Total Pageviews


Monday 15 April 2013

Hari Terakhir....

sebakul coklat dihiasi bunga segar - tanda ingatan

Sepanjang berkhidmat di Jabatan ini, saya hargai segala usaha dan kerja - kerja yang telah dilaksanakan oleh subordinate saya. Terimalah tanda ingatan ini dan semoga maju jaya di bahagian baru... :)

Monday 1 April 2013

Cintai Tumbuhan Ciptaan Illahi...

Pokok terung mayya telah berbunga.. Alhamdulillah.


Sebagai ibu, saya bukan saya menerapkan pendidikan ilmiah terhadap Mayya.. Hidup ini bukan setakat ABC dan 123.... Segala aspek kehidupan cuba saya sampaikan pada Mayya semampunya. Sejak 2 bulan lepas saya mula mengajar Mayya untuk mencintai alam. Bermula dengan hidupan alam iaitu Pokok terung dan cili padi...

Seawal pagi sebelum ke sekolah akan saya pastikan Mayya menyiram pokok begitu juga apabila menjelang senja. Jika pokok tidak disiram, pokok akan layu kekeringan... Manusia tidak sempurna kadang kala kealpaan sendiri mengakibatkan pokok-pokok ini kelayuan.. Mulalah Si Mayya kalut takut-takut pokok-pokoknya mati... ;)

Setiap dua minggu saya akan pastikan pokok-pokok ini dibaja oleh Mayya.. Mayya memang seronok menjaga pokok-pokok ini dan paling seronk bila bunga telah mula keluar.. Saya katakan pada dia tak lama lagi bunga tu akan bertukar menjadi buah... Terlihat senyuman di wajah mayya.. Nanti mama masak sedap-sedap ye.. In shaa Allah anakku... :)

Dari sebutir benih, ia tumbuh menjadi pokok.. berbekalkan tanah dan air ia subur sehingga mengeluarkan hasil yang bermanfaat kepada manusia. Doa saya semoga Mayya dapat menjadi manusia yang bermanfaat kepada bumi ciptaan Allah ini.. Semoga Sumayyah menjadi Khalifah Allah yang mukminah dan menjadi penghuni syurgaNya... 

Amin...