Total Pageviews


Tuesday 16 July 2013

Minggu Pertama Di Bulan Ramadhan...

Bulan Ramadhan bulan ujian... Ujian mengawal nafsu manusia... Makan jangan berlebihan.. lebih-lebih lagi usah membazir... Bulan Ramadhan juga mengajar kita erti SABAR. Diawalnya keberkatan, pertengahannya pengampunan dan diakhirnya terlepas dari siksaan api neraka...

Tahun ini kedatangan Ramadhan dengan ujian yang berat dari Allah swt. Mungkin pada orang lain ianya ringan tapi buat kami kak long tersayang telah dilanggar ketika melintas balik dari terawikh. Tiada siapa minta kakinya patah dan alhamdulillah kak long terima denga redha ujian Allah ini buat dia. Kami adik beradik dan anak2 kak long sama2 muhasabah diri dan reframekan waktu masing2.. Sama2 bagi moral support kat kak long dan saling membantu menjaga kak long di ward.



Mayya lah yang paling rindu kat mak long... nak tidur je kata 'mama.. saya rindu mak long... saya nak peluk mak long..." hukhuk sayu hati mama mendengarnya. Setiap kali lepas solat pasti mayya berdoa agar Allah swt sembuhkan kaki mak long dan mak long dapat berjalan seperti sediakala. :)




Terima kasih kat toksu dan neksu sebab jemput kami berbuka puasa dirumah. Akibat kepenatan menguruskan kak long di hospital pantai dan transfer ke hospital universiti, offer busu ni tepat pada masanya.. ;) Mayya lah yang paling suka sebab toksu masak mee goreng.. walau pedas tetap dijamah dengan selera... *mayya tak aci, kalau mama masak pedas taknak pun makan... tapi kalau toksu.....



Hari ahad pula ramai saudara mara datang berkunjung melawat kak long di hospital.. saya plak sibuk uruskan rumah.. pagi2 dah ke pasar beli stok makanan untuk seminggu.. Siapkan hidangan berbuka puasa. Kak Awie dan Kak Ella akan join buka puasa sesama kat umah. Apalagi, asam pedas busu intanlah yang ditunggu... :)

Mayya dan Mizan khusyuk menonton Upin dan Ipin... hahaha, mayya tengok upin ipin makan ayam goreng, dia pun minta jugak.. Sib baiklah mama ade goreng ayam... 



Isnin ambil half day sebab nak hantar mayya ke kelas teakwando. Harini Master sedih sebab saya kata saya terpaksa stop kan kelas ini sementara waktu sebab takde orang nak bawa mayya ke kelas teakwando. Master kata mayya minat dan bersungguh dalam kelas, sayang sangat kalau mayya berhenti. Hati saya juga sayu tapi nak buat macamana kan... saya kena reframe kan waktu mayya sesuai dengan keadaan. InshaaAllah akan ada jalan penyelesaiannya nanti... :)

No comments:

Post a Comment