Total Pageviews


Monday 18 May 2020

Ramadan 1441H

Anak - anak dari Pusat Jagaan Kasih Ilahi


 Syukur walau kita masih dalam PKP lagi, dapat sama - sama kita membantu anak - anak ini menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadan 1441H dan bergembira menyambut Hari Raya Aidilfitri 1441 H.

Terima kasih buat kengkawan semua yang menghulur sumbangan menaja anak - anak ini bersahur dan berbuka puasa serta meraikan hari raya kelak... Alhamdulillah...



Jom dik beratur ambil duit raya



Sumbangan dari kawan - kawan kami



 Seronok dapat bertemu walau tak dapat peluk dan cium anak - anak ni tapi dapat berjumpa dan mendengar celoteh mereka pun dah suka sangat buat seharian saya tersenyum simpul.... sungguh comel anak - anak ini. Semoga mereka dilindungi dan dijaga dengan baik... Buat Kak Aisyah (pengasuh) dan semua yang mengasuh anak - anak ini (seramai 53 orang anak - anak yatim dan asnaf berusia antara 5 hingga 6 tahun), Terima Kasih dan sesungguhnya jasa dan pengorbanan kalian hanya Allah swt yang dapat membalasnya... InshaAllah. Amin Ya Rabbal A'lamin....


Wajah kesayangan, kegembiraan terpancar...

Tuesday 25 February 2020

Kawan High School saya

Bukan senang nak bercuti memandangkan kerjaya saya akhir dan awal tahun pastilah sibuk tak henti - henti. Jadinya kesempatan cuti sehari ni balik PD nak selesaikan urusan rumah PD saya ambil kesempatan bertemu rakan sekelas semasa saya bersekolah di PD High School dulu...

Alhamdulillah seronoknya dapat jumpa Aju dan Haja, macam - macam cerita disampaikan dan betapa gembira saya dapat mendengar khabar berita dari rakan - rakan sekelas semuanya.. Alhamdulillah berjaya dah semua, seronok kalau dapat mini gathering ngan diorang ni semua...

Aju , Me and Haja @ Kedai Makan Haja
 

Friday 31 January 2020

Berpindah ke Syarikat baru...



Tahun baru, azam baru,jiwa je yang tak baru dan tubuh yang dah tak muda lagi...  😝

Begitu lah hukum alam.... Hilang tumbuh, patah berganti...

Bila terima surat arahan berpindah rasa hati ni Allah swt je yang mengetahui... pelbagai rasa dan pertanyaan bermain - main di fikiran....

Apapun 'life goes on' so just 'move on' dan saya percaya apa yang telah Allah swt takdirkan adalah hikmahnya dan adalah yang terbaik untuk saya.

Untuk semua rakan sekerja saya, 'thanks for everything' semoga anda semua akan lebih maju jaya dan syarikat akan terus berkembang maju.

Terima kasih atas 15 tahun 2 bulan rezeki saya bekerja disini. Alhamdulillah. Syukran ya Allah.. 💕


💘💘💞💞

Sunday 5 January 2020

Salam Tahun 2020







💗 Salam Tahun 2020 💗

Syukur jejak juga diri ke tahun 2020, terasa jauh benar sudah perjalanan 40 tahun usia ini. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi atas kurniaan usia ini. 

Kelazimannya, setiap awal tahun pasti kami sekeluarga akan 'celebrate' besday Kak Long dan Abang Mehad.  Alhamdulillah genap 60 tahun usia mereka di bulan Januari 2020  😍 

Semoga tahun ini akan lebih bermakna buat kami seisi keluarga dan ikatan kekeluargaan akan bertambah erat. InshaAllah....

 


Kak Long dan Abang Mehad 💕


Inilah Keluarga Anak Cucu Cicit Saerah 😊

Monday 27 November 2017

Anak Cucu Cicit Saerah Family Gathering 2017



Family Gathering 2017
Anak Cucu Cicit Saerah
The Kabin, Pantai Remis, Selangor
29 - 30 April 2017




Tahun ni kami semua dapat cenderahati kenangan - Payung
Simboliknya payung ni biarlah kita sentiasa bersedia dengan kemungkinan kemungkinan yang perlu kita depani pada masa hadapan bak kata pepatah... 'sediakan payung sebelum hujan....'





Sampai je kat The Kabin dah lewat petang so jenjalan jela sekitar hotel ni sementara nak pi dinner seafood malam nanti. Alhamdulillah makan malam sefamili memang seronok... sambil makan sambil bergurau menambah kemesraan...

Lepas makan kami layan main netball sementara tunggu giliran berkaraoke... ermmmm sukalah anak anak sedara yang dah besar panjang ni melontarkan suara... hahaha jangan tak percaya, kak long siap berduet lagi ngan farizal... lupa plak tajuk lagu.... hihi






Bangun pagi kami bekpes reramai... seronok wehhh... makan tdo je kerja kami ni... sebenarnya plan nk bekpes piknik kat tepi pantai tapi bila dh bentang tikar keluarkan makanan datanglah geng berbulu nak serang makanan kami... hahaha apalagi kemas kemas cabut lari masuk kawasan hotel semula lah gamaknya.... semua muka pucat nak ketawa besau pun ada gak... keh keh keh






Kenyang perut senang hati.... apalagi sesi berendam ramai ramai lah pulakkkk....







Sebelum balik kita bagi sket cabutan bertuah... Nampaknya tuah masih ditangan Kak Awie and Family... Juara bertahan tu.... 












Bye - bye The Kabin... InshaAllah nanti kami mai lagi....

Sebelum balik singgah dulu Pasar Pantai Remis beli seafood segar segar lagi untuk bekal bawa balik KL.






Sunday 26 November 2017

Shellout



Shellout + BBQ


Shellout ni tengah viral kat FB.... dok sume orang kata sedap sedap sangat so apalagi gigihlah cari bahan bahannya, salin resepi dan masak... hahaha hasilnya finger licking goods.... yummmiiieehh...
lagi lagi bila dapat makan bersama family tersayang kannnn... 


Happie Birthday to January Babies



Cik adek manis yang masak Shellout

Thursday 23 November 2017

I'm Back




Hello my fans....

opppssss... ada lagi ke fans saya ni? minta ampun bebanyak ye... bersawang bertahun lamanya blog elamayya ni...

sibuk tu alasan kan??? iyelah sebenarnya memang sibuk tapi yang benarnya kehilangan itu disebabkan ingin menyendiri...

okla takmau membebel lagi, kali ni saya janji akan update kisah - kisah yang mencuit hati buat peminat saya.... InshaAllah..


Love you guys....