Total Pageviews


Sunday 26 May 2013

Happie Besday Anim...

25 Mei 2013 - Selamat Ulangtahun kelahiran buat anak buah tersayang. Busu doakan Anim sentiasa dilindungi Allah, murah rezki, panjang umur dan berbahagia sentiasa... :) 


Saturday 25 May 2013

Colmar Tropicale 2013

Bila saya baca blog orang lain, kebanyakkan yang kata gi Colmar Tropicale bosan takde apa, tapi berlainan bagi saya kerana saya sukakan ketenangan di sana. Kali ini adalah kali kelima saya berkunjung ke Colmar dan kali ketiga buat Sumayyah... :)

Sempena cuti hari Wesak 24 Mei, saya bersama Ea, Kak Aidah dan Syahirah bercuti semalam di Colmar. It was their first time.. ;)

Sampai-sampai je kami tak terus masuk Colmar tapi singgah ke Horse Park untuk Horse Riding.. Memang best dan mengujakan.. ;)



Dah selesai horse riding kami pun check in hotel, malangnya bilik kami masih belum vacant, so we had our lunch first.. no problemo.. ;) Mayya plak ternampak belon buih.. aduhai, terbang duit mama RM20. hahaha!



Sambil makan kami dihiburkan dengan nyanyian live... Sungguh enak sekali dendangan lagu anak tersebut... Sukalah Kak Aidah, memang favourite song dia.. ;)




Ok, kami menikmati suasana ala2 di France dan cuaca pun agak sejuk kerana hujan lebat.. Memang cool dan menenangkan.. :) Harap jangan jemu tenguk gambar2 ni ye, banyak sekali...

Mayya dengan rela hati menunggu ballon.. Dan Mr Balloon Man amat memahami.. Mayya malu2 menerima bunga pink dari Mr. Balloon Man... ; )







Kat sini memang ade game park untuk kanak-kanak.. Inilah tempat yang di "aim" oleh mayya.. Kopaklah poket mama, siap2 janji dengan dia lg, 3 game je ye sayang... haha, tengok tu kakak ea pun join skali.. #berangan nak jadi budak kecik yea??? ;)





Tengoklah, berhajat nak dapat teddy bear besar.. namun --------- Hampa!!  :'(




Kat sini ade live show... memang menarik, tengok perfomers nye boleh melintuk2 kan badan.. memang berkebolehan. tapi show ni makan waktu maghrib so kami tak dpt tengok sampai abis sebab nak solat maghrib...




Usai solat maghrib, perut minta diisi. Paham2 jela, cuaca sejuk nakkan haba, apalagi pizzalah yang kami jamu.. yeehhhaaa... sambil tunggu makanan sampai mayya buat aktiviti sket bersama kakak ea, pasir Dora in the making...




yaaaa.... inilah hasilnya.. cantikkan? cuma mata Dora tu scary sket.. xpelah cubaan pertama mayya yang tidak menghampakan.. ;)


Balik bilik dengan hati yang gembira... Ea dan mayya layan ipad, mama zzzzzzzzzzzzzz hingga ke dreamland.. 

Day 2 

Cepat2 bangun pagi bersiap makan breakfast kat hotel restaurant sebab nak kejar tramp ke Japanese Village. Kena gi cepat2 sebab nak kena check out jam 12pm.

breakfast


naik tramp

Kat Japanese Village ni ade Botanical Garden skali tapi kami tak sempat gi Botanical Garden sebab masa amat mencemburui kami. so, kami sewa kimono dan brgambar sakan ala2 kat Japan lah nie... hehe..


japanese village



pakai kimono



smile...



klasik...




mama love mayya




happie...


Sedang sibuk berposing, ada pelancong dari Japan yang beramah mesra dengan kami. taktau lah kenapa dia minat sangat ngan kami, siap bergambar sama buat kenangan gitu... ;)




Kami menunggu tramp untuk balik ke hotel malangnya kami menunggu hampir sejam setengah. Itupun setelah ramai menelefon pihak hotel bertanyakan mana tramp sebab rupanya bukan kami saja yang nak check out tapi ramai lagi...

Bila tramp sampai ramailah yang berebut sampai dah tak peduli queu lagi.. Sedih sangat tengok orang Malaysia yang kurang beradap.. Manalah perginya tatasusila mereka. Ada seorang perempuan cina ni dahla mengandung dah berdiri hampir sejam setengah tapi tak dapat naik tramp sebab orang yang datang kemudian dah rempuh naik dulu. Saya saja cakap kuat-kuat kat pemandu tramp biar mereka dengar... Saya malu dengan situasi begitu dan akhirnya perempuan mengandung itu dapat naik tramp setelah ada yang bagi seat tu pada dia. Alhamdulillah.

Tak sampai 10 minit menunggu datang lagi tramp yang lain dan alhamdulillah kami dapat naik dan check out jam 12.30pm... :)


Terasa gembira tak habis dalam perjalanan balik ke KL... semoga dapat ke Colmar lagi tahun hadapan.. InshaaAllah.. :)

Wednesday 22 May 2013

Alhamdulillah


Mama dan mayya ~ syukur Alhamdulillah..

Syukur saya dan mayya berpeluang menjadi tetamu Allah... Setelah setahun lebih berdoa, Allah swt telah mengkabulkan doa saya dengan cepatnya. Nikmat Allah yang manakah lagi yang saya dustakan?? MasyaAllah, saya mohon hidayah dan keimanan dari Allah.

Umrah kali ini amat istimewa dan menyimpan kenangan yang takkan dapat dibeli dengan wang ringgit. Apa yang akan saya kongsikan adalah saat terindah yang saya rasakan dan selebihnya akan saya simpan dalam hati dibawa mati... :)

Pemergian kali ini memang hebat dugaannya, mulai dengan Mahram, Visa tak keluar, jatuh tangga, mutawwif yang buat hal sendiri, flight delay semuanya berjaya ditempuhi dengan hati terbuka dan berserah sepenuhnya kepada Allah swt. Syukur ianya meninggalkan 1001 memori buat saya dan mayya. 

Tips yang ingin saya kongsikan bersama jika membawa anak kecil :
1. Pastikan bawa ubat bersama. (dari Malaysia)
2. Baju anak letak beberapa helai dalam beg hand luggage.
3. Di Saudi, pastikan anak banyak minum air putih (air suam).
4. Tak perlu tergesa-gesa membuat umrah tetapi ikutlah keselesaan anak dan hasilnya umrah yang akan dibuat amat indah ibadahnya.
5. Jika anak meninggalkan saf sewaktu kita sedang solat jemaah di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi - Jangan Panik! Biarkan dan serahkan saja anak dalam jagaan Allah. Selesai solat terus buat solat taubat dan mohon bertemu semula dengan anak. (Alhamdulillah sangat berhasil untuk saya).
6. Pakaikan anak dengan pampers dan bawa spare dalam beg bersama 2 pasang pakaian dan plastik beg. - manatau tembus dan perlu pakaian ganti. Baju yang dah kena air kencing tu basuh dan perah simpan dalam plastik beg baru masuk dalam beg.
7. Sewa kerusi roda untuk saat kecemasan kalau anak dah penat dan mak tak larat nak dukung... :)
8. Bagi anak-anak yang tak boleh bersesak-sesak dan tak boleh berpanas, standby sedikit air zam-zam dalam botol ketika tawaf dan bolehla basahkan kepala anak jika anak dah meragam akibat kepanasan.

Mengerjakan umrah bersama Mayya bukanlah semudah yang dijangkakan tetapi bagi saya itu bukan halangan. Saya yakin Allah ada bersama saya dan akan membantu saya setiap masa. Masa bercadang nak pergi, ada kawan yang 'kondem' kata Mayya akan menganggu ibadah saya tapi saya amat berterima kasih pada Kak Ja yang banyak memberikan saya kata-kata semangat dan Alhamdulillah segalanya saya berjaya lalui bersama Mayya dengan izin Allah jua... 

Apa yang dapat saya rasakan Umrah kali ini amat berbeza dengan Umrah saya pada tahun 2011, kali ini dengan adanya anak, semua orang memudahkan proses Umrah saya ini. Bayangkan pak Arab yang muka serius akan tersenyum dan menegur mayya.. MasyaAllah, manis sungguh mereka bila tersenyum. Mayya lah paling untung kerana banyak dapat gula-gula. Orang Arab memang mengasihi kanak-kanak, itulah yang saya kagumi.

Saya kalau boleh nak seru sangat masyarakat kita untuk mengubah paradigma mereka. Apa yang saya tulis ini adalah kejadiaan yang menimpa saya dan saya harap sangat masyarakat kita dapat berubah mencontohi akhlak Nabi saw yang menyayangi kanak-kanak. Kisahnya saya bawa mayya sembahyang hari raya aidilfitri, ketika itu umurnya 3 tahun lebih. Okla, sebelum solat jemaah tu mood dia baik sangat tapi bila saya dah mula solat nak masuk rakaat kedua dia mula menangis dengan kuat tanpa henti sehinggalah habis solat. Lepas tu semua pandang saya dan buat muka, ada sorang tu siap cakap lagi dah tau anak menangis buat apa datang masjid, berdosa engkau sebab buat semua orang tak khusyuk solat. MasyaAllah sedihnya saya dengar orang tu cakap begitu. Saya just senyum dan minta ampun kat Allah kalau betullah cakap makcik tu moga Allah maafkan saya dan terima sembahyang diaorang tu semua.. Itu kisah setahun yang lepas dan semasa saya di Masjidil Haram, saya lihat anak-anak ini semua berlari keriangan, ada yang menangis dan semua tetap solat dengan tenang, takde pun orang yang menegur 'anak engkau buat aku tak khusyuk solat, engkau dah berdosa'.... Itulah dia, dan bagi saya ini semua adalah proses saya belajar mematangkan diri dan ujian kecil untuk saya dalam usaha saya hendak menerapkan Aqidah dalam hidup Sumayyah.

Ayah Sumayyah pernah bertanya saya, 'awak nak bawa mayya dengar kursus umrah? dia kecik lagi, paham ke?' dengan ringkas saya menjawab 'InshaaAllah dengan izin Allah, tanggungjawab kita sebagai ibu bapa adalah untuk menjinakkan dia ke Masjid dan bersama dalam Majlis Ilmu'. Apa-apapun yang kita buat, Niatlah hanya untuk mendapat keredhaan Allah. InshaaAllah, Allah akan menjaga kita dan anak-anak kita. :)

Apa yang saya belajar dari Umrah kali ini adalah pergantungan total kepada Allah swt. Saya amat menghayati pengorbanan Siti Hajar dan saya belajar untuk BERDOA BERDOA BERDOA BERDOA dan terus BERDOA..... Bila kita bergantung hanya pada Allah dan patuh menjadi hambaNya seperti yang telah disyariatkan kita akan alami kemanisan dalam hidup kita.. Saya tak dapat nak terangkan dengan kata-kata kena sendiri yang alaminya baru tahu...

Saya sebenarnya dhaif beragama, perlu banyak perbaiki diri dan pertama kali dalam hidup saya, doa saya amat ringkas... sebenarnya saya rasa amat malu pada Allah dan rasa tak layak untuk meminta-minta kerana apa yang saya telah berikan kepadaNya amat sedikit dengan apa yang telah Dia berikan kepada saya... SubhanaAllah, Allahuakbar, Alhamdulillah... saya insafi diri dan moga saya akan jadi hambaNya yang beriman dan bertakwa..

Itu sahaja celoteh saya, harap yang membaca dapat manfaatnya. Inilah diantara kenangan abadi yang saya ingin kongsikan bersama. Semoga saya dan Mayya dapat kembali lagi ke Tanah Suci ini.. Amin.

ini TAG saya! ;)



Sebelum menaiki NAS Air ke Mekkah..


Abang tersayang di Bukit Marwah..

Intan dan Kak Long selesai umrah wajib bersama... :)

Sunday 19 May 2013

Mayya di CIC Sporty Fruity Day




Ok, hari ni mama dan ayah dapat tengok mayya bersukan sempena CIC Sporty Fruity Day kat Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, KL. House team mayya adalah Strawberry (Red). haha.. seronoklah dia dapat warna kegemarannya... ;)

i'm strawberry fruity red!!

Sesampai je kat stadium mayya lah diantara yang paling awal, seronok beratur pakai tag nama... :)




Mayya dapat Game 3 - Twin Race tapi malangnye takde partner so cikgu masukkan dia dalam game yang lain untuk budak 4 years old. Okla atleast dapatlah mayya join main kan... :)

Dikesempatan ni jugak mama dan ayah dapat berkenalan dengan bestfren mayya kat school. Inilah dia Akmar Nasuha yang selalu disebut oleh mayya. Even kat Mekah aritupun mayya sempat mendoakan kesihatan bestfren nye nie.. Friendship Forever kay.. :)

mayya bersama Akmar Nasuha

Dan sempat juga bergambar dengan Nor Sumayah.. (nama pun sama kan.. ;) ) tengok tu, kasut pun sama.. :)

mayya bersama nor sumayah...

Mayya balik rumah dengan girangnya kerana dapat hadiah... :) InshaaAllah tahun depan kita sukan lagi ye Mayya.. :)

dapat hadiah...

Friday 17 May 2013

Selamat Hari Guru....

Saya nak share something dari FB wall post Prof Dr Muhaya : 

"Celik Mata, Reset Minda Guru. Dengan terdidiknya guru, terdidiknya insan. Kecemerlangan seseorang bukan hanya bergantung dari segi akademik kerana akal buat kita pandai tetapi wahyu yang buat kita baik... Jadilah guru yang mendidik hati pelajar...."




Sempena dengan hari guru ni saya ucapkan ribuan terima kasih buat semua guru yang mengajar saya dari sekolah tadika hingga lah kini. Tanpa kalian siapalah saya.

Merujuk balik apa yang ditulis oleh Prof Dr Muhaya itu, memang ada kebenarannya. Dalam berpuluh cikgu yang mengajar saya, hanya segelintir sahaja yang berjaya mendidik hati saya. Umpamanya Ustazah Azlidah yang tanpa jemu menasihati kami pelajarnya agar menjadi hamba Allah yang beriman. Mr Wong Kok Fu yang amat mempercayai saya dan yakin atas kemampuan saya begitu juga dengan Mr KV Ratnam.

Di universiti, Dr Shaari bukan sahaja bijak mengajar tetapi pesanan ringkas beliau amat terkesan dihati... "Bila dah gaji besar, pakai kereta besar jangan pandu laju-laju tak bertempat, kalau ada orang sedang perbaiki jalan slow down, kesian kat mereka.. bukan mereka minta berada disitu dan tanpa mereka jalan yang kita lalui takkan elok" - there, as simple as that, Dr Shari dapat selitkan dalam lecture nya...

Semasa di Kolej Mara Banting, Pn Rohaida amat sabar mengajar saya subjek akaun yang amat saya tak suka dan hari ini dengan bangganya saya akan kata pada dia... "Puan, i'm now a Certified Chartered Accountant!" - saya tak bangga, dan of course dia yang bangga sebab dia, saya berjaya! :)

Maha Suci Allah.... inilah nikmat kehidupan yang telah engkau Anugerahkan kepadaku... Semoga aku menjadi hambaMu yang bersyukur... Engkau berilah kebaikan dan balasan yang baik kepada guru-guruku Ya Allah. Jasa mereka takkan mampu ku balas...

TERIMA KASIH CIKGU!!!

Monday 6 May 2013

Mari mengundi...

Sampai KLIA dari Jeddah jam 11.30mlm ding dong ding dong kat dalam tu hampir jam 2am gakla baru lepas keluar. Anim dah lama menunggu, masuk je kereta bagitau anim lapar singgah jap makan kat kedai mamak.. isikan perut yang mula mengaum.. akhirnya sampai rumah jam 4am.

5 Mei 2013

Hari yang dinantikan telah tiba.. sebagai rakyat Malaysia saya pergi jugak mengundi walaupun badan masih keletihan dan mata mengantuk kerana perubahan waktu Malaysia dan Arab Saudi.. Akhirnya saya selamat tiba di Port Dickson dan mengundi.. Jam ketika itu tepat jam 3.15ptg...



Lepas ngundi trus shoot balik KL, pas maghrib sambung tidur balik... hukhuk, esok dah kerja!