Total Pageviews


Tuesday 30 July 2013

Cuti 3 hari.....

Hujung minggu ni warga Selangor bercuti panjang... jumaat hingga ahad.. :) apa dah saya buat??? haha, Quality Time with the family... Jumaat saya join abang remy dan kak reen bawa erysa dan mayya ke Zoo Negara. Walaupun berpuasa kami tabahkan je diri demi anak-anak ini.. :) Seronoklah erysa dan mayya dapat ke Zoo Negara bersama-sama. Allah swt merahmati kami dengan mendatangkan cuaca mendung serta hujan bagi meredupkan suasana. Kami bersyukur dan enjoy sangat menyaksikan Animal Show bersama-sama.




Dah kepenatan kat Zoo kami pun balik rumah... bersiap-siap untuk berbuka puasa pulak... :) Alhamdulillah Kak Reen & Abg Remy belanja makan Dominos.. nyum2... Semoga kalian murah rezeki...

Berlalu sudah jumaat... Sabtu saya bawa kak long gi jumpa Dr Vivick kat UM Specialist.. Alhamdulillah jahitan dah buka dan doktor kata kak long ok.. Syukur.. :) Dalam perjalanan balik ke rumah saya singgah ke fakulti perniagaan dan perakaunan UM... waahhhh masa merubah segalanya. Dah lain dah fakulti ini selepas 10 tahun saya meninggalkannya.. how time fliesssss.....



Teringat kembali saban hari berulang alik dari fakulti ke PPUM sebab nak temankan arwah emak kat hospital.. susah senang saya di UM inilah yang mengajar saya untuk jadi KUAT bagi menempuhi kehidupan ini.. Syukur, tanpa pengalaman itu semua saya takkan BERJAYA.. dah berjaya ke ni? Belum lagi.. masih banyak yang perlu digapai... ;)

Dan terima kasih juga buat busu yazid dan busu noridah yang belanja kami makan Nasi beriyani Taman Tun Dr Ismail.. nyum2 sedap... :) kenapa sedap? sebab ia diberikan dengan ikhlas dan penuh rasa kasih dan sayang... :) Moga Allah swt merahmati busu sekeluarga... Amin.

Ahad pula amat istimewa... Hampir 10 tahun bekerja di syarikat saya bekerja ini, kali pertama dapat berbuka puasa bersama CEO anjuran syarikat ini.. Alhamdulillah... sungguh meriah majlis iftar yang diadakan di Residensi Hotel, Uniten nie.. Pelbagai juadah disediakan memang menjamu perut sampai saya tengok aje saya dah kenyang... Lagi-lagi dapat iftar bersama keluarga...



Mayya comel bertudung tapi tula, xlama.. dan mayya lah paling seronok dapat kawan baru... semua kerumun mayya sebab nak tengok mayya main ipad.. hahaha... yang best tu bila kawan yang lain ngendeng bawa game semua tetap kerumun mayya.. Mayya ooohhh Mayya... glamer plak mama rasa bila semua budak-budak kerumun table kami... ;)



Syukran Ya Allah atas rezekiMu ini... dan juga atas rasa bahagia ini... :)

No comments:

Post a Comment