Total Pageviews


Monday 26 August 2013

Menyambut Syawal bersama Anak2 PJKI


Ingat tak lagu 'wajah kesayangan hamba?'  bila terngiang lagu tersebut kat telinga nie, teringatlah anak2 PJKI... Syawal ni tak rasa sempurna kalau saya tak meraikan bersama-sama dengan anak2 nie.. Tambahan pula baki wang sumbangan masih ada berbaki ditambah lagi dengan angpau yang dikirim kengkawan untuk diberikan kepada anak2 PJKI... Dalam kesibukan masa saya curi jugalah satu hari dihujung minggu untuk bersama2 dengan wajah kesayangan saya ini.. ;)


25 Ogos 2013 jam 11.30am sampai tiba dirumah anak2 perempuan PJKI. Kelihatan 40 orang anak2 PJKI telah setia menanti ketibaan saya, mayya, kak aidah, anim dan ea.... Dalam hati saya dah excited sangat... tak sabar nak berkongsi aktiviti bersama mereka... :)


Aktiviti bersama anak2 ini ialah curahan kreativiti membina keluarga bahagia daripada Biskut Beruang.... haaaa... ape tu kan??? 

Ni kan bulan Syawal... masih lagi dalam mood hari raya... so kalau beraya tak sah kalau tak makan biskut raya kan??? jadinya saya sediakan 4 keping biskut beruang (ala2 biskut gingerbread man tu..) untuk setiap seorang anak PJKI. Beruang itu dalam sepinggan ada seekor Papa Bear, seekor Mama Bear, seekor Daughter Bear dan seekor Son Bear... Tugas anak2 PJKI ialah untuk menghasilkan keluarga Bear yang kreatif dengan menggunakan jem strawberry, choc spread, choc chip, choc rice dan smarties... 

Tengoklah gambar2 dibawah nie... sungguh khusyuk melihat anak2 ini menzahirkan kreativiti masing2... :)

Group 3 - Lead by Auntie Aidah
Group 2 - Lead by Kak Anim

Group 1 - Lead by Kak Ea

khusyuk....
mayya pun join skali... ;)
ni lah biskut bear saya.. :)
sukenya adik ni... cantik family bear nye...
Adik Adibah hati2... kang jatuh plak biskut tue...

Inilah JUARA bagi setiap kumpulan... Jangan terkejut... memang kreatif anak2 ni.. kalau saya lah... tak terpikir pun nak hasilkan biskut sekreatif ini... ;)


ta da..... Cantikkan??
JUARA dari Group 1 - Adik Hassan.

My Happy Bear Family... :) 
Congratulations Adik Hassan...

JUARA dari Group 2 - Adik Adibah


My Happy Bear Family

Congratulations Adik Adibah...

JUARA dari Group 3.

My Happy Bear Family
Congratulations Adik Maimunah...
Kakak Ea bergambar bersama JUARA...
Adik2 mendengar penerangan dari Auntie Intan.. :)

Saya suka nak share dengan anak2 PJKI ini kenapa saya ajak mereka membuat biskut My Happy Bear Family nie... Saya nak mereka semua tahu bahawa inilah kehidupan yang diidamkan oleh manusia.. hidup lengkap ada ayah, emak dan adik beradik... Itulah hakikatnya kehidupan manusia.. tapi moralnya anak2 ini semua diberi berus dan peralatan untuk menghasilkan yang tercantik dari usaha dan fikiran mereka sendiri.. Dari biskut yang kosong berwarna agak kecoklatan, ada yang hampir kehitaman tetapi bila telah di tambah jem dan coklat ditabur choc rice dan dibubuh smarties ianya jadi menarik, cantik dan amat menarik untuk dimakan... Begitulah juga dengan kehidupan anak2 ini... Kita sendiri yang membina keidupan kita.. walaupun kita berkulit gelap, mungkin tak berapa nak cantik pada pandangan kasar tapi jika akhlak kita baik, dengar cakap penjaga, berkata dengan lemah lembut, sopan santun pasti kita akan sentiasa cantik pada pandangan orang lain... Alhamdulillah, anak2 ini semuanya terang hati.. mereka paham apa yang saya cakap dan mereka beramai2 katakan mereka takkan gaduh2.. cakap jerit2... Bagus!! Alhamdulillah...!!! #saya sempat pandang muka Kak Aisyah (penjaga anak2 PJKI Perempuan) yang tersenyum riang dan lega sebab anak2 ini paham mesej yang saya sampaikan... Syukur.

bergambar kenangan bersama... :)
masing2 makan biskut My Happy Bear Family..
Mayya suapkan mama biskut bearnye... ;)

Alhamdulillah, wang sumbangan yang masih berbaki ini saya masakkan bihun goreng bebola ayam, nuggets ABC dan air oren untuk anak2 PJKI ini. Disamping itu dibawakan juga kuih raya keluaran Elamayya Shoppe yang disumbangkan oleh rakan2 fb untuk dijamukan kepada anak2 ini... Sungguh selera mereka makan Biskut Choc Chip, Almond Cluster dan Honey Snap. 



Dan inilah kek Rainbow Snow White yang menjadi attraction oleh anak2 ini.. geram je mereka menengoknye.. ;) kek ini disumbangkan oleh Putra Sweets Treats.. #Tqvm PST- The kids just love it!!


Rainbow Snow White Cake by Putra Sweets Treats (fb)


anak2 PJKI menjamu selera...
khusyuk mendengar apa yang aunty Aidah sampaikan...

Sambil2 makan tu kami bersama2 menyuapkan anak2 ini makan... Hati saya amat pilu... saya terkenang waktu kecil dahulu saya suka makan disuap oleh emak atau kaklong... Mayya plak sungguh berdikari, tak suka disuap, suka buat sendiri dan kesempatan ini saya ambil untuk menyuap anak2 ini makan... #Tak terucap perasaan yang lahir, rasa amat terharu sekali.... Terima kasih sangat2 kat Allah swt kerana kurniakan saya rasa kasih ini... :)

Auntie Aidah menyuap Adik Duha makan...
alaaa anak Mama.. :)
Alhamdulillah... :)

haaa.... Red Valvet Cupcakes with Cadbury... #nyummieesss

Selesai makan, kami sampaikan duit raya kiriman rakan2 fb untuk anak2 PJKI ini.. Alhamdulillah, t.kasih buat rakan2 fb sekalian.. sangat seronok anak2 ini dapat duit raya... #Adik2 ni semua janji duit raya masuk Tabung!!! ;)

Kak Anim sampaikan duit raya kiriman rakan fb... :)

Auntie Aidah sampaikan duit raya & goodies bag too... ;)
hehe... Mayya pun nak bg duit raye jugak.. :)
Auntie Intan sampaikan duit raya kiriman rakan fb...
Alhamdulillah.. akhirnya amanah yang diberikan oleh rakan2 fb telah saya laksanakan sebaik mungkin dan semampunya... Ucapan terima kasih pada semua kerana memberikan kepercayaan kepada saya dalam melaksanakan amanah ini.. Saya tumpang gembira, teruja dan seronok membuat kerja - kerja amal ini secara sukarela. Wang sumbangan masih berbaki RM300.00 lagi. InshaaAllah projek bersama anak2 ini akan diadakan lagi selepas Raya AidilAdha. Doakan projek yang bakal diadakan berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Amin. :)

Sebelum pulang, kami bergambar kenangan bersama... Semoga bertemu lagi... Doa saya sentiasa bersama anak2 ini setiap kali waktu solat..." Semoga Allah swt menjadi pelindung mereka, merahmati mereka dan jadikan lah mereka Hamba Allah yang beriman dan bertakwa..." - Amin.























Thursday 22 August 2013

Sambutan Aidilfitri 2013

Dah masuk 6 tahun kami kat opis akan menyediakan gerai Aidilfitri di perkarangan bangunan ibu pejabat dan telah 5 tahun kami bertanggungjawab untuk menyediakan menu soto dan sup tulang.. Alhamdulillah, kami semua akan memastikan gerai kami dihias cantik dan mengikut konsep... sebenarnya kami aim nak menang gerai persembahan terbaik.. :)

Alhamdulillah.. Allah swt memperkenankan doa dan usaha kami.. Akhirnya kami MENANG dan ianya kemenangan bagi 2 tahun berturut2.. Syukur.







dan paling gembira bila masuk paper utusan keesokkan harinye... ;)

Utusan Malaysia - 21 Ogos 2013

Inilah sekitar suasana meriah sambutan hari raya di ibu pejabat kami.... ermmm... tahun depan menu yang sama lagi ke? 

tema raya tahun ini...


menyediakan soto untuk jamuan raya...



bersiap2 menunggu kunjungan VIP...

Sarsi Botol dulu2... sape masih ingat??


Basikal Antik...


Memukul Bahulu... kuih tradisi...



malam sebelum majlis berlangsung... bertungkus lumus menyiapkan gerai sampai lewat malam... ;)


menulis menu dalam tulisan jawi...


inilah hasilnye.....  ;)

Dan inilah bunga penanggah... Ade RM45.00 semuanya untuk 5 tahun.. tenkiulah kat bos yang baik hati... ;)