Total Pageviews


Sunday 30 September 2012

Mayya & Erysa...

'Intan, free tak saturday ni? Abg remy ajak dtg rumah.. datangla awal, leh lepak lama2'

terima bbm ringkas dari kakak iparku. Wahhh seronoklah mayya dapat menghabiskan masa bersama Erysa. :) Dan sabtu itu dihabiskan dirumah abg remy.. Tq kat abg remy and kak reen... mmg sedap lauk yg dijamu serta velvet cake tu.. 'kenyang perut suka hati'.. Alhamdulillah... :) Nanti bila free, kami datang lagi... InsyaAllah. :)


waktu untuk minum susu!!!

Sunday 23 September 2012

Tetamu dari Jeddah...

Pagi - pagi lagi dah bangun, kemas rumah dan menyediakan sarapan dan juadah tengahari. Amat istimewa hari ini kerana kami akan menerima kunjungan dari tetamu yang telah hampir 10 tahun tak bertemu. Ya, Abang Abdullah dan keluarganya akan singgah dirumah dalam menghabiskan percutian 10 hari di Malaysia.


mayya + mizan dan Nada (anak abg abdullah)...

Sebelum balik, Abang Abdullah bagi ole2... Terima kasih yang tak terhingga... terasa rindukan mekah dan madinah bila menerima ole2 ini. Amat terkesan dihati.. Semoga dapat ke sana lagi. Amin. :)


Surah Al-Fatihah from Saudi... :)

Wednesday 19 September 2012

Seoul Escape.... ~ Day 4 & 5

Day 4 ~ 9 September 2012


Pagi ni kami ditemani Shaufi pelajar jurusan elektrikal engineering. Shaufi memang peramah dan pandai menerangkan tempat - tempat yang kami lawati. Memang Fun!! :)


keledek bakar mmg popular kat korea.. :)


tunggu bas


siap posing dlm bas tu...

Saya memang nak puji sistem pengangkutan awam kat korea ni.. very efficient gtu.. takdelah nak kena tunggu lelama sampai berjanggut. Boleh je semak arriving time bas ni kat handphone tu. Memang tepat!! 



Akhirnya kami tiba di Namsan Traditional Korean Village. Wahhhh.. memang best kat sini nak tau kenapa? tapi sebelum saya bagitau kenapa saya minta maaflah sebab comparing apa yg ada di Malaysia dengan negara lain. Saya cuma jujur dan saya sayang Malaysia, kalau boleh saya juga nak malaysia setanding negara lain - itu juga doa saya.. :)

Apa yang saya katakan best kat sini sebab tempat ni hidup. Penuh dengan aktiviti, tak bosan... mereka gunakan sepenuhnya apa yang ada disini bersama keluarga. boleh tengok pada gambar-gambar kat bawah ni seisi keluarga bermain permainan tradisional bersama, terdengar kanak-kanak tertawa riang main bersama... Masa berkualiti bersama keluarga setelah berhari-hari sibuk bekerja...












Kat sini juga ade sewa pakaian tradisional korea dan apalagi, kami pun  sibuklah berposing.. memang cantik, terasa macam orang korea dulu - dulu.. #perasan gtu... hihi












Puas berjalan akhirnya kami tiba di Seoul Tower.... Seronoknye.. taktau kenapa rasa teruja sangat2... :)



Rupanya bukan senang nak sampai ke puncak, punyalah menyenget bukit tu, memang pancitlah kami yang unfit nih... hehehe, dalam hati dok kata xpelah susah nak naik turun lajuuuuuuu.... 





Kat dalam Seoul Tower ni ade Teddy Bear Museum tau... memang klas... teddy bear yang ade ni siap bergerak2... mereka buat teddy bear ni dalam 2 abad yang menunjukkan korea di zaman dahulu dan korea sekarang ni. Memang comel... :)
















Kalau ade sape yang nak kirim surat cinta, leh je tulis dan pos dari sini... ;) #wow!!Romantik!!




I am here!!


saujana mata memandang...


N for ........ ;)
Dalam menuruni bukit tu terjumpa dengan sekumpulan aktivis korea.. tak pahamla ape yang mereka cakapkan tapi menurut shaufi diaorang ni tengah nak kumpulkan tandatangan tourist kat sini.. kami pun layan jelah dan bergambar kenangan bersama.. :)







Puas berjalan kami dibawa Shaufi ke kedai makan vegeterian... Masa masuk ke dalam kedai ni nampak ade 2 group rakyat malaysia melayu yang dok tengah makan.. seronok jumpa orang kita kat sini. :)






Makanan yang terhidang memang sedap, Alhamdulillah kenyang perut kami. Saya belajar sesuatu masa kat restoran ini. Rupanya, masa rehat bagi pekerja, mereka semua akan berehat serentak dan kami kena menunggu sehingga habis waktu rehat mereka barulah kita akan dilayan semula. contohnya rehat jam 1 hingga 1.30pm so kita sampai 12.50pm jawabnye after 1.30pm lah makanan kita akan terhidang... ;) #agak2 boleh buat camni tak kat malaysia???





kembar ke ni??? ;)








Perut dah kenyang so apalagi teruskan bershopping sampailah ke malam, shaufi pon layan jela makcik2 nih...... :) ehem2... sorilah gambar kat atas tu gara2 nak bergambar kpop lah konon.. ;) sib baik abg kedai tu sporting abis... haha!!






Dua hari lepas kami solat kat dalam kedai makan, ade yang minum arak tapi kami selamba sembahyang celah tangga, okla diaorang sporting tak marah kami solat cuma pandang2 pelik je kot tengok ape kami buat, so arini pengalaman solat kat laluan tangga dalam bangunan opis. Jaga bangunan tu memang sporting siap bagi kami solat kat situ. Orang yang lalu lalang pun tak kisah. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami untuk bersolat. Bila selesai urusan dengan Tuhan, maka hati pun lapanglah nak bersuke2... ;) #Astafirullahal'azim...


Day 5 ~ 10 September 2012




Pagi ni rasa sedih dan menyelubungi kami sebab hari ni kami akan pulang ke Malaysia... #back to work gtu... So pagi ni kami habiskan bekalan makanan yang ada dan sementara menunggu check out time kami bershopping lagi kat kedai sekitar hotel... :)


Raher datang jemput kami dihotel dan dropkan kami di airport... Dalam rasa sedih seronok juga nak balik jumpa yang tersayang... rindu mula menambat hati kami... :) InshaaAllah ada rezeki kami akan kembali ke Korea, Busan maybe??? ;)

Tuesday 18 September 2012

Seoul Escape.... ~ Day 3

8 September 2012



Morning guysss!!!!

Bangun awal untuk solat subuh, member 2 orang tu masih lena dibuai mimpi so siapkan breakfast...  Apa ye nak masak, ermmmm.. sotong salai semalam campur dalam nasi goreng pun sedap ditambah dengan sambal kentang ikan bilis mak aju pasti terangkat... Nyum2..







Setelah perut diisi kami memulakan perjalanan untuk tour kami hari ni. Bye2 abang Is, harini kami ditemani pula oleh Din. Arini kami akan melawat tempat2 bersejarah di sekitar Seoul dengan menaiki keretapi.. :)





cepat2 ....  sebelum org ramai.. ;)






Dekat subway diaorang ni ade muzium seni.. Memang berseni karya yang dipamerkan... Setiap gambar punyai ceritanya yang tersendiri... 










Alhamdulillah puas turun naik train, (siap silap naik train lagik.. ;) ) kami tiba di Gyeongbuk Palace.. haaa.. teringatlah cerita Korea zaman maharaja diaorang dulu2 tu...















































Kat sini juga dipamerkan tempat menyimpan keperluan makanan istana sewaktu musim sejuk. Beginilah tempat dimana bawang, cili, kimchi dll disimpan... semuanya tersusun rapi. 

















Setelah puas melawat seluruh istana kami berkesempatan bergambar bersama pengawal istana. Perasaan berdebar dan ade jugak rasa takut sebab diaorang ni berdiri tegak exactly macam patung. langsung tak bergerak... Apapapun this is cool... memang terasa macam zaman dulu2 aje.. ;)














Kaki terus melangkah, destinasi seterusnya ialah muzium - the story of King Sejong...















Apa yang saya faham, raja ni pandai ilmu falak.. memang jelas peralatan untuk ahli falak amat updated pada zaman tersebut... Saya amat kagum dengan kepintaran yang mereka miliki...





Ok, perut dah lapar minta diisi... so arini Din bawa kami makan nasi beriyani tapi saya dan aju decide nak makan roti aje dengan kuah kari.. Alhamdulillah.. sedap.. :)








Selesai makan, kami meneruskan perjalanan kaki ke Masjid Seoul... dalam perjalanan tersebut kelihatan banyak restoran halal dan juga kedai buku islam... 













Inilah masjid Seoul... indah pemandangan disini kerana masjid ini didirikan di atas bukit... gadis2 seoul yang berhijab juga amat manis... :)





Ok, kami ke Dongdaemun pula.. haaa... kalau dah datang sini apelagi, nipiskan poket dah jadi kemestiaan... Hahahaha!!















Alhamdulillah memang seronok cuci mata kat sini... barang2 korea especially aksesori handphone memang comel2 dan cantik.. tak alah membeli kami disini... ;) Badan terasa amat letih terutama sekali kaki ni tp sebab dek hati yang gembira kami gagahkan juga melangkah... sampai hotel apalagi, zzzzzzzz....