Total Pageviews


Saturday 30 August 2014

Hilang dimata, tetap di hati....




Berjumpa dan berpisah adat manusia biasa... Hilang dimata tapi dihati takkan lupa.. Selamat maju jaya buat CEO kami yang akan menjawat jawatan penting di tempat baru berkuatkuasa 1 September ini. Terima kasih atas tunjuk ajar dan pengalaman kerja bersama selama 2 tahun 10 bulan...

Sunday 24 August 2014

Acheh ~ Day 4

Hari ini merupakan hari terakhir kami di Acheh, jam 8.15am kami check out hotel dan dibawa ke Masjid Baiturrahman...















Amat cantik masjid ini yang terselamat dari tsunami.. Masjid ini meninggalkan seribu makna buat rakyat Acheh. Ketika saya disini, sedang berlangsung musabaqah seluruh Indonesia di masjid ini.... :)

Bersebelahan masjid inilah terletaknya Pasar Aceh... buat kali terakhirnya kami shopping ole2 lagi sebelum balik Malaysia... ;)



Kami di bawa ke perkuburan mangsa tsunami.. Beribu - ribu mangsa tsunami telah dikebumikan disini... 





Kami singgah di Masjid Baiturrahim pula... Inilah satu2nya bangunan yang terselamat dikawasan ini semasa tsunami melanda. Ramai yang berlindung disini pada hari kejadian... Betapa besarnya pengajaran Allah swt kepada umatnya...









Seterusnya destinasai kami adalah ke airport.. sayu hati nak meninggalkan bumi Acheh ini... lagi2 melihat pemandangan indah persekitarannya memang tak jemu mata memandang mengundang ketenangan fikiran... Alhamdulillah...




Perhentian terakhir kami adalah perkuburan massal... perkuburan ini amat kemas dan disediakan surah2 yassin dalam bakul untuk dibaca pengunjung ke kuburan... 











Alhamdulillah jam 1.30pm waktu Acheh kami terbang balik ke Kuala Lumpur dengan seribu kenangan terpahat dihati... Semoga rakyat Acheh akan sentiasa tabah dan bersemangat untuk membangunkan semula bumi Acheh yang kaya dengan keindahan....


Mayya seronok nak balik...

Bye2 Acheh...

Acheh ~ Day 3

Pepagi lagi kami dah bangun... excited nak tengok sunrise pagi ni... Mayya pulak dah sibuk nak gi mandi laut.. asik kata takde jaws kan mama... hehe

so jom jamu mata tengok aktiviti kami di pantai pagi ini... ;)

tempat kami menginap..
surau...
mayya & rarity..
airnya kehijauan, amat jernih...
berendam...
sekitar pantai..
kat sini ade jual donut sedap..
breakfast di tepi pantai...
kesedapan makan donut..
kopi Aceh...

Puas berendam sampai kecut jari, perut pun jadi lapar minta diisi... kami beli nasi campur macam nasi lemak minum bersama kopi aceh dan teh o... umphhh memang sedap... pastu kami beli donut, Ya Allah.. sedap sungguh donut makcik ni.. dahla gebu, lembut dan cair di mulut... padanlah masa beratur nak beli donut ni ada mat salleh nak ambil order dia.. dia siap kata kat saya donut makcik ni mmg the best tp dia tak bagi saya makan banyak, nanti kembang macam donut katanya, so kalau taknak kembang kenalah gi excercise... haha... *macam2..

Sedang enak melayan perasaan sambil makan ditepi pantai, datanglah beberapa pengusaha bot dan snorkeling promote pakej diorang. so saya pun memang berhajat nak round laut sekitar Pulau Sabang ni so kami ambil pakej yang bot ada cermin so tak perlulah nak snorkeling just tengok kat cermin tu dah nampak ikan dan tumbuhan laut didalam air... MashaaAllah.... indah sungguh ciptaan Ilahi...


jeti...

excited nak naik bot...
indah pemandangan...
tangga kayu buatan sendiri...
mayya & mama
pemandu bot kami...
cantik kan? kebiruan airnya...
Jom tengok ikan...
mayya, look at that....
si cantik manis sempat berposing...
mak long menung apa tu??
indah panorama...
tempat snorkeling...
ade budak dah tidur.... hihi

chalet...






Setelah puas mengelilingi pulau kami pulang semula ke chalet... kami perlu check out, dah nak balik semula ke Banda Aceh. Sebelum tu kami akan dibawa bersiar dibeberapa tempat menarik yang ada di Pulau Sabang ini...




Jom balik..

beli ole2 disini..
Sebelum naik kereta, sempat lagi kami pekena durian Aceh... nyum2... sedap!!!

Pakcik... tolong pilihkan...
Akhirnya Herman yang tolong pilihkan...
Umphhh... memang sedap..
Durian seulas...
Pemandangan dalam perjalanan..
tenang suasana...
we are here...

menung ape tu ea??

Masjid nan indah..
Kak long dan Ea dibawah pokok nan sebatang...
yeaahhh...
Mayya & Kakak Ea..


Cak...
Akar kayu beratus tahun...
Herman bawa kami bersiar - siar dan bawa kami ke kedai cenderahati di Pulau Sabang. Jam 3.00pm kami naik feri berangkat ke Banda Aceh. dalam feri memasing tidur akibat kepenatan.

Perjalanan feri mengambil masa selama 45minit. Sampai je kami dijemput Irwan dan kami berhenti di tepi jalan untuk beli Bakso Goreng, tapau dan makan dalam kereta... hehehe. memang sedap sementelah lagi perut memang tengah lapar...

Bakso goreng..
Destinasi kami ialah Kapal Labuhan. 

Lihatlah dengan kebesaran Allah, kapal sebesar ini boleh terdampar dikawasan perumahan selepas tsunami melanda... Memang menginsafkan diri...








Destinasi kedua kami ialah Taman Sari Gunongan.

Taman ini dibina khas untuk permaisuri yang berasal dari Pahang, Malaysia... Dibina bergunung ganag seperti keadaan geografi pahang agar permaisuri yang masih remaja itu dapat menghilangkan rasa rindunya.. Kami agak bertuah kerana waktu kami tiba telah hampir waktu ditutup tetapi bila diketahui kami dari Malaysia, lantas penjaga Taman ini membuka kunci taman dan dengan hati terbuka membenarkan kami menghabiskan masa di taman ini...

Ya Allah, bertuah sungguh rasa kami dan apalagi, kami pun mulalah berangan... kami pulak yang main berkejaran kat taman ni... macam mimpi jadi kenyataan lah pulak... sebabnya, masa dok tengok internet survei2 tempat menarik kat Aceh ni memang berangan nak tengok taman ni... dahla bewarna putih macam sentimental sangat rasanye.. ;)











Selepas itu kami dibawa oleh Irwan membeli kopi Aceh dan makanan original orang Aceh untuk dibawa balik... memang murah harga barang kat sini... puasla kami bershopping..



Kami check in hotel dan bersiap untuk aktiviti malam ini pula.. Lepas maghrib, Irwan ambil kami dihotel dan bawa kami makan malam... Malam ni saya request nak makan Bakso... so Irwan bawa saya kat restoran ini, Bakso Barata berdekatan Masjid Baiturrahman.. memang sedap.. tapi personally, Bakso kat Bali tu yg paling sedap yang pernah saya makan setakat ini.. ;)

Jom pekena Bakso...
Sedap!!

Selepas makan kami ke mini market untuk membeli telur 10 karton, beras 20kg dan gula untuk dihantar ke Dayah Nurul Huda...

mini market...
sumbangan dari rakan2 fb...
Dayah Nurul Huda...

Sempena dengan bulan syawal, bulan hari raya untuk kita warga Islam... saya dan rakan2 fb membuat sedikit sumbangan ke Dayah Nurul Huda ini yang menempatkan 300orang anak2 yatim dan susah yang berusia dari 7 hingga 20 tahun yang diasaskan oleh Pak Deraman. Terdapat 20orang anak mangsa tsunami disini.

Jemputlah melihat gambar2 anak2 ini dan persekitaran rumah ini yang serba kekurangan....

tidur beramai2 hanya beralaskan sejadah, berbantalkan lengan...
Bilik anak2 perempuan...
tandas... masa ini beramai2 membasuh baju...
anak2 mangsa tsunami ditempatkan..
bergambar kenangan bersama...

Kisah Kak Ida.. (2 dari kanan)

Kak Ida merupakan bekas jururawat, isteri kepada Pak Man. Kak Ida dan Pak Man memiliki 2 orang anak. Kak Ida menolong suaminya menjaga anak-anak disini.

Kisah Bantuan Dari Allah swt...

Kak Ida berkongsi kisah : Pak Man seorang yang amat malu untuk memohon sumbangan. Pak Man lebih rela berhutang di kedai depan jika tidak mempunyai wang membeli barangan makanan untuk anak2 ini. Suatu hari beras kehabisan dan jam telah 12tghari dimana anak2 akan pulang dari sekolah tak lama je lagi.. Pak Man dalam kesempitan wang dan ke kedai depan untuk berhutang beras dan barang makanan, malangnya kedai depan tutup. Pak Man hilang ikhtiar dan hanya mampu berdoa pada Allah swt. Kak Ida semakin risau kerana tiada apa yang hendak diberi makan pada anak2 ini... tiba2 ada orang datang hantar beras dan beri sedikit wang... Syukurlah, Pak Man dapat pergi ke kedai lain untuk beli ikan kering dan sayur....

Sayu kan??? inilah pengajaran kepada saya, mayya, ea dan kak long... Hanya Allah swt sahajalah tempat kami bergantung sepenuhnya... Semoga rahmat dan lindungan Allah swt sentiasa bersama kami... Amin.

bergambar kenangan bersama..

bersama adik Rindu Hati...
Kisah adik Rindu Hati (bertudung putih)

Adik Rindu Hati adalah seorang anak yatim dan berusia 13 tahun...



Bahagian Dapur

sayu hati melihat...
Timbunan Padi sumbangan orangramai..
Kawasan anak2 lelaki...

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat ilahi kerana saya telah diberi pertolongan oleh Allah untuk menyempurnakan amanah dari rakan2 fb.. saya dipertemukan dengan pak safriya dan Irwan serta Herman, orang yang baik2 dan membantu saya menyalurkan sumbangan rakan2 fb ke rumah Dayah Nurul Huda ini.

Banyak pengajaran yang saya peroleh, pengalaman yang takde nilai disisi wang ringgit yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit... keinsafan diri serta mensyukuri nikmat pemberian Allah kepada saya selama ini...

Doa saya agar Allah swt berkati pengorbanan Pak Man dan isteri yang sanggup menjaga 300 orang anak2 ahli syurga ini... bukan semua orang boleh menggalas tugas berat ini. Moga Allah swt kurniakan syurga buat mereka di akhirat kelak. - Amin.