Total Pageviews


Wednesday 29 February 2012

Kisah Si Anak Penarik Beca

ehsan ARKIB NEGARA MALAYSIA
Kali ni saya nak berkongsi satu kisah kejayaan yang amat menarik bagi saya. Kisah ini diceritakan sendiri kepada saya oleh CEO saya dan saya amat berbesar hati apabila beliau berkongsi kisah hidupnya kepada saya.

Beliau dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan, ibu beliau seorang yang buta huruf dan bekerja kampung untuk membantu ayah beliau yang merupakan seorang penarik beca.

Bagaimana beliau boleh tercerita tentang kisah ini? semuanya secara kebetulan ketika beliau ingin menandatangani borang MIA saya dan beliau kata saya pandai sebab saya orang senang. Saya katakan pada beliau, bahawa beliau silap, saya berasal dari keluarga susah, saya anak yatim. Setelah itulah terbuka hatinya untuk bercerita pula kisahnya.

Apa yang menarik daripada kisah beliau ialah apabila beliau bertanya kepada saya apa yang membuatkan beliau berubah dan nekad untuk mengubah nasib diri beliau? Saya amat speachless dan mmg tak tahu nak komen ape, takut juga agakan saya salah.. hehe.. Katanya, dia rapat dengan seorang tukang jahit dikampungnya itu (actually tukang jahit tu ade anak perempuan yg putih comel... ;) hehe.. ) dan beliau pada zaman remaja suka bermain dan suka tengok org main terup. So, pendekkan cite, pakcik tukang jahit tu tanyalah 'ape nak jadi ngan engkau ni??? takkan nak jadi penarik beca jugak macam bapak kau?'

Pada malam hari tu beliau asik teringat je kata2 pakcik tukang jahit itu.. takkan nak keje kampung, bersawah aku tak betah, lumpur dan selut aku xselesa dan jadi penarik beca?? takkan nak jd macam bapak keje berpanas berhujan, dan pada malam itulah beliau telah nekad untuk belajar bersungguh2 kerana beliau percaya hanya dengan ilmulah beliau akan dapat mengubah nasib. Kebetulan abg beliau menjadi kebanggaan kampung kerana belajar di Universiti Malaya dan akhirnya sebelum menutup mata untuk tidur, beliau berazam untuk jadi lebih baik dari abang beliau.

Usaha beliau berhasil dan berkat doanya itu , Allah swt telah mengkabulkannya dan beliau telah di terima masuk ke ITM Shah Alam untuk persediaan ke Australia. Ketika di ITM beliau diuji sekali lagi.. Beliau hanyalah anak kampung yang amat dhaif berbahasa Inggeris dan menurut beliau, pertama kali beliau diminta menulis essei Inggeris oleh pensyarah yang merupakan warga Australia beliau mmg 'blurrrr' dan hasilnya, esei beliau penuh dengan dakwat merah. Dan ketika melihat itu berjurai airmata jatuh ke atas kertas dan beliau 'down' sgt2... Pensyarah yg memahami memujuk beliau dan ketika balik dari cuti semester, beliau dihadiahkan sehelai t-shirt yang tertulis 'I LOVE AUSTRALIA' sebagai peransang. Beliau merancang tetapi Allah swt yang menentukan segalanya. Beliau tidak berjaya ke Australia dan menyambung pelajaran di UUM dalam bidang yang beliau tidak minati iaitu Perakaunan. Sebenarnya beliau seorang pelajar sains dan bercita2 untuk menjadi seorang Jurutera.

Di UUM beliau amat kecewa dan tertekan, lagi2 apabila beliau dipandang serong oleh rakan2 sekuliah yg junior berbanding beliau. Suatu hari, beliau dapat offer untuk mengikuti pengajian di UK dan malangnya UUM tidak melepaskan beliau pergi bagi mencukupkan kuota melayu disana. Dengan perasaan sedih dan kecewa beliau teruskan pengajian dan beliau tak score pointer.

Kata beliau pada saya," sekarang ni saya dah nampak hikmahnya... Mungkin jika saya keluar negara kehidupan berTuhan saya mungkin bukan sebegini, dan Allah swt sebenarnya melindungi saya. UUM lah tempat saya mengenali isteri saya dan jodoh saya sehingga kini. Apabila kita susah dan merendah diri, kita akan lebih rapat dengan Allah dan saya tak rasa hidup menyombong diri. Allah tak pernah zalimi hambanya dan saya amat bersyukur dengan segala pengalaman pahit manis saya, suka duka saya. Saya memiliki pekerjaan dan gaji yang lumayan pada ketika ini. Semuanya datang dari Allah swt dan kita haruslah sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah berikan itu dalam setiap keadaan."

MasyaAllah, saya amat kagumi apa yang saya dengar dan saya juga amat berterima kasih pada Allah swt kerana atas pengalaman hidup CEO saya ini, saya makin bertekad untuk memajukan diri dan menjadi hambaNya yang beriman dan sentiasa bersyukur. Amin2 Ya Rabbal Alamin... 

Tuesday 28 February 2012

Menyambut Harijadi Hakimi di Port Dickson

Cuti hujung minggu dihabiskan di Port Dickson sempena hari jadi kimi dan nurul... Kami tiba petang sabtu dan menginap di PD Perdana. Sesampai aje, budak2 ni dh berlari ke swimming pool.. seronok berendam... ;)



Malamnya kami potong kek.. Kek Angry Bird bewarna biru menjadi pilihan kimi.. hehehe, keknye sedap cuma creamnye 'kureng' sket dan abis biru2 bibir dan mulut dek kerana icing birunye itu.. hi3...
...banana boat...

berkayak bersama anim... 'yeeeaaayyy'

kelaparan... masa mandi tak ingat nak makan.. ;)


Pagi2 ahad masa dihabiskan dengan berkelah di pantai blue lagoon sehingga matahari naik ke kepala. Mama2 semua mengambil kesempatan menaiki 'banana boat' mengelilingi sekitar pantai blue lagoon.. waaahhh.. amat seronok dibawa laju dengan lautan yang tenang.. terasa tenang sekali kepala nie.. ;) Mama dan kakak anim menyahut cabaran dengan berkayak pula.. Adoooiiii,,,, lenguh2 tangan dibuatnya.. kekeke.. apa2pun kami selamat mendayung pergi dan balik dgn selamatnya, yang pasti kami tak terbalik ye.. bayangkan last skali berkayak sewaktu ditingkatan 5... Lama dah tu.. :)


the best cendol in PD - depan balai bomba telok kemang

abg kimi dengan hadiah harijadinya...

                                                                 
Sampai di KL, jam 10mlm... terasa malas nak gi keje.. hehehe, alasan dan akibatnya terbangun lewat dan pagi tadi terkocoh2.. syukurlah sempat punchcard sebelum tanda merah keluar!!! Alhamdulillah, selamattttt... ;)

Monday 27 February 2012

Kasihnya Ibu...

Khamis lepas saya bertemu dengan makde setelah hampir 5 bulan tak bertemu... Syukur sangat2 sbb Allah perkenankan doa saya untuk bertemu dgn makde. Hilang rasa rindu saya pada makde...

Sape makde dihati saya?? haaaa... panjang ceritanya, dan dipendekkan cerita, semasa saya menunaikan umrah pada tahun lepas, makde lah peneman setia saya. Banyak pengalaman kami bersama dan diTanah Suci itulah saya telah meminta makde untuk menerima saya sebagai anak angkatnya..



Sesungguhnya saya pernah berniat untuk ke tanah suci bersama emak dan mak mertua saya sendiri, malangnya saya hanya merancang, Allah jua yg menentukan segalanya... Terima kasih pd Allah swt yg mengurniakan saya dengan makde yang akhirnya saya dapat merasakan kehangatan kasih seorang ibu di Tanah Sucinya... Hanya Allah yang mengetahui perasaan gembira saya ini.... Syukur tak terkata saya padaNya.. :)  Moga saya dapat menjadi anak angkat yang baik kepadanya... Amin.

Sunday 19 February 2012

Manisnya Dugaan Kehidupan....

Usai tazkirah jumaat dengan tajuk 'Hijrah Qalbiah', CEO mengambil kesempatan untuk mengupas tajuk tazkirah mengikut penelitian beliau sepanjang hampir 4 bulan bersama kami, kakitangan syarikatnya.. Hati saya cukup meresap mendengar satu demi satu teguran yang meniti dibibir beliau. Diantaranya ialah :-
1. Jam telah 8.30am tetapi masih ade lagi yang dok minum kat kedai mamak sebelah opis.
2.Adanya jurang diantara jabatan
3.Wujudnya sikap mengambil kesempatan diatas kebaikan ketua jabatan
4.Sakit bukan alasan untuk menunaikan ibadah kepada Allah swt

Teguran ke4 itulah yang paling saya tertarik. Menurut CEO, kisah benar ini terjadi pada dirinya dimana beliau sakit lutut tapi beliau tetap pergi solat Jumaat. Saat duduk antara dua sujud terasa amat sakit dan apabila beliau hendak bangkit untuk meneruskan solat kaki beliau dibahagian lutut amat sakit dan kekuatan datang bila nampak pakcik tua disebelah mampu bangun dan beliau terasa malu pada diri. Alhamdulillah, kerana cabaran itu, beliau berupaya bangun dan meneruskan solat. Dari kisah itulah beliau menegur kami dengan mengatakan bahawa semuanya atas niat dan akal kita. Dari niat yang ikhlas dan demi Allah, semuanya akan Allah permudahkan. InsyaAllah... :)

Betul seperti kata CEO saya itu dan saya juga buat pertama kali dipertemukan Allah swt dengan lelaki budiman. Sebenarnya saya dah kenal 'mamat' ni hampir 5 tahun dan buat pertama kalinya saya dapat bekerja sama dengan beliau selama 8jam. Apa yang saya perhatikan, bila saja beliau mendengar azan dilaungkan, beliau akan serta merta berhenti dan bangun mengambil whuduk untuk solat berjemaah. Amat bertuah ibu yang melahirkan beliau, bertuah sang isteri memiliki suami sepertinya dan bersyukurlah anak-anak beliau yang memilikinya sebagai Ayah. :) saya juga bertuah kerana Allah memberikan rakan kerja yang baik kepada saya.. Teringat sewaktu berdoa di Baitullah tahun lepas. semoga Allah kurniakan saya dengan kawan-kawan yang baik serta beriman...

Minggu ini juga Allah kabulkan hajat saya. Penantian saya berakhir dengan petunjuk dariNya. Syukur pada Allah swt atas rahmatnya. Selepas ini tujuan dan matlamat hidup saya semakin jelas dan fokus telah berubah. Doa saya moga Allah lindungi dia dan bimbinglah dia agar dia menjadi hamba Allah yang beriman dan bertakwa. Pengakhiran hidup itulah penentu segalanya. Barang yang lepas usahlah dikenang, dijadikan iktibar dan pengalaman yang mematangkan diri. Hanya keimanan penentu segala-galanya. Pandangan manusia itu penting tetapi siapa kita dimata Allah itu yang lebih penting dari pandangan manusia. Jom audit diri dan jadilah yang terbaik dimata Allah... Amin.

Monday 13 February 2012

Balik Hari

Ahad hari hujung minggu digunakan sepenuhnya menghantar Ashraf balik ke USM. Paling seronok si mayya lah dapat berjalan... ;)

inilah Jambatan Pulau Pinang....


Universiti Sains Malaysia


fakulti tempat ashraf menimba ilmu... :)


sebelum balik isi perut dulu, malangnya 'q' pjg sgt.... :(


sedap ye mayya?? ;)


sebelum balik kl, solat dulu di Masjid USM... :)


Alhamdulillah, perjalanan balik hari ini dipermudahkan Allah swt dan kami sekeluarga seronok dapat bersama. Semoga Ashraf belajar dengan tekun dan berjaya dalam lapangan yang diceburinya. Amin.

Friday 10 February 2012

~ SHARE WITH LOVE ~



Aiskrim yang dingin dapat menyejukkan hati yang panas lagi-lagi jika dikongsi dengan insan yang menyayangi diri kita. TQ Aju sebab sudi belanja makan aiskrim hari ini. Memang amat cool sekali.. ;) Selamat berhujung minggu semua...

Thursday 9 February 2012

Z Score

Semalam saya diberi peluang selama sejam untuk menyampaikan presentation berkenaan dengan Z-Score company saya bekerja di Mesyuarat Kewangan Holding. Peluang ini saya sambut dan Alhamdulillah saya amat seronok dapat berkongsi sedikit ilmu dengan rakan-rakan seperjuangan saya.

Sesiapa yang berminat dengan Z-Score ni bolehlah google sebentar di link ini : http://www.creditguru.com/CalcAltZ.shtml

Ini adalah sedikit kisah yang ingin saya kongsikan bersama sepanjang 7 tahun hidup saya bergelumang dalam bidang perakaunan ini. Saya bermula dengan company yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Ramai yang tak berminat nak sertai company ni... Permulaan saya sebagai pekerja clerical menjadi kerani dan Eksekutif. Selepas 3 tahun bekerja sebagai eksekutif sambil membuat kerja-kerja pengurus akhirnya saya dinaikkan pangkat sebagai pengurus sewaktu usia 29 tahun. Alhamdulillah, rezeki kenaikan pangkat ini dari Allah swt dan saya tak pernah merungut kerana walau digelar Pengurus tapi gaji yang ditawarkan tidak memerlukan saya membayar cukai. ;) Niat saya ikhlas bekerja menambah pengalaman untuk mendapatkan rezeki yang halal dan berkat. Saya tak pernah malu menjawat jawatan rendah dengan degree ditangan kerana bagi saya pengalaman itu lebih penting dan sekarang bila saya di atas saya tahu proses kerja dari A hingga Z. Allah memang telah memperkenankan doa saya tanpa saya sedari. Inilah pengalaman yang tiada nilai boleh membelinya... :)

6 tahun yang lepas company ini duduk dalam kad kredit (maknanya hidup dengan kemudahan overdraf). Sepanjang pengajian saya disekolah dan universiti saya tak pernah tengok akaun bank yang negatif dan kini Allah swt beri saya ilmu praktikal yang tidak saya perolehi sepanjang pengajian saya. Menggelabah itulah saya buat pertama kali bila scanning akaun company ini... Debtors RM7k, creditors masyaAllah jangan tanya berapa dan kes-kes saman yang menunggu penghakiman di mahkamah. Saya tak putus asa walau selepas 2 minggu bekerja di company ini saya diserang demam campak!! terkejut mungkin... ;) Tapi saya pegang satu aje, Allah Maha Besar dan Allah akan membantu saya. Setiap hari saya pulang antara jam 11malam ke 1pagi dan keluar bekerja semula jam 6.30pagi, 7 hari seminggu.... Saya seronok bekerja dan dengan sabar menyusun kembali akaun company ini dan alhamdulillah GM saya mempercayai saya, nasihat serta pandangan saya yang mana difikirkan sesuai diikuti syarikat.

Alhamdulillah, hari ini debtors hanya tinggal 0.7j dan company ini tidak lagi duduk dalam pengaruh kad kredit dan cash nye melebihi 1j. Syukur tak terkata buat Allah swt yang telah membantu dan mendengar rasa hati staff2 di company ini sehingga buat pertama kali selepas 5tahun mereka dilimpahkan rezki oleh Allah swt dengan bonus 1 bulan gaji.

Masih belum dalam keadaan selesa tapi saya memikul amanah dan tanggungjawab yang Allah swt berikan pada saya untuk bersama company ini kembali ke zaman kegemilangannya. Moga Allah swt restui apa yang telah saya lakukan dan akan saya lakukan kelak. Mohon saya agar Allah swt membimbing dan sentiasa memberi hidayahnya buat kami di company ini kerana jatuh bangunnya company ini bukan kerana seorang tetapi kerana kesemua staffnya. WORK AS A TEAM.  :)

Itulah sedikit sebanyak apa yang telah saya kongsikan dalam slot sejam saya semalam dan antara kunci kejayaan ini adalah scanning yang di buat mengikut analisis Z-score berkenaan yang diperkenalkan oleh Yang Berbahagia Dato' semasa beliau menjadi ALP di company ini. Saya amat berterima kasih pada Allah swt dan juga kepada Yang Berbahagia Dato' kerana memberi saya peluang berucap dan menghargai usaha saya selama ini. Sesungguhnya yang Baik itu datangnya dari Allah swt dan segala Kekurangan itu atas khilaf saya sendiri. Semoga kita sentiasa sabar dan berintegriti dalam bekerja. (*v*) 

Sebelum saya sudahi entri saya hari ini, sama2 lah kita hayati terjemahan Surah Al-Intifar ini dari ayat 1 hingga ayat 19.

Terjemahan Surah Al-Infitar :

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
1.Apabila langit terbelah,
2.dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan,
3.dan apabila lautan dijadikan meluap,
4.dan apabila kuburan-kuburan dibongkar,
5.(maka) setiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan yang dilalaikan(nya).
6.Wahai manusia! Apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pengasih.
7.Yang telah menciptakanmu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang.
8.dalam bentuk apa saja yang dikehendaki, Dia menyusun tubuhmu.
9.Sekali-kali jangan begitu! Bahkan kamu mendustakan hari pembalasan.
10.Dan sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu),
11.Yang mulia (disisi Allah) dan yang mencatat (perbuatanmu),
12.Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.
13.Sesungguhnya orang-orang yang berbakti benar-benar berada dalam (syurga yang penuh) kenikmatan,
14.dan sesungguhnya orang-orang yang durhaka benar-benar berada dalam neraka.
15.Mereka masuk ke dalamnya pada hari pembalasan.
16.Dan mereka tidak mungkin keluar dari neraka itu.
17.Dan tahukah kamu apakah hari pembalasan itu?
18.Sekali lagi, tahukah kamu apakah hari pembalasan itu?
19.(Yaitu) pada hari (ketika) seseorang sama sekali tidak berdaya (menolong) orang lain. Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah.

Thursday 2 February 2012

Aktiviti Bersama Sumayyah

Hujung minggu dihabiskan bersama 'buah hati mama' di rumah. Siapa lagi kalau bukan si comel mayya. Buat pertama kalinya kami akan menyediakan 'brownies' bersama. ;) hehe...

Senang je, tak perlu bersusah. Kami gunakan adunan segera dari Nona, 'Dark Chocolate Brownies' yang amat mudah disediakan. Hanya perlu campurkan 3 biji telur ayam, vegetable oil dan air... Ringkas bukan?? jadi, tiada alasan untuk memasak... Dunia hari ini semuanya amat MUDAH!!!  :)

Mayya amat 'excited' dan dengan muka penuh minat dan khusyuk menyediakan adunan satu persatu... dalam hati saya 'Ya Allah, moga brownies ini dibakar dan masak dengan sempurna'. Bukan ape, mayya yang baru usia 3 tahun 1 bulan ni masih tak mengerti bila saya suruh dia pusing satu arah sahaja, abis semua arah dipusingnya dengan wajah ceria.. Syukurlah tak 'bantat'. kekeke

Mayya mula menyebatikan adunan.. :)


Masukkan 'vegetable oil' sedikit demi sedikit


Jika suka tambahkan kekacang... *kami memilih almond*



siap untuk dibakar... :)

Alhamdulillah, percubaan pertama mayya berhasil. Cuma ter 'overbaked' aje menyebabkan lapisan atas dan bawah keras sedikit.. 'syukurlah tak hangus.. hehe' Apa-apa pun amat sedap dimakan dan seisi keluarga minum petang sambil menikmati Dark Chocolate Brownies bersama secawan teh Sabah... :)

Sebenarnya, brownies ini adalah hasil aktiviti si ibu dan anak pada petang ahad ini tetapi jauh dari itu adalah 'bonding' time bagi kami berdua. Waktu saya bersama mayya amat terhad dan kesempatan ini saya ambil untuk menambat hati si anak kepada saya sambil saya ajarkan secara terus kepada dia. Sambil - sambil mengadun saya bacakan beberapa surah agar dia tahu penting surah-surah pendek diamalkan dan tak lupa membaca bismillah setiap kali ingin melakukan sesuatu. Espek kebersihan dalam penyediaan masakan tidak saya kesampingkan. Dari aktiviti ini mayya tahu bahawa semuanya perlu bersih sebelum nak bagi orang lain makan, Islam amat menitik beratkan soal kebersihan.

Harapan saya moga selepas ini Allah berikan saya lagi idea untuk bersama anak sambil saya dapat mengajar dia praktikal kehidupan.... :) Hidup ini indah dan ada sebab Allah turunkan kita ke dunia ini. Oleh itu gunakanlah kesempatan yang diberikan oleh Allah swt ini sebijaknya dan jadilah hambaNya yang sentiasa bersyukur... :)