak Yatim disana.

    ReplyDelete
  3. salam ela,

    tq, boleh saya dapat alamat ke sana

    ReplyDelete
  4. salam eim,

    sori, saya pun dh kehilangan alamat ke sana, boleh eim minta sendiri pada pn. siti norriha? saya pun akan sms kat dia tanyakan alamat, bila dia bg nanti sy berikan tp xdpt nak janji sbb kebiasannya sms sy lambat dibalas.

    ReplyDelete