Total Pageviews


Tuesday 27 December 2011

Menara Alor Setar


Alor Setar, Kedah merupakan destinasi terakhir perjalananku tahun ini. Sejak tahun 2009 aku idamkan untuk naik ke Menara Alor Setar dan syukur akhirnya pada 22 Disember 2011 aku dapat menaiki puncaknya melihat sekitar pemandangan di Alor Setar. Kata kakitangan Menara disitu, jika disiang hari pemandangan boleh menjangkau ke Thailand... :)

MasyaAllah, betapa hebatnya kuasa Allah swt yang menciptakan dan mengilhamkan manusia sehingga terciptanya menara ini serta ilmu teknologinya sehingga mata dapat melihat seluas-luasnya pemandangan. Terdetik dalam hati bahawa Allah Maha Melihat dan tidak sedetik pun pandangannya luput dari hamba ciptaanNya..

Allah swt berfirman didalam surah Ar - Rahman : ayat 1 - 13 yang bermaksud "(Allah) yang Maha Pengasih. Yang telah mengajarkan Al-Quran. Dia menciptakan manusia, mengajarnya pandai berbicara. Matahari dan bulan beredar menurut perhitungan, dan tetumbuhan dan pepohonan, keduanya tunduk (kepadaNya). Dan langit telah ditinggikanNya dan Dia ciptakan keseimbangan, agar kamu jangan merosak keseimbangan itu. Dan bumi telah dibentangkanNya untuk makhluk(Nya), didalamnya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang, dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

Nah... hebat sekali kitab Allah dan bertuah kita sebagai umat Muhammad saw yang dianugerahkan Al-Quran sebagai pedoman dan panduan... Melihat kebesaran Allah swt ini amat menginsafkan diri dan bersyukur atas rahmatNya kepada kita semua. Betapa luasnya bumi Allah dan betapa hebatnya ilmu pengetahuanNya yang menjadikan diri ini terasa amat kerdil.


Tidak sekadar menjamu mata... perut juga dijamu diatas menara. MasyaAllah sekali lagi diri terasa bertuah kerana dapat makan steamboat di restoran berputar. Makanannya disediakan oleh Felda D'Saji terasa enak sekali dengan harga berpatutan RM29.00 seorang. Syabas kepada Felda yang memartabatkan nama bangsa dipersada negara. Sambil menikmati keenakkan steamboat bersama rakan sekerja, tempat duduk berputar menyaksikan pemandangan Alor Setar dari semua arah. Syukur padaMu atas pengalaman ini.

Sunday 11 December 2011

~ Utusan Malaysia - 9 Disember 2011 ~


Seminar Pengauditan Anak - Anak Syarikat dibawah Agensi Milikan KKLW telah berlangsung pada 8 Disember 2011 dengan dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kewangan syarikat. Seminar ini dianjurkan oleh Unit Audit Dalam KKLW bertujuan untuk memberi pendedahan kepada anak syarikat milik agensi tentang cara audit dilaksanakan diperingkat Audit Negara.

Syabas diucapkan buat warga Unit Audit Dalam KKLW dalam usaha murni memperkasakan bahagian audit dalam di agensi. Begitu banyak ilmu baru didedahkan dan cara agar dapat mengelakkan dari berlakunya urusniaga yang diragui.

Hati saya amat tertarik dengan Amanat yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Mohd Shafie Bin Apdal dimana beliau amat perihatin agar semua Pegawai yang dipertanggungjawabkan di agensi melaksanakan kerja sebagai suatu ibadah dan bersikap jujur serta amanah dalam melaksanakan program kerajaan dan perniagaan yang menguntungkan kesemua pihak terutama buat rakyat miskin tegar diluar bandar.

Semoga dengan pendedahan ini, agensi yang terlibat dapat membersihkan nama agensi dan berbakti kepada rakyat diluar bandar.. Maju Agensi, Majulah Negara.....

5 Disember 2011


Tanggal 5 Disember 2011 genap 3 tahun usia Sumayyah... Alhamdulillah, sambutan majlis kesyukuran sempena ulangtahunnya telah selamat diadakan dengan sambutan yang sederhana bersama kawan-kawannya.

Dapat dilihat wajah-wajah gembira kanak-kanak yang datang meraikan majlis sehingga kek harijadi menjadi kegilaan ramai dan sebelum sempat dipotong telah dirasmikan dengan tapak tangan baby Zahirah... hehe...
 teringat suara si mayya 'baby... nape buat kek ni?? ni kek yaya lah'.... Alahai mayya, baby kecik lagi, masih belum mengerti... sebagai ibu aku memujuk anakku sambil tersenyum...

Bermula jam 11.30am dan berakhir jam 4.00pm, dan walau keletihan tapi hati ini amat puas melihat tetamu pulang dengan wajah yang puas dan penuh keriangan...

Buat anakku, Sumayyah.. moga mayya sentiasa dilindungi Allah swt, dibimbing olehNya agar mayya menjadi anak yang solehah... Semoga mayya menjadi insan yang berguna buat keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.. Doa mama sentiasa mengiringi hidupmu...

Sunday 27 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433


Alhamdulillah 31 tahun telah berlalu dan hari ini ku melangkah ke tahun 32 kelahiran dalam bulan Islam... Syukur pagi ini Allah swt mengizinkan aku bernafas bagi menyelusuri tahun baru bersama Mayya tersayang... Setelah bermuhasabah diri semalam, hari ini ku tekad meneruskan kehidupanku sebagai khalifah Allah dan memikul tanggungjawab sebagai ibu kepada Sumayyah...

Bila dihitung, syukur dalam pahit ada manis dan segala onak duri ranjau kehidupan ku tempuhi dengan ketabahan dan kesabaran. Thank You Allah for always being with me... Kau lah pencinta sejati... yang setia dan sentiasa bersamaku. :)

Tahun 1433 ini, dah berjela senarai yang akan kulakukan dengan izinMu... antaranya aku nak meneroka bumi Allah yang Maha Luas ini.... disamping mengembara, pastikan mengambil iktibar dari pengalaman penduduknya.. bagaimana mereka mengamalkan ajaran Islam, pasti kita bersyukur kerana membesar di bumi Malaysia. :)

"Demi masa manusia didalam kerugian".... oleh itu, mengenangkan 6 tahun yang telah kusia-siakan, tahun ini aku berazam untuk melanjutkan pelajaranku ke peringkat master... InsyaAllah... *mayya, mama is schooling again! ;) dah tua rasanye.. hehehe*

Berazam untuk mempelajari bahasa Arab yang asas sebagai langkah permulaan... bercakap tentang bahasa Arab ni kan, aku terpanggil untuk mempelajarinya kerana rasa malu ketika mengerjakan umrah baru-baru ini. MasyaAllah sepatah haram pun tak reti... malunya sedangkan bahasa Arab adalah bahasa syurga.. dan pada hari terakhir di Kota Mekah, azam ini kutanam dan amat mendukacitakan sehingga detik ini aku tidak memulakan lagi asas pelajaran bahasa Arabku ini.. :'(  "Ya Allah, lapangkanlah hatiku... Permudahkanlah pembelajaranku menguasai bahasa syurgamu ini. Amin Ya Rabbal Alamin"

Itulah diantara azamku yang paling kurasakan besar sempena Hijrahku ini... tanpa angan-angan tiada impian, dan tanpa impian beserta usaha dan doa maka tiadalah kejayaan...  :)

Islam itu indah dan kejayaan juga menjadikan kita bersyukur atas segala nikmat yang Allah swt kurniakan pada kita. "I love Islam & I want to be a good Muslimah"

My Home Made Laksam


Actually dah lama teringin sangat nak makan Laksam... so sempena tahun baru ni memang berazam nak masak masakan yang tak pernah dimasak sepanjang 31 tahun ini.. ;) Nah, inilah hasilnya... yang pasti mayya makan dengan penuh selera... *sayang anak mama... :) *