Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Illahi jumlah sumbangan terkumpul setakat jam 12malam ini telah berjumlah RM1,200.00. Terima kasih buat rakan2 fb sekalian. Semoga sumbangan kalian diterima sebagai saham akhirat oleh Allah swt.
Sharing is Caring....
Total Pageviews
Showing posts with label Me & Community. Show all posts
Showing posts with label Me & Community. Show all posts
Friday, 5 July 2013
Thursday, 4 July 2013
Sedikit amalan menjelang Ramadhan untuk dikongsi bersama...
Alhamdulillah kita masih diberi nyawa oleh Allah tahun ini dan semoga kita dapat bertemu Ramadhan tahun ini. Iye, Ramadhan makin hampir.. tinggal 6 hari aje lagi dan kelazimannya saya sebagai sukarelawan Rumah Kasih Harmoni Rawang akan mencarikan dan mengumpulkan sumbangan dari rakan-rakan yang ikhlas membantu anak - anak ini pada Ramadhan dan juga Syawal kelak.
Tahun lepas RM650 dapat dikumpulkan dan tahun ini, setakat malam tadi alhamdulillah RM900 telah berjaya dikumpulkan dan dengarnya masih ada lagi yang berminat untuk turut sama menghulurkan sumbangan. Syukran Ya Allah, semoga anak - anak ini dapat berkongsi Ramadhan dan Syawal dengan gembira.. :)
Lihatla wajah - wajah ahli syurga di atas, gembira riang tawa mereka.. Semoga sumbangan kita yang tidak seberapa ini diterima Allah dan dapat menjadikan mereka insan yang berguna untuk agama, bangsa dan juga negara pada masa hadapan. InshaaAllah.
Rumah Kasih Harmoni Rawang ini turut menerima baju dan mainan terpakai selain dari barang keperluan seperti sabun mandi, shampoo, bedak, ubat gigi, berus gigi dan barang makanan serta minuman. Ada 40 orang anak -anak disini yang terdiri daripada anak-anak yang berumur antara 4 hingga 6 tahun sahaja.
Berikut adalah senarai kutipan setakat 3 Julai 2013 :
Esok saya akan membeli barangan keperluan anak2 ini di Tesco dengan sebahagian wang yang telah dikumpul ini untuk keperluan mereka dibulan Ramadhan. Barang-barang tersebut akan saya serahkan pada hari Ahad ini, inshaaAllah.
Baki kutipan berkenaan akan saya gunakan untuk telekung project dan keperluan Hari Raya anak -anak ini nanti dan akan diserahkan kepada mereka dalam minggu ketiga Ramadhan. Dalam entri saya yang akan datang, saya akan jelaskan tentang telekung project for kids ini, InshaaAllah... :)
Sharing is Caring... sama2lah kita mengumpul saham akhirat...

24.06.2013 RM300.00
26.06.2013 RM100.00
27.06.2013 RM100.00
01.07.2013 RM100.00
03.07.2013 RM300.00
Jumlah RM900.00
Esok saya akan membeli barangan keperluan anak2 ini di Tesco dengan sebahagian wang yang telah dikumpul ini untuk keperluan mereka dibulan Ramadhan. Barang-barang tersebut akan saya serahkan pada hari Ahad ini, inshaaAllah.
Baki kutipan berkenaan akan saya gunakan untuk telekung project dan keperluan Hari Raya anak -anak ini nanti dan akan diserahkan kepada mereka dalam minggu ketiga Ramadhan. Dalam entri saya yang akan datang, saya akan jelaskan tentang telekung project for kids ini, InshaaAllah... :)
Sharing is Caring... sama2lah kita mengumpul saham akhirat...
Sunday, 9 December 2012
Meraikan bersama-sama...
Majlis kecil kami bersama anak-anak yatim Rumah Kasih Harmoni, Rawang.
![]() |
| All the children having a great time with Abang Comot the Clown. |
Saat mata bertentang mata dengan anak-anak comel ini, terngiang-ngiang kata - kata Prof Dr Muhaya 'anak-anak umur antara 0-6 tahun adalah ahli syurga... berbuat baiklah kepada mereka' sejurus itu airmata syahdu mengalir pantas membasahi pipi... betapa suci dan murni anak-anak ini dibawah peliharaan Allah swt.
Saya juga anak yatim ketika berumur 12 tahun. Selama saya bersekolah menengah, berada di kolej dan universiti betapa saya merindui ayah... bukan senang hidup tanpa ayah dan emak pun tidak sihat, seringkali keluar masuk hospital dan saat saya rasa ketakutan berseorangan, tiada orang yang menjaga cepat-cepat saya ingatkan diri bahawa Allah swt sentiasa bersama saya. Allah akan bantu saya, jangan takut...
MasyaAllah dan kini bila saya berhadapan dengan hampir 60 orang anak-anak yatim dan anak-anak dari ibubapa yang bercerai saya 'speachless'... hanya airmata yang mengalir... Syukur ke hadrat Allah untuk saat ini dimana saya amat mensyukuri nasib diri saya... Apa-apapun saya dulu duduk dirumah sendiri, katil sendiri tetapi anak-anak ini serba kekurangan dari saya. Saya amat insafi diri... Ya Allah, ampuni saya andai saya pernah menjadi hambaMu yang tidak bersyukur serta leka atas nikmatMu...
![]() |
| Mayya & her cousin, Erysa... |
Genap 4 tahun suka duka bersama Sumayyah, pinjaman dari Allah swt buat saya. Ayah dan Mama doakan Sumayyah menjadi ahli syurga, sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah swt. Mama mohon ampun dan maaf andai selama 4 tahun ini mama cuai menjaga dan mendidik Sumayyah.. Moga Allah swt berikan mama kekuatan dan kesungguhan untuk menjadikan Sumayyah sebagai khalifah Allah dibumi ini. Syukur kepadaMu atas hadirnya Sumayyah dalam hidupku... :)
Gambar - gambar sewaktu majlis berlangsung :
![]() |
| Abang Comot ngan baby Mizan.. |
![]() |
| Games - tiup belon dan belon yang meletop dulu dia yang MENANG!! |
![]() |
| siapa nak craft balloons??? - beratur semua.... |
![]() |
| goodies pack & party pack... |
![]() |
| KFC ~ sehingga menjilat jari... |
![]() |
| face painting??? |
![]() |
| kambing panggang ~ akikah kimmy |
![]() |
| hadiah buat pemenang... |
![]() |
| adik-adik yang sporting.. |
![]() |
| i love u, u love me... we are happy family!!! |
![]() |
| abg remy khusyuk melayan adik2 RKH..... |
![]() |
| storytelling kisah Nabi Muhammmad saw dan haiwan kesayangannya by Mama Ella |
Buat kak long, abg din, kak awie, abg mehad, kak ella, abg mahadir, abg remy, kak reen dan kak aidah, terima kasih kerana sama-sama menjayakan majlis kecil ini. moral support dari kalian buat adikmu ini hanya Allah swt yang mampu membalasnya... buat anak-anak buah tersayang : anim, anip, ea, syafiq, nurul, kimmy, erysa dan mizan tenkiu dear!!! busu loves you guys so much!!!
Buat Najua, Khadijah, Dzakiyah, Lily, sepupu saya Syahirah dan kak nora terima kasih turut hadir dan menyumbang untuk majlis kecil ini...
Buat Mama, insan yang amat menyayangi saya dan sentiasa memberi saya semangat untuk meneruskan kehidupan, hanya Allah yang mampu membalas jasa baik mama, saya doakan agar Allah swt kurniakan kebahagiaan buat mama.
Buat Pn.Norriha - terima kasih atas kesudian membenarkan saya menjayakan majlis kecil ini di Tadika RKH, bersama-sama menjayakan majlis ini.
Apa yang diniatkan semuanya dimakbulkan Allah swt, benarlah katanya... jika sesuatu perbuatan itu diletakkan niatnya kerana Allah SWT maka akan Allah perkenankan niat itu. Alhamdulillah majlis kecil ini berjalan lancar dan sempurna.
Sesungguhnya saya manusia biasa, maaf andai adanya kekurangan dan terima kasih atas segala kebaikan dan keikhlasan semua demi memeriahkan dan menggembirakan anak-anak disini.
Salam Sayang dari saya dan Sumayyah...
Sunday, 22 July 2012
Lawatan ke Rumah Kasih Harmoni
Alhamdulillah, setelah lama mencari akhirnya ketemu juga... :)
Sejak arwah ayah pergi menemui Ilahi saya tidak putus menerima bantuan kewangan untuk pelajaran dari Yayasan Anak-anak Yatim Port Dickson sehinggalah saya habis sekolah menengah. Dan sejak saya di universiti saya berazam akan membantu anak-anak yatim setelah saya telah bekerja..
Alhamdulillah, 1/4 daripada wang gaji pertama saya peruntukan untuk Yayasan Anak-anak Yatim Port Dickson dan seterusnya sehinggalah saya tidak bekerja di Port Dickson lagi. Dan hari ini saya selangkah lagi dengan menceburi diri menjadi sukarelawan di Rumah Kasih Harmoni Rawang.
Rumah ini menempatkan anak-anak yatim, anak-anak dari ibu bapa yang bercerai dan ada juga ibu bapa yang kurang berkemampuan turut menghantar anak-anak mereka disini. Istimewanya di sini anak-anak ini hanya berumur lingkungan 4 hingga 6 tahun. Memang amat memilukan melihat wajah-wajah ahli syurga ini yang hidup dalam kesempitan dari kecil lagi. Moga Allah swt melindungi anak-anak ini.
Sempena Ramadhan yang bakal muncul esok, saya dan rakan-rakan bersama-sama menyumbang beras, susu, milo, bihun, sabun mandi, dan peralatan serta baju kanak-kanak untuk anak-anak disini. Semoga Allah swt menerima sumbangan ikhlas kami ini.
" SeLaMat DaTanG RamaDhaN "
Subscribe to:
Posts (Atom)