Total Pageviews


Thursday 23 January 2014

Guilin - Day 1

18 Januari 2014 (Sabtu)

Sebelum me coretkan kisah kembara me di bumi Allah - Guilin, me terangkan serba sedikit pengalaman me uruskan sendiri visa ke China.

Me isi borang online kat website ni : http://www.visaforchina.org/KUL_EN/  then printkan borang berkenaan dan submit sendiri kat kedutaan China berkenaan. Selepas 3 hari datang balik ambil Visa berkenaan. Bayaran adalah bergantung dengan berapa trip keluar masuk kita kat daerah di China tu... *selamat mencuba... :)

Ok, 2 minggu lagi nak ke Guilin, me dah dapat visa, Alhamdulillah.. satu urusan dah selesai dan me, zai dan mira dok berkumpul dan siapkan itinery kami di sana. Me keje book kan hotel kat Booking.com. Ok sangat sebab dapat bilik RM90 je semalam... 

So 18 januari kami naik AA ke Guilin. Flight kami berlepas jam 5.35am... siap-siap ambil wudhu' then masuk je waktu slat suboh, me & the geng solat suboh dalam flight je.. 


bye2 Malaysia....
Indahnya awan...
Fajar Subuh...
Pelbagai corak awan di langit...
Cantikkan???
Matawang China....

Me tertarik sangat dengan wang China ni.. perasan tak ada tulisan jawi kat duit diaorang ni... Memang betullah kata Nabi Muhammad SAW yang menyuruh kita belajar hingga ke China. Walaupun Negara berbangsa Cina, tulisan huruf arab itu ada di wang mereka menandakan mereka menerima penggunaan tulisan Arab (Islam) di negara kita dan me rasa Malaysia patut contohi bagi memertabatkan tulisan Jawi.

Dalam flight ni me & the geng berkenalan dengan Lyz yang berasal dari Guilin. Lyz ni balik bercuti ke Guilin sempena semester break untuk Chinese New Year.. Lyz study kat UKM ambil course AEP. :) Terima kasih sangat2 kat Lyz sebab banyak membantu kami.. siap tunjukkan tempat bas ke guilin city.


Just landed... **yeayyy!!!

AA - Everyone Can Fly........

Thanks to AA gak.. layanan amat 1st class yang kami terima... Siap gambar possing2 lagi ngan steward & stewardess... :)

kasut Oh kasut...

Dalam seronok2 nak gi Guilin ni, kasut Mira pulak meragam... sib baik ade tali kasut... apalagi kita ikat sama dia sementara nak jumpa kedai... ;)

Kami naik bas yang tambangnya hanyalah  20yuen dari Guilin Liangjiang International Airport  sampai last station. Dalam basi kami berkenalan dengan jack & gf nye.. Jack ni amatlah peramah orangnya. Dia baru abis study kat UM so sebelum balik umah (asal China) dia melancong ngan gf dia dulu.. ;) sweet couple gitu... 

Jack...
dalam bas ke Bandar Guilin...

Dah sampai last station...
Jom beli kasut...
hahaha... ade kasut baru gitu... ;)
Lanskap bersumberkan sayuran... kreatif.. :)
Kami berjalan kaki ke Guilin Riverside Hostel lebih kurang 1.5km. Memang hebatlah, sambil jalan sambil menikmati pemandangan Guilin dan akhirnya kami sampai kat hotel jam 1pm. Kami ambil bilik bertiga dengan harga 150yuen semalam. Plan ambil untuk 2 malam sahaja sebab nak tidur kat Yangshuo masa gi menyelusuri Li River esok... 

Guilin Riverside Hostel
Coretan kenangan....

Oleh kerana bilik yang kitaorang book tu tak ready lagi maka kami pekena Maggie (tapau dari rumah...) kat cafe dulu... Sedapnya rasa setelah kepenatan menapak sejauh 1.5km dan cuaca yang sejuk.... 


Maggie - mudah dimasak, sedap dimakan...

Mira - tulis apa tu???

Zaidah - sangat kreatif...
me suka Malaysia's Flag tu... :)

Ni lah bilik kami...

Hostel yang amat selesa...

TV pun ada...



Pemandangan dari luar bilik...
Ready je bilik kami pun apalagi cepat2 Solat zuhur dan asar kat bilik then tdo kejap supaya dapat refill balik energy.. hehehe.. Tepat jam 6pm kami pun keluar jalan2 menyelusuri sungai dekat hostel kami menginap ni.. 


menyelusuri sungai...

cantik...

cuba baca baik2 signboard kedai ni... ;)

@ the city...

Indah...
Kami berjalan kaki hingga sampai  ke Two Rivers and Four Lakes (Pagoda). Cantik dan mempersonakan... Saya ni memang tak tahan sejuk.. makin malam makin sejuk... Allahuakbar!!!


Entrance...

Two Rivers and Four Lakes...

night life....

Then kami ke Guilin Night Market.. 

Entrance..

kreatif..

cara2 nak melilit...

tada... siap!!

Night Market ni ala2 uptown kalau kat tempat kita... Pelbagai barang keperluan dan cenderamata dijual dengan harga yang murah... Kebiasaannya hari pertama mengembara saya jarang membeli tapi malam ni banyak pula yang saya beli untuk dijadikan ole2.. Antara barang yang telah saya beli, pewangi gantung 4pcs 10yuen, Kain pembalut leher 15yuen satu, teh biji bunga teratai 40yuen kat kedai ginseng, guilin tea 45yuen dan buah jeruk 20yuen. haaa... banyyakkan???  ;)


happening...
Kami tiba kat hotel jam 8 malam tapi saya rasa macam dah 11 malam je kat Malaysia. Tidur awal malam ni akibat kepenatan.. Sejuk Ya Amat tak boleh nak cerita... time google kat internet seminggu sudah kata 18C je.. rupanya 8C... sib baiklah bawa 2 helai baju sejuk....

Okla, sambung kat entri Guilin - Day 2 yeee.... 

No comments:

Post a Comment