Total Pageviews


Tuesday 26 February 2013

Selamat Hari Lahir Abang Kimi...

Bulan Februari datang lagi, bulan percintaan kata orang. Semestinya bulan ini akan kami raikan 3 hari berturut.. 23hb birthday busu, 24hb birthday kimi dan 25hb birthday kak ella. Tahun ni kak Awie meraikan birthday kimi kat rumah dan kimi memang seronok menyambutnya bersama kengkawan dan saudara terdekat...




Selamat Ulangtahun kelahiran yang ke 9 tahun kimi... busu doakan kimi menjadi anak yang soleh, pelembut dan penyejuk hati mama dan ayah... :)

Tuesday 19 February 2013

Anak Mama dah besar?

Teacher  Su...

Alhamdulillah sejak akhir-akhir ni Mayya menunjukkan peningkatan yang baik dalam pelajarannya, lagi-lagi setelah Mayya ada "writing board" nya sendiri. Semakin hafal ABC dan mengeja dengan dua suku kata. Mayya pun makin rajin mengaji.

Semoga semangat mayya ni berkekalan dan mendapat ilmu yang bermanfaat daripada Allah SWT.   Go! Go! My Little Girl! :)

Saturday 16 February 2013

My Lunch...



Dah lama saya nak g makan kat Sushi King ni tapi tiada kawan yang nak temankan saya makan so kerana dah teringin sangat saya pun gi lah makan sengsorang... Alhamdulillah, rupanya seronok gak makan sengsorang ni sebab masa yang ada hanya untuk kita sendiri. Nak kemana, nak cepat mana... Its all yours... ;)

Wednesday 13 February 2013

Penang....

Seawal jam 8pagi kami bertolak ke USM Penang. "Mayya nak hantar abg ash and Lucy balik school.. ;)" itulah ayat mayya yang sayang sangat kat abang ash nye.

Dalam perjalanan ke Penang kami singgah Tg. Malim nak pekena pau.. *hampanya* sebab mesin kukus pau tu rosak... hukhuk, kepinginlah ash tak merasa...

***half boiled egg is my fav!**


Sesampai di USM dah jam 2ptg, kami ke Gurney Drive untuk makan tengahari. Haha, macam dulu gak, mayya tak suka suasana di Gurney Drive ni, sib baiklah ade McDonald yang berdekatan. Dapat Happymeal terus senyap dan mood pun bertukar ok. :)

***tata Lucy... will be missing you...***

Kami menjamu selera dengan pasembor, laksa penang dan char keoy teow... Alhamdulillah, enak sekali... Kami drop kan ash dan lucy di USM dan meneruskan perjalanan balik ke KL. Syukur jam 10.30mlm kami selamat tiba dirumah... Bantal dan katil dah memanggil... Mayya tidur lena sambil tersenyum riang... 

Tuesday 12 February 2013

Mandi sungai....

Yahoo... hari ini kami sekeluarga pergi berkelah di Sg. Semungkis, Langat. Tempat ni memang best, Impiana Country Resort... Kami memilih gazebo dengan sewaan RM10. memang selesa dan best sekali suasananya..

****sejuk***

Saya bangun seawal 5pagi bagi menyediakan nasi lemak ayam goreng dan mee goreng untuk dimakan semasa berkelah... Memang berselera semua makan setelah kesejukan bermandi manda... ;)

***we are a happy family***

Lepas makan kami sambung mandi lagi.... yeeehhhhaaaa...

***serannnngggggg***

***main pasir***

***we are cousins***

Sebelum balik mayya sempat lagi mewarna buku.. sungguh tenang apabila bersama alam... amat mendamaikan hati lagi-lagi dapat keluar dari hiruk-pikuk bandar metropolitan...


Alhamdulillah, tq Allah atas ketenangan ini... In shaa Allah pasni plan piknik BBQ pulak... haaaaa... sape nak sponser??? ;)

Sunday 10 February 2013

Moga ia kekal selamanya..



Lately ni mayya asyik nak bertudung... puaslah mama mencari tudung yang matching untuk baju mayya.. :) Semoga ianya kekal selamanya. Lihat mayya bertudung sejuk hati mama.. Alhamdulillah.

Monday 4 February 2013

Treats for Cinta Hati Mama...



Mayya agak liat nak ke sekolah hari ini setelah lama bercuti sakit disambung dengan cuti panjang.. Abis dari sekolah mama bawa mayya makan aiskrim kesukaannya dan singgah di Toys 'r' us bangsar village... apelagi rambang mata lah mayya tengok toys disitu... dan mayya balik dengan senyum lebar kerana memperolehi hasil tangkapan yang tidak mendukacitakan... :)

p/s : masa abang ash tolong pasangkan, terdengar abg ash nasihatkan mayya.. 'kalau mayya tak sayang mama, xtaula la mayya... bertuah lah mayya..." ;)

Sunday 3 February 2013

Majlis Pertunangan My Dear Niece ~ Anim

Tanggal 3 Februari 2013 anim mengikat tali pertunangan dan semestinya sebagai mak usu saya tak menang tangan membantu apa yang patut agar majlis berjalan lancar dan sempurna.

Apa yang istimewanya pada tengahari kami telah menjemput tahfiz datang memeriahkan kenduri doa selamat dan alhamdulillah para tetamu yang hadir turut diberikan sedikit tazkirah dari ustaz mengenai kepentingan perkahwinan di dalam Islam (sesi tazkirah ini diadakan dalam bahasa english kerana para tahfiz ini adalah dari international tahfiz). Terima kasih ustaz kerana saya benar-benar terharu dengan kupasan yang cukup menarik dan tidak jemu mendengarnya.



Jam 3 petang majlis sarung cicncin diadakan. Alhamdulillah, semoga ikatan pertunangan ini diberkati dan berkekalan hingga ke jinjang perkahwinan. Amin.



Opppsss... sebelum tu, tengoklah pelamin hasil gubahan saya, cantik tak? ;) 


Saturday 2 February 2013

Ujian Sakit

Saya ingat lagi pesan Prof Dr Muhaya... Kalau kita tengah sakit tak perlulah post kat fb ke, cerita ngan orang ke tapi mengadulah pada Allah swt dan bergantung sepenuhnya kepada Allah yang satu. Alhamdulillah saya sakit mata 10 hari berjangkit dari Mayya. Sakit saya teruk berbanding mayya dan perlu refer ke pakar mata. Alhamdulillah Allah telah menyembuhkan saya dan saya berjaya harungi 10 hari tersebut dengan hanya bergantung kepercayaan saya dan berdoa padaNya.

Apa yang saya akan ingati dari pengalaman ini adalah dengan memetik kata-kata dari Doktor Pakar Mata ini pabila saya bertanya kepada beliau mengapa anak saya sakit tak teruk tapi saya teruk hingga terbit darah dalam mata? Doktor dengan penuh kasih dan sayang menerangkan kepada saya bahawa bagi anak kecil, apabila penyakit datang, badan mereka akan mengeluarkan antibodi secara semulajadi untuk merawat sakit tetapi bagi saya pula setelah beberapa hari menjaga anak yang sakit pada malam hari dan siangnya bekerja badan saya telah lemah dan tidak berupaya untuk melawan sakit.

Saya insafi diri dan makin menyedari kehebatan Allah. Allah memberikan kasih sayangnya kepada anak kecil yang tidak berdosa dan saya bersyukur dan amat percaya dengan keredhaan saya dan kesabaran saya menahan sakit akan gugurlah beberapa dosa saya dan mudah-mudahan saya beroleh rahmat daripadaNya. Amin...