Total Pageviews


Saturday 28 January 2012

~ Bersama Aliya ~

Kali ni, saya dan mayya bercuti bersama Aliya dan mamanya... Percutian ini disponser oleh mama Aliya... Tq Aju... :) Destinasi kami, Colmar Tropicale dan Kuala Gandah Elephant Orphanage Sanctuary.

Memulakan perjalanan ke Bukit Tinggi, Pahang terdengar suara riang Mayya dan Aliya di seat belakang.... Seronoknya budak2 ni nak pergi bercuti...


Suasana di Colmar Tropicale amat mendamaikan... terasa amat ringan kepala ini, hilang segala stress tambah2 lagi melayan kerenah budak berdua yang amat comel ini... hehe... Inilah aktiviti2 si mayya dan aliya di sini... tergambar wajah2 kegembiraan dan betapa excitednya mereka... haha!


Colmar Tropicale

Mayya & The Black Swan

Aliya - Horse Riding

Mayya seronok naik kuda... (maaf, kualiti gambar xmemuaskan)

Bambi.....

Membawa anak-anak kecil keluar dari kesibukkan kota demi mengenalkan mereka tentang alam.. mengenal binatang dan tumbuhan merupakan proses pembelajaran yang amat berkesan... hati amat puas menjawab segala persoalan si aliya yang amat celoteh bertanya... Si Mayya pula dgn sense nye ingin memegang sendiri bagi merasa fizikal si bambi dan si arnab tanpa rasa takut... Melihat mereka keriangan berlari, bermain dan gelak ketawa terasa lega dihati seorang ibu dapat menggembirakan si anak... :)

Keesokkan hari lepas check out kami ke Kuala Gandah di Lanchang, Pahang... Niat hati nak naik gajah malangnya kami kelewatan sesi menaiki gajah kerana jalan masuknya mengalami kesesakan dan by the time we reached the entrance the time is out... :( Walau terasa sedikit sedih tetapi hati redha... adalah hikmahNya yang tidak saya ketahui. Syukur juga sempat bawa mayya & aliya melihat gajah... Mayya memanggilnya "Baby Gajah" sehinggakan Mat Salleh kat situ pun tersenyum melihat wajah girang si mayya memanggil gajah datang dekat padanya... hehe..

ada rupa anak gajah ke? ;)

Thank You Allah swt atas kurniaanMu ini. Doa saya dan aju semoga kami dapat bersama2 lagi membawa si mayya dan aliya ke destinasi lain pula selepas ini. Amin... :)

Thursday 26 January 2012

............USIAKU 32 TAHUN........

13 Januari 2012
Penerbangan : KLIA - Kota Kinabalu 1140am


Alhamdulillah... syukur kehadrat Ilahi kerana masih memberi peluang menikmati kehidupan di dunia ini. Hari ini dan 2 hari seterusnya akan dihabiskan bersama Mayya dan kawan baik saya, TJ... ;)

Di airport TJ belanja birthday cake... Tq TJ.. moga murah rezeki selalu... :)



Alhamdulillah... sesampai di Kota Kinabalu, Sabah semuanya berjalan lancar. Melihat suasana KK sambil2 jamu mata di Pasar Filipina... *orang perempuan ni kan suka window shopping...* ;) ada gak beli sikit untuk ole2 orang di KL...



Hari kedua, kami ke Muzium Sabah. Free entrance, that's so cool!!! Banyak info disana sambil2 menambah ilmu pengetahuan. Cultural Village Sabah kat Muzium tu saja... dapatlah tengok rumah2 warga peribumi sabah.. sangat menarik.. paling best, menaiki jambatan gantung kat situ.. xdelah gayat pun cuma nak handle si mayya yang berlari riang (tak reti takut anak mama ni.. ;) sambil menggendong 'buggy' mayya seberat 4kg... hahaha! macam supermak rasanye...



Penat tapi semuanya hilang melihat si mayya tertawa riang dan hepi jalan2 di Sabah... setelah 2bulan bekerja non stop dan balik lewat, terasa 3 hari ni amat berkualiti mengeratkan hubungan si anak dan ibu... :)

Sebelum kami balik ke Kuala Lumpur sempat lagi kami singgah di Pasar Besar Kota Kinabalu untuk membeli udang segar... Murah sangat udang disini berbanding di KL. paling penting 'fresh from sea...' :)

Alhamdulillah, kami selamat tiba di KLIA lewat petang 15 Januari 2012. Terasa puashati dan syukur tak terkata buat Allah swt yang menghadiahkan pengalaman dan pengajarannya. Inilah bukti kasih dan sayangNya pada saya. Janji saya akan menjadi hambaNya yang lebih baik dari semalam... InsyaAllah.

Sesampai dirumah, bahan masakan telah ready, buka kotak dan nahhhhh.... inilah hasil tangan Kak Aidah yang membuatkan terkeliur serumah dimakan dengan nasi panas2... nyummmiiiieeeessss... :) tq kak Aidah..



Sebelum mengakhiri entri ni saya nak petik kata2 Prof Dr. Muhaya : "Everytime we complain or blame it means we are not taking 100% responsibility of our life and that is a stairway to unhappy, unhealthy life. At every moment we are responsible for the choices we make. Our life up to now is a sum of total of our choices. Start making different choices and decision and our life will be DIFFERENT"

Sunday 22 January 2012

Bila niat disalahertikan.

Kisah ini mengenai keikhlasan hati.. sebagai hambaNya, hanya Dia yang tahu keikhlasan hati seseorang. Paling penting setiap tindakan dan perbuatan kita sehari-harian adalah kerana Allah swt. Apa yang telah berlaku hendaklah dijadikan iktibar. Kita audit diri kita sendiri. Jangan mencari kesalahan orang malah keaiban pihak yang satu lagi tetapi kita muhasabahlah diri sendiri, mencari kekurangan dan kelemahan diri sehingga terjadinya sesuatu perkara tersebut. InsyaAllah, segala kekusutan akan terlerai dan dengan sendirinya keredhaan itu hadir didalam diri.

Apa yang telah berlaku sejak akhir-akhir ini amat mematangkan diri sendiri... kisah dipejabat, kisah rumahtangga dan nilai persahabatan semuanya diduga Allah tanpa hentinya. Alhamdulillah, semakin diri ini diaudit semakin bersemangat rasanya ingin memperbetulkan diri. :)

Paling penting, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan apa yang telah terjadi ini menunjukkan kasih sayangnya yang tak terhingga buat diri ini. Biarlah niat saya disalahertikan tetapi Dia yang Maha Mengetahui. Bila hati redha, InsyaAllah suatu hari nanti niat suci itu akan dimengerti jua.... Bersangkabaiklah padaNya kerana dia Pencipta yang Amat Mengasihani HambaNya...

Thursday 5 January 2012

~ Selamat Hari Lahir Kak Long ~


"Ibu.... Ibu.... Engkaulah Ratu Hatiku...." 

Jasa kak long pada saya amat besar, tak mampu untuk saya membalasnya. Sejak dilahirkan hingga saya sendiri memiliki anak, kak long lah yang menjaga saya dengan penuh kasih dan sayang seorang ibu. Kini anak saya, Sumayyah pula dibela kak long. Terima Kasih kak long, semoga Allah swt membalas jasa baik kak long dengan syurgaNya kelak... :)

3 Januari 2012, genap 52 tahun usia kak long...Selama 32 tahun kak long menjaga saya tanpa keluh kesah. Azam saya selalu untuk membalas jasa kak long dan memberikan kehidupan yang baik untuknya. Tapi sejak akhir-akhir ini, terlalu runsing hidupnya kerana masalah yang melanda saya.

Kak Long, jangan risau... Adikmu ini amat berdikari. Adikmu ini amat menghormatimu dan tak mahu melihat kak long bersedih hati dan menangis kerana nasib adikmu ini. InsyaAllah, adikmu telah bangkit dan tidak akan berpaling lagi. Hidup perlu diteruskan dan Allah swt telah menjanjikan kebahagian dan ganjaran bagi hambaNya yang bersabar...

"I Love You...."

Wednesday 4 January 2012

Upin & Ipin

"betul... betul... betul..." itulah bait-bait suara anak-anak kecil bila disebut Upin dan Ipin. Memang glamour kartun ni... dengan wajah yang comel dan lagak yang mencuit hati pasti kanak-kanak tak berkelip mata menonton dengan khusyuk..


Sempena dengan cuti sekolah bermula 26 November hingga 31 Disember 2011 yang lalu, Jejak Upin dan Ipin telah berlangsung di Muzium Negara. Kesempatan ini di ambil oleh kak Awie untuk membawa anak-anaknya serta mayya ke Muzium Negara... tq maklang bawa mayya jalan2... saaayyyyaaannnggg maklang.


Adik-adik takkan boring pergi jejak upin & ipin ni sebab ada showcase Upin & Ipin the musical. Amat menarik sekali tgk telatah mereka menyampaikan sketsa... mayya amat khusyuk menonton... ;) disamping itu, ada pameran replika sebenar rumah opah. Bolehla tgk bilik tidur upin & ipin serta tempat mereka belajar...

Untuk parents pun ade juga informasi tentang proses animasi, bagaimana terhasilnya kartun ini dari bermulanya proses A - Z. Semua ini boleh dilihat dan diterangkan diruangan proses animasi.

Sebelum balik, jangan lupa membeli barangan upin & ipin... Mayya sungguh baik hati... hanya minta dibelikan klip upin & ipin serta key chain upin & ipin... ;)