Total Pageviews


Thursday 4 July 2013

Celikmomz 300613







Alhamdulillah, Ahad lepas saya berpeluang menimba ilmu dalam seminar celikmomz yang dianjurkan oleh assohwah. Ini pun daftar diri last minute dek ajakan kak renee dan kak rina.. :)

Sebelum saya konsikan ilmu yang saya dapat pada seminar ini, saya sertakan dahulu aturcara yang telah berlangsung pada hari tersebut.

09.30  - 09.40am   :   Bacaan Ayat Suci Al - Quran oleh Ustazah Asni
09.40  - 10.40am   :   Sesi 1 ~ Refleksi Diri oleh Prof Dr Muhaya Hj Muhamad
10.40  - 12.10pm   :   Sesi 2 ~ Inspirasi Diri oleh Prof Dr Muhaya Hj Muhamad
12.10  - 12.40pm   :   Sesi 3 ~ Komunikasi dengan Anak - anak oleh Dr Atiyah Azmi
12.40  - 02.00pm   :   Rehat - Makan Tengahari & Solat Zohor
02.05  - 02.20pm   :   Persembahan Pidato finalis Adik - Adikku Musim 3 oleh Adik Zaid Najmuddin
                                  Persembahan Nora dan Voices of Ummi
02.25  - 03.25pm   :   Sesi 4 ~ Anakku Sayang, Aset ke Syurga oleh Pn Wardina Safiyyah
03.30  - 04.30pm   :   Sesi 5 ~ Bicara Santai oleh Prof Dr Muhaya dan Pn Wardina Safiyyah
04.35  - 05.35pm   :   Sesi 6 ~ Sesi Soal jawab & Transformasi Diri oleh Prof Dr Muhaya 
05.35pm                :   Solat Asar, Minum Petang & Bersurai


Sesi 1 ~ Refleksi Diri oleh Prof Dr Muhaya Hj Muhamad

Dalam slot ini prof terangkan tentang konsep refleksi diri ~ bagaimana kita hendak refleksi diri kita sendiri? Adakah kita melihat melalui CERMIN atau KANTA PEMBESAR ?? Kalau kita melihat melalui cermin kita pandang cermin dan kita lihat apa? Kita akan lihat diri kita sendiri manakala bila kita melihat melalui kanta pembesar kita hanya tengok orang disekeliling kita tanpa kita menilai diri sendiri. Prof kata sibuklah lihat keaiban diri sendiri sampai tak nampak keaiban orang lain. ;)

Prof juga terangkan tanda - tanda hamba yang bersyukur ini ada 3. Pertamanya jika kita rasa bersyukur dengan semulajadinya kita akan lakukan segala yang wajib dan yang sunat mengikut perintah Allah swt dan Nabi saw. Keduanya kita akan menggunakan segala anggota badan kita dalam beribadah kepada Allah swt dan ketiganya kita suka berkongsi apa yang kita ada dengan orang lain. 

Hidup kita bergantung kepada minda dan persepsi... Nape Prof kata begitu? Prof bawakan kisah pengemis tua untuk elloborate. Ada 4 situasi persepsi manusia yang berbeza terhadap pengemis tua ini. Persepsi pertama akan rasa rimas, menyampah dan pandang hina. Persepsi kedua akan melahirkan rasa kesian terhadap pengemis tua ini, manalah perginya anak2nya? kenapalah ditinggalkannya disini tanpa dijaga dengan baik? Persepsi ketiga pula akan berfikir bahawa pasti pengemis tua ini ada sejarahnya sendiri yang mengakibatkan dia jadi begini dan persepsi yang keempat pula menyatakan bahawa pengemis tua ini walau seorang pengemis tetapi solatnya khusyuk, adakah dia sebenarnya ahli syurga? wali Allah?

Ya, itulah 4 persepsi dan minda yang ada hujahannya tersendiri, so mari kita refleksi diri kita dimana diri kita sendiri melihat orang lain???

Untuk melihat dunia ini INDAH jalan yang perlu kita lalui adalah menjadi hamba yang bersyukur. Bagaimana nak dapat SYUKUR ni? Nah, inilah jalan yang perlu kita tempuhi :

ISLAM ------> IMAN ------> IHSAN -----> TAQWA ------> SYUKUR 

Jika kita merasakan diri kita ialah yang dilihat oleh Allah swt dan malaikat pasti kita akan berubah dan tidak akan terpesong dari landasan tersebut.

Kebiasaanya dalam talk prof dimana2 sahaja pasti prof akan bercakap mengenai kesihatan. Kat seminar ni pun prof ada berikan 3 tahap kesihatan diri manusia :
1. Bila jumpa orang asik cakap sakit je tak habis-habis...
    - perhatikan ayat yang biasa disebut oleh org2 spt ini : biasanya ayat negatif spt ....aku tak boleh,   
     ....kalau, ...tengok dulu, ....aku bencilah.
2. Saya sihat sebab saya tak sakit...
   - orang sebegini merasakan diri sihat sebab belum lagi ditimpa sakit. 
3. Saya sudah sihat dan saya nak lagi sihat

Kriteria ketiga itulah perlu ada pada setiap orang. Bila kita negatif, ia akan menyebabkan diri kita rasa sakit.. asik menyampah dengan orang, asik orang sahaja yang tak betul ini semua akan menyebabkan anggota badan kita lemah. Kenapa kita tak suka orang lain??? sebenarnya orang yang tak suka orang lain ini adalah kerana dia sendiri menyampah pada dirinya sendiri.... Oleh itu amalkan konsep memaafkan kerana "forgiveness is spiritual detox" Bila kita memaafkan orang bermaksud kita keluarkan negatif thinking tersebut dari badan kita dan ini akan menguatkan tubuh badan kita.


Sesi 2 ~ Inspirasi Diri oleh Prof Dr Muhaya Hj Muhamad

Dalam slot ni, prof nak kita semua bahagia setiap saat. Macamana ye nak bahagia setiap saat tu???
Mudah aje kata prof.. kita perlu bersyukur sebab ada 3 nikmat syukur iaitu :
1. Allah swt akan jaga harta supaya menjadi berkat
2. hati akan sentiasa tenang, dan
3. Allah swt akan beri kebahagiaan setiap masa





Tengok gambar diatas tu, prof terangkan tentang konsep minda sedar dan minda segar. Bila kita adalah diri kita maka kita akan kuat anggota badan tapi kalau kita berbohong atau tidak jujur maka anggota badan kita akan menjadi lemah. Oleh itu, jadilah diri sendiri setiap masa.

Anak -anak kita terdidik melalui minda bawah sedar mereka (minda segar) dan mereka dipengaruhi oleh rancangan tv yang mereka tonton, perbuatan dimarahi dan dipukul oleh ibubapa meraka, majalah yang dibaca dan juga terhadap media elektronik yang mereka gunakan. Oleh itu, kita hendaklah mengawal dan pstikan yang positif diberikan kepada anak - anak kita ini.




Prof juga menegaskan perkara2 yang tak perlu ada dalam diri ibubapa seperti takut selain daripada Allah, benci (magnet -ve), marah, dengki, tamak dan tahyul. Ibubapa perlu nampak apa yang diri sendiri fokuskan untuk kehidupan ini. Jika kita inginkan Perubahan BESAR, maka perlulah kita tengok pada persepsi kita, penggunaan masa kita, kreativiti kita, keberkesanan kita, produktiviti kita serta logik kerana Litar suasana kehidupan kitalah yang mempengaruhi PARADIGMA kita....

Terdapat 3 jenis manusia iaitu :
1. Neurotic vs no limit (maksudnye semua boleh)
2. Ambitious to meaning (maksudnya kejar cita2 kpd makna) , dan
3. EGO to god conciousness

Untuk memastikan kita bersemangat dalam diri kita setiap hari, prof berikan tips cara bercakap dengan minda bawah segar kita "Alhamdulillah saya gembira dan bersyukur bahawa badan saya sihat dan saya sentiasa memilih makanan yang sihat, saya bersenam 3 kali seminggu dan saya memilih fikiran positif."

Disamping itu prof mengajar kita 5 minit sebelum tidur apa yang perlu kita buat??? hah... yang pertama minta maaf kepada suami, kedua maafkan semua orang dan yang ketiga kita bayangkan yang baik tentang siapa kita nak jadi (be a humanbeings not human doing).... ;)

Sesi 3 ~ Komunikasi dengan Anak - Anak oleh Dr Atiyah Azmi

Dr Atiyah Azmi merupakan anak kepada Prof dan pada slot ini Dr Atiyah bercakap tentang komunikasi dengan anak2... Sebelum hendak berkomunikasi secara berkesan dengan anak kita, kita sendiri perlu kenal diri anak kita. Terdapat 3 jenis sifat manusia iaitu :
1. Visual
   - mata lebih alert, pernafasan laju, percakapan laju dan lebih melihat perkataan.
2. Auditory
   - lebih sensitif kepada pendengaran, suka musik dan lebih pandai bercakap.
3. Kinestatik
   - lebih kepada sentuhan, aktif dan suka explore, suka main kat luar rumah, agak emosi,
    orang yang menjiwai.

Bila kita dah kenal sifat anak kita dengan itu kita jadi mudah untuk berkomunikasi dengan dia dan dia juga akan mudah memahami arahan atau tunjuk ajar dari kita. Misalnya bagi anak jenis visual, kita tak boleh suruh aje dia lipat telekung tapi kita kena lipat telekung sama2 dengan dia sekali barulah dia memahami apa arahan kita tadi.

Bila sang ibu mengatakan bahawa mereka tidak cukup masa dengan anak2 mereka, sebenarnya sang ibu perlu reframekan semula mengikut suasana yang lain, perlu maksimakan 20minit untuk bersama anak dan bercakap dengan design serta ada komunikasi - fisiologi.

Ibu perlu ubah cara bercakap dengan anak, jangan anggap anak itu seperti org dewasa dan memahami apa yang sang ibu fikirkan kerana peta fikiran anak dan ibu adalah berbeza dan perlu ada hubungan harmoni antara sang anak dan sang ibu. Ibu perlu berkomunikasi secara efektif, samakan frekuensi dengan anak.

Disamping itu amalkan konsep mirroring apabila bercakap dengan anak dimana perlu ada eye level dan eye contact dengan anak. Misalnya kalau bercakap dengan anak, kita perlu berlutut supaya eye level kita sama dengan anak dan disitulah wujudnya eye contact bila kita bercakap dengan mereka. Gaya bercakap kita pun perlu wisdom sharing dan bagi option atau choices kepada anak agar mereka dapat membuat keputusan mengikut sifat diri mereka sendiri. Misalnya kita nak suruh mereka mandi petang, adakan eye level dan eye contact dan kita katakan bahawa mereka perlu mandi sekarang supaya mereka bersih dari kuman. Kita tanya mereka balik adakah mereka hendak mandi dan bersih atau tak payah mandi so that bau busuk dan gatal-gatal? 

Bagi ibubapa yang memiliki anak remaja pula, listen to your child kerana menurut kajian mengapa anak2 ini lebih rapat dengan kawan daripada keluarga sendiri?? Ianya simple, kerana kawan dengar apa yang dia katakan.. Ibu juga janganlah jadi seperti katak dibawah tempurung, jadilah ibu yang lebih alerts.....


bergambar bersama Nora 



persembahan pidato oleh adik Zaid (finalis adik2ku musim 3)


Sesi 4 ~ Anakku Sayang, Aset ke Syurga oleh Pn Wardina Safiyyah

Wardina dalam slot ini menegaskan bahawa yang paling penting untuk anak sebagai aset ke syurga adalah memastikan bahawa ilmu dunia dan ilmu agama adalah seiring dan tidak boleh dipisahkan. Bila agama telah sebati dalam jiwa pasti akan tahu arah kehidupan dan dapat menjalani kehidupan dengan baik.


Kajian mendapati bahawa ibubapa kini ramai mengalami sindrom kemurungan dan bila stress melanda, mereka ini akan menzahirkan pada anak2... Ini adalah perbuatan yang amat salah kerana Islam mengajar kita bahawa anak2 berusia bawah 7 tahun tak boleh dipukul.. It is not the right thing to beat your child!!!

Wardina juga mengajak kita untuk bertanya 2 soalan ini kepada diri kita sendiri dan cari jawapannya...... :
1. Who is your best teacher of your child??
2. You ask your children who they believe who they are??

Sentiasalah kita tanam dalam diri bahawa anak - anak kita sebenarnya ... "they are the BEST" katakan pada mereka :
1. (sebut nama anak) make yourself good.
2. (sebut nama anak) teach others to become good
3. (sebut nama anak) make this world beautiful

Dalam Al-Quran terdapat ayat2 yang memberi peringatan kepada umat Muhammad saw mengenai anak - anak sebagai ujian. Itu memang telah tertulis dan kita sebagai ibu jika hadapai ujian ini berbaliklah semula kepada Allah swt, dekatkan diri denganNya pasti ada solusinya.

Iman dan tauhid perlu ada dalam diri anak2. Bagaimana kita sebagai ibu nak ajar anak2 kita kenal Allah swt dan tauhid dalam rumah kita?? Diantara caranya adalah seperti berikut :
1. perlu ada komunikasi dirumah dengan anak - anak.
2. Ibu perlu mengenalkan Allah dengan perkenalkan ciptaan Allah kepada anak -anak. 
   - bawa anak2 keluar rumah, tunjukkan bulan, bintang, tumbuhan, binatang yang telah diciptakan
     oleh Allah, betapa berkuasanya Allah swt.
3. Ibu perlu mengaji Al-Quran bersama2 anak.
4. Iman datangnya dari hati dan dengan itu, ibu perlu berbicara dari hati dengan anak - anak.

Komunikasi dengan anak ini adalah bertujuan untuk kita sebagai ibu menunjukkan rasa kasih dan sayang kita terhadap mereka dan Ibu juga dapat mengajar anak - anak untuk membuat pilihan yang baik.

Berikut adalah 'checklist of listening' yang perlu ibu ada :
1. Eye contact - go down to the child's height
2. respectful mind
3. emphaty (feeling of other people feel)
4. creative problem solvers
5. independent thinkers & people with expert social acumen will inevitably surpass those who have
   simply learned to be efficient at getting the right answer.

Prof muhaya dalam bual santai bersama Wardina ada menerangkan bahawa jika :
1. Anak sakit ~ wake up call dari Allah swt
2. Anak nakal ~ anak itu perlukan perhatian dari ibubapanya
apa-apapun untuk menjalani hidup sebagai celikmomz, ibu2 perlu fokus kepada kebaikan (power of focus) kerana dengan kebaikan pasti kita takkan tersilap dalam mendidik anak-anak kita. 

Akhir sekali, cuba kita renung kata2 ini dan carilah kebenarannya :

Bila anak TIDAK mendengar...........

" Usually when children resist cooperating, they need something a little deeper. They need to be understood and loved and they just need a hug" by Dr John Gray, Children from Heaven.



antara panel dan artis yang memeriahkan majlis...


Pada hari ini juga prof mempromosikan buku Biografi Inspirasi beliau, saya dah beli dan tengah membaca lagi buku ini... Banyak benda yang umum tidak mengetahui dari kisah hidup prof semuanya dibongkarkan dalam buku ini. Saya baru baca suku buku dah bengkak mata menahan sedih merasai susah payah hidup prof selama ini.. Siapa sangka, disebalik mata yang jernih dan simpulan senyuman prof yang manis terselit juga kisah duka yang disimpan baik sebagai inspirasi diri....

Benarlah kata alim ulama... jika kita dahulukan Allah swt dalam segala urusan kita didunia ini, pasti Dia akan permudahkan hidup kita kelak...


No comments:

Post a Comment