Total Pageviews


Thursday 27 June 2013

Jom Sushi...

Dah lama tak makan sushi gara-gara takde geng yang suka makan sushi... Akhirnya Allah kabulkan doa saya, muncullah Aimi yang menggemari sushi... Apalagi, lunch date lah kitaorang kat Sushi King Ampang Point... Alhamdulillah...



dory fish bbq memang sedap... :)


ikan yang aimi makan mengingatkan saya pada seoul... ;)


aliya comel... :)

Tuesday 25 June 2013

Celebrate besday mak dara.... ;)



Bulan ni amat istimewa... 

Ramai yang dekat dihati saya meraikan harijadi mereka dibulan ini. Sempena dengan besday 2 orang mak dara ni, sape lagi kalau bukan Aju dan Aimi.. kitaorang celebrate kat Seoul Garden, KL Festival City Mall..

Puas berborak dan tertawa riang sambil menjamah steamboat, mengenang kembali trip ke Seoul last year, bercerita tentang Abang Is dan berangan kemana destinasi percutian untuk next year... Memang seronok rasa cam taknak balik rumah aje...

Selamat hari lahir, Moga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah swt selalu...

Friendship Forever... 

Ea dah besar....



23 jun.... Happie besday Ea... Semoga menjadi ahli syurga kelak.. Be a good muslimah kay...

We love you dear... :)

Family gets together...

Hari ni kak ella nak open table kat river view kuala selangor.. Walaupun kami seramai 7 orang adik beradik tak dapat berkumpul bersama, Alhamdulillah seramai 4 orang adik beradik beserta anak memasing pun dah memadai... :) 

Kami berkonvo 3 buah kereta dari rawang ke kuala selangor.. tiba agak lewat memang dah lapar sangat lah nak makan.. Alhamdulillah perut memang padat diisi. Ada udang, ketam, ikan, lala dan pepahatnya penuh dgn isi... Sedap masakan seafood disini.


family gets together... #happie...


Mayya & baby Mizan...



Apa tu Mizan?
Kakak Anim, careful!!



Jemput makan semua...
Alhamdulillah.. Syukran Ya Allah.



ketuk... ketuk... jangan tak ketuk...
#terpelanting sudah! hehe...

Selesai menjamu perut kami singgah ke Bukit Melawati, naik train dan turun di puncak.. apelagi sukalah bagi makan kat monkey... :)






Dalam perjalanan balik ke KL, kami singgah pekena cendol bakar.. Nasib baik tak kena queu panjang.. Memang sedap cendol ni.. kelainan gula melakanya.. :) Saya walaupun batuk tak sembuh lagi pekena gak cendol tapai pulut... xpe, balik umah nanti makan ubat batuk ye.. 



Bila semua adik beradik dah membesar dan masing2 ada keluarga sendiri memang payah untuk berkumpul.. apa2pun saya amat bersyukur dapat bersama2 hari ini walaupun xsemua dapat bersama. Syukur Allah swt kerana mengukuhkan ukhwah kami.. menjalinkan ikatan persaudaraan kami dan kami memohon keselamatan dariMu agar keluarga kami sentiasa dalam rahmatMu. - Amin.

Jumpa Hakim & keluarga...



Seronok sangat dapat bertemu Hana, Hakim dan anak-anak mereka.. Sungguh cemburu kat Hakim yang bercuti selama sebulan.. Seminggu di Malaysia dan 3 minggu di Indonesia.. Seronokkan...

Tak penat berbual dengan Hana ni... tapi agak terkilan sebab tak dapat bawa diaorang jenjalan.. Saya kata pada Hana next time datang saya akan bawa diaorang bercuti kat Port Dickson pasti seronok... :)

Selamat bercuti buat Hakim dan Hana... jumpa lagi ye... :)

Bali ~ Day 4

~ own free & easy until check out - Kuta Beach & shopping - Spa at Bali Orchid Spa - airport drop off ~

12 June 2013

Pagi ini kami semua bermalas-malasan, breakfast jam 9am dan morning walk dari hotel ke Kuta Beach. Sempat lagi Kak Aidah memborong t-shirt... ;) 




Ea bergambar dengan Boost Bali... ;)


Cantikkan helmet - helmet nih.. ;)

                                      




Jam 11am kami checkout, Rai dan Nisa telah menunggu kami... Sedih rasa nak tinggalkan Bali tapi sebelum tu sempat lagi Rai dropkan kami kat Hard Rock Hotel. Adelah orang tu nak belikan kakak dia tshirt Hard Rock disamping menghabiskan US Dollar ditangan... ;)

Rai kata dia nak bawa kami shopping kat Krishna untuk beli ole2. Kat Krishna ni harga nya memang murah dan memang berbaloi untuk beli banyak.. Bagi setiap pembelian Rp1000 melayakkan pembeli memasuki pertandingan cabutan bertuah.. Saya dapat 3 keping dan kesemua nya saya berikan kepada Rai.. kalau Rai menang kereta jangan lupa bawa saya ronda2 Bali ye.. ;)







Habis membeli, Van dari Bali Orchid Spa telah menunggu kami.. Hati amat sayu tika memeluk Nisa dan mengucapkan bye2 kepada Rai.... sesungguhnya terasa cepat masa berlalu.. Kami meneruskan perjalanan ke Bali Orchid Spa... : )















Spa kali ini selama 2 jam... memang lagi best dari semalam.. Mula-mula kami diberikan Balinese Massage, lulur dan youghrt seluruh badan. Terasa segala keletihan serta lenguh2 badan semuanya hilang pergi... Selesai sahaja berendam air bunga terasa rilex je.. Segar!!! :)










teh halia untuk memanaskan badan - Sedap!










Selesai spa kami dihantar ke airport... Dalam perjalanan ternampaklah sebuah lagi masjid yang memiliki kubah yang unik... :)



Sebelum boarding solat dulu....


Kami tinggalkan Bali dengan perasaan yang bercampur baur.. terasa heppie, sedih dan macam nak datang lagi aje... teringat kata Rai yang Bali tu bermaksud KemBali... ramai customer dia yang pasti akan KemBali ke Bali.. takkan puas hanya sekali ke Bali...

Iye, InshaaAllah akan KemBali lagi.... :)

Thursday 20 June 2013

Bali ~ Day 3

~ Barong & Keris Dance - Sukawati local arts market - Kintamani volcano & lake of Batur - Tegalalang rice terraces & handicrafts village - Ubud - Verona Spa Ubud ~ 

10 Jun 2013


Dah 3 hari kat Bali ni, esok dah nak balik Malaysia... terasa sedih plak nak tinggalkan Bali, begitu cepat masa berlalu...

Tepat jam 8.30am, Rai telah menunggu kami di lobi, terus je masuk kereta Rai untuk ke persembahan Barong and Keris dance... hurmmm... Perjalanan waktu pagi agak sesak dengan kenderaan kerana semua orang bergegas nak ke tempat kerja. Bagi saya taklah stress sangat.. kalau kat KL, saya berulang alik dari Bangsar ke Ampang lagilah sesak... ini sikit je jam nyer... ;)



Agak menarik juga persembahan ini dan unik sekali mereka menari dengan keris... Ada ramai penonton dari Europe yang menyaksikan persembahan ini. Inilah antara tarian kebudayaan di Bali.










Selesai menyaksikan persembahan kami beredar ke Sukawati local arts market plak.. Dalam perjalanan ke sana saya lihat ramai budak sekolah berjalan balik dari sekolah membawa penyapu lidi bersama mereka. Menurut Rai, liburan hampir tiba pasal tula diaorang bawa penyapu untuk mengemas kelas sebelum bercuti panjang... ooooohhhh, bagus juga ye, kena didik anak2 dari kecik semoga dah besar nanti jadi orang yang pengemas... :)



Hari ni barulah saya nak bershopping... Kat sini harga t-shirtnya amat murah. Lagi-lagi kak Aidah memang pandai menawar so kitaorang pun apalagi.... borongggggggggg... ;)



Inilah taukeh kedai yang amat baik hati.. dengan sabar melayan kerenah kami tanpa jemu dahtu bagi murah lagi. Semoga kakak murah rezeki yer... :) Tq kak!!



Cantik dan kreatifkan masyarakat Bali ni? Ini adalah dari mereka untuk Tuhan mereka. Cukup menarik... 


ape yang dijual tu...? ;)

Setelah puas bershopping -------- actually Rai bagi 1jam aje, memang tak cukup nak borong lagi... #hahaha.. kami pun meneruskan perjalanan ke Kintamani volcano and lake of Batur. Sepanjang perjalanan hujan turun dengan renyai dan cuaca amat nyaman sekali... Sampai di destinasi hujan telah reda dan kabus menyelubungi volcano.. 




SubhanaAllah.. dalam menggigil kesejukkan saya kagumi keindahan alam ciptaan Allah swt. 



Sedang asyik menikmati keindahan ini, Rai datang berbisik... intan, apa yang tuhan bagi itu adalah satu peringatan dan juga ada kebaikannya.. dulu masa gunung berapi ini meletus, penduduk disini amat susah tapi kini keturunan mereka mengecapi kesenangan akibat dari tanah subur ini... hati saya terusik dengan apa yang dikatakan oleh Rai... memang betul.. Apa yang Allah swt berikan ujian buat hambanya akan ada hikmahnya dan bagi yang bersabar atas setiap ujian yang ditimpakan atasnya maka akan Allah swt berikan sebaik-baik ganjaran. Syukur atas setiap apa yang berlaku bak kata Prof Dr Kamil... 'kemanisan dalam ujian' 

Rai kemudiannya memberikan sedikit penerangan kepada kami tentang asal usul gunung berapi, bagaimana ia meletus dan jenis-jenis larva yang dikeluarkan serta hasil kepada penduduk Bali. Semasa Rai memberi penerangan ia menarik pelancong eropah untuk turut sama mendengar penerangan Rai.. ini bukanlah nak memuji tapi hakikat, Rai memang fasih berbahasa Inggeris dan Rai juga tahu berbahasa German. #kelas gitu.. ;)











Ok, kami teruskan perjalanan ke Tegalalang rice terreces and handicrafts village pulak. Sepanjang perjalanan ke sana terdapat peniaga tepi jalan yang menjual beraneka buah-buahan segar. Pokok-pokok yang ditanam di tepi jalan pun hidup segar dan berbuah ranum... 






Kami tiba di Tegalalang rice terraces jam 3ptg.. Dalam hati saya terdetik jika saya datang ketika sawah padi tengah menguning pasti amat cantik pemandangannya. Kat sini juga ade menjual hasil tangan penduduk di sini. Amat halus dan berseni hasil tangan mereka. Harga pun murah dan berbaloi membeli.. :)

















Dalam taknak bershopping beli gaklah dek kerana Ea yang menggoda busunye membeli... #$$$ pun melayang2... ;)

Dalam perjalanan ke Ubud Ea request kat Rai untuk bawa kami makan Bakso yang halal dan sedap kat Bali ni. Ea teringat makan bakso datuk Yazid (JB) yang sangat sedap... :) So apalagi, Rai pun bawalah kami makan kat sini... Haaaa... memang sedap sampai keluar asap kat kepala.. #kikiki.. kalau ada yang nak try pastikan jangan bubuh cili tu banyak tau... mau berasap nanti.. 












Bakso kat sini memang sedap lagi-lagi wantan tu.. nyummiesss... memasing senyap tak bercakap akibat kesedapan.. hahaha, yang kedengaran bunyi hidung memasing yang kepedasan.... ooopppsss... ;)

Kami sempat bertanya resepi dan berkenalan dengan tukang masak yang berasal dari Jawa ni.. pesan beliau, cili padi tu digoreng bersama minyak kelapa barulah ade ummmppphh!!! Rupanya beliau 9 tahun kerja sebagai tukang masak di Malaysia.. Hebat!!

Sampai di Ubud, Rai suruh bersiar-siar dulu sekitar kedai-kedai disitu dan akibatnya apalagi, bershoppinglah kami sebelum ke spa... ;)













Untuk pakej yang diambil ni spa selama sejam setengah.. saya pilih Javanese spa... Urutannya amat lembut dan relaxing... lega rasa urat2 kaki dan badan, amat mengasyikkan... Sambil diurut mata melihat sawah padi yang terbentang luas dalam hati macam manalah kalau ade orang lelaki yang lalu??? #hukhuk... 

Selepas diurut, seluruh badan dilulur dan kemudiannya disapu yoghurt seluruh badan.. berendam dalam tab mandi memang menyegarkan... Alhamdulillah terasa ringan badan ni... Keluar dari spa, muka semua berseri-seri dan berbau harum... :)

Saya minta Rai ke Coco the Heaven untuk ambil Nisa makan malam bersama.. Nisa kata nak bawa kami makan di Jimbaran Bay malam ni.. Seafood dinner by the beach katanya... #taksabarnakjumpaNisa...



haaa... inilah Seafood Restaurant tu.. memang happening kat sini.. cantik sangat.. :) #terkenang waktu zaman solo dulu, selalu lepak kat Coconut Groove PD, macam kat sini tapi kat PD tu ala2 stail Italian... menghiburkan.. :)











Nisa Ohhhh Nisa, tenkiulah bawa busu makan kat sini... best sangat... suka dengan suasana dan keindahan pantai dimalam hari.. terhibur dengan deruan ombak membuatkan kami asik berborak sambil menikmati juadah.. nyum2.. #suke tangok Rai yang asik tersenyum aje... tula, puas pujuk dia join makan skali siap kena ugut baru dia nak join... hikhik.. kalau tak, kan dh rugi.. ;)















Tengok ketam tu... besar sangat... dan enak.. Tq ye Nisa blanje ni, busu doakan Nisa murah rezeki dan bahagia selalu.. Busu terharu sangat dapat berjimba2 kat Jimbaran Bay ni.. hahaha.. kat tempat ni lah artis kita nye resepsi perkahwinan.. #dapat teka tak siapa??? ;)

Kami didendangkan dengan 2 pilihan lagu secara live... Lagu dari lagenda Broery Marantika dan juga Inul... haaaa... tak pasal2 Nisa ajak busu bergelek sama... hahaha.. xpelah sib baik orang tak kenalkan, gelek busu ni keras jer Nisa... macam badut pun ade gak tgk gambar tu... #kikiki ----- layan jela kang org kata xsporting!











Alhamdulillah, atas kegirangan ini sebagai penutup malam kami.. sesungguhnya sang bulan amat mencemburui kami. Dalam kereta balik ke hotel saya mula rasa hiba nak tinggalkan Bali. lagi berapa jam je lagi kami akan balik ke Malaysia... #hukhuk... 

Yang pasti kenangan ini pasti tersemat kukuh dihati..... Tenkiu Allah atas kurniaanMu ini...

#ps : tapikan..... bak kata Nisa kat saya, ingatkan nak hepi2 kat sini asallah plak diaorang ni dok nyanyi lagu sedih2... hikhik... maybe kan Nisa, Allah nak pastikan kita yakin bahawa parut luka kita takkan berdarah lagi. Anggap aje semua yang berlaku mematangkan kita dan hidup ini penuh excitement.. kitalah penentu kebahagian kita sendiri... Ingat Allah, pasti Allah takkan lupakan kita.. InshaaAllah... :)