Total Pageviews


Thursday 3 November 2016

Pertandingan Gotong Royong Ala 5S



Bulan Oktober 2016 diisytiharkan sebagai bulan Gotong Royong Ala 5S dan siap ada hadiah pertandingan lagi buat floor yang menang iaitu Pakej Percutian Ke Langkawi...

Maka sepanjang Oktober kami sampai tegang2 urat mengemas floor memasing atas semangat nak dapat hadiah ke Langkawi... dah terbayang2 nak shopping coklat... hehehehe

Akhirnya pada 1 November 2016 diumumkan pemenang pertandingan ini. Hampa... itulah perasaan kami kerana kalah tipis je markah kami dengan pemenang.

Adat bertanding, ada yang kalah dan pasti ada yang menang... Jadi, sebagai menghargai kakitangan di Jabatan saya yang telah memberikan sepenuh tenaga mengemas sampai demam2 saya hargailah pengorbanan ikhlas mereka dengan pakej foot and shoulder massage selama 45minit... Alhamdulillah dari muka mencuka terus nampak wajah tenang mereka kembali...

Thank you guys... Enjoy urut - urut ya... ;)



Token Of Appreciation



Bersama Para Juri Pengadil


P/S : Syioklah diorang dapat urut -urut, saya ni sapa pulak nak urut - urut, sakit tulang belakang akibat angkat kotak fail pun tak hilang lagi nih... hehehe... dah nasib badan, redho jer lah kan...