Total Pageviews


Friday 27 April 2012

Syukur Kehadrat Illahi...

Alhamdulillah...

Hanya Allah swt sahaja yang mengetahui perasaan hati ini saat membaca emel dari MIA. Menitis airmata kesyukuran atas kebaikan Allah padaku. Semoga selepas ini saya dapat menjadi Akauntan Islam yang menjalankan tanggungjawab dan amanah selaras dengan landasan Islam. Semoga Allah jauhkan saya dari sifat riak, rasuah dan tidak bertanggungjawab. Semuanya milik Allah dan saya akur apa yang saya perolehi ini semata-mata adalah pinjaman dari Allah swt jua...




petikan surat : " I have pleasure in advising that your application for admission to membership of the Malaysian Institute of Accountants was approved at a recent meeting of the Council. On behalf of the Council I extend to you a sincere welcome as a member of the Institute." 

Mayya & Aliya di Kidzania KL


Saya dan Aju telah lama berhasrat nak bawa Mayya dan Aliya ke Kidzania KL. Syukur sempena cuti Pertabalan Agong yang lepas kami berpeluang menghabiskan masa disana. Memang seronok tengok kanak-kanak disana 'berlagak bekerja' seperti orang dewasa dan Kidzania KL memang 'COOL'... :)

Entrance fees untuk kanak-kanak seusia Mayya dan Aliyah adalah RM55.00 seorang. Dengarnya macam mahal kan? tapi jangan khuatir kerana budak-budak tu akan dapat 50oz seorang (duit Kidzania) ala-ala duit Monopoly gitu bagi perbelanjaan mereka di Kidzania tu dan mereka juga akan dibayar upah bekerja.. Menarikkan?

Mayya dan Aliya sempatlah bekerja sebagai Paramedik (8oz), Dentist (12oz) dan Pilot (15oz). Total upah bekerja mereka pada hari tersebut adalah 35oz. Budak berdua ni gi buat 'face painting' (30oz) untuk half face... :) so baki duit diaorang tu 55oz. Untuk melayakkan mereka membuka akaun CIMB Kidzania, minimum simpanan adalah 50oz. Jadinya, mereka akan diberikan ATM kad dan bila datang lagi bolehla gunakan kad ATM tu untuk keluarkan duit dan berbelanja di Kidzania.. Bestkan??? Memang berbaloi bawa anak-anak kesana.. 5 bintang untuk Kidzania KL...

Pilot... stimulator pun real.. :)

Doktor Gigi


Friday 13 April 2012

Bercuti di Aonang, Krabi, Thailand


Jumaat - 6 April 2012


Menaiki Airasia ke Krabi Thailand dan selamat sampai jam 2.15pm waktu Thailand. Alhamdulillah... memang seronok bercuti bersama mayya, kak long dan kak Aidah. Kami menaiki teksi dari Lapangan Terbang Krabi ke Aonang Buri Resort. Perjalanan mengambil masa setengah jam dan pemandangan hampir sama dengan pemandangan di Ipoh, Perak.


Sesampai di hotel, kami check in dan keluar bersiar-siar di kawasan pantai sambil mencari tour agent untuk aktiviti kami esok hari.. :)




Sabtu - 7 April 2012


Seawal jam 8.30am ,Van telah menunggu di depan hotel. Sekumpulan kami ade 7 orang dewasa dan 1 orang kanak2 (mayya lah tu). Kami dibawa ke Safari untuk Elephant trekking, Elephant Show and Monkey Show. Mayya lah yang paling seronok.. Ingatkan dapat naik gajah je, rupanya siap naik kereta lembu dan bergambar ngan kerbau lagi... hehe.

Sekumpulan dengan kami, Sekeluarga pelancong dari England. Mereka berasal dari London. Anak perempuan yang sulung belajar di Ireland dan mengambil course teaching... bakal cikgu yang sangat lawa.. ;)
Mereka amat kagum melihat mayya 'what a brave girl.. loves eating.. hehe'



Selepas itu, kami dibawa ke Pulau James Bond dengan menaiki 'longboat'. Waaahhhh... memang seronok dan kecantikan pulau tersebut amat mengasikkan.. Padanlah dirakamkan dalam cerita James Bond... ;)




Kami dibawa makan di floating market dan menyambung perjalanan ke Pha nang bagi menaiki kenu melihat keindahan gua disana. SubhanaAllah... memang indah ciptaan Allah swt. :)



Kami pulang ke hotel dalam kegirangan walaupun badan kami amat keletihan. Kami panggil tukang urut ke bilik dan bermulalah Thai Massage kami.. hehe, saya tak berani nak ber Thai Massage cukuplah hanya dengan Oil Massage.. Sungguh sedap badan ni dimanjakan.. Hilang segala keletihan. Mayya pula ambil kesempatan untuk Manicure & Pedicure... ;)



Malamnye, kami jalan2 cari makan.. Kami memilih Kedai Makan Shareefah di sebelah masjid. Yummmmiieesss... Alhamdulillah, kenyang perut suka hati.. :)
Paling sedap, pulut mangga dan kerabu mangga seafood...



Kami window shopping sehingga jam 11.00malam dan sesampai di hotel terus landing akibat kepenatan. zzzzz to wonderland.. ;)


Ahad - 8 April 2012


Pagi hanya dihabiskan masa dengan bawa mayya mandi di swimming pool hotel, kak long dan kak Aidah pergi shopping ole2 untuk mereka dirumah.. :)


Jam 11am kami check out dan balik ke KL... Alhamdulillah percutiaan ini amat bermakna untuk kami berempat. Semoga dapat kembali lagi ke Krabi... :) InsyaAllah.. Sebelum itu, jangan lupa ye jika ke Krabi, belilah buah nenas dan Lempeng yang dijual digerai tepi jalan disana.. Memang sedap.. :) Selamat mencuba..





Wednesday 4 April 2012

My Idol ~ Prof Dr Muhaya (Seminar Celikmomz)


Alhamdulillah, Ahad lepas saya berpeluang mengikuti Seminar Celikmomz oleh Prof Dr Muhaya di Surau An-Nur, Country Heights. Walaupun seminar ini berlangsung hanya separuh hari tetapi manfaatnya amat besar. Banyak tips yang diberikan oleh Prof. Ada juga ilmu baru yang saya pelajari. Syukur tak terkata. Habis sahaja seminar ini, semangat saya makin berkobar-kobar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai ibu soleha kepada Sumayyah. Amin Ya Rabbal Alamin... :)

Sukan...


Sabtu lepas hari Sukan Mayya di Stadium Titiwangsa, Tasik Titiwangsa, KL. Seronok Mayya dapat join sports day... Alhamdulillah mayya dan kumpulannya menang 1st prize dalam acara memburu binatang liar... ;) hehe.. Semoga next year Mayya menang lagi. Apa-apapun bukan kalah menang jadi ukuran. Semangat kerja berpasukan itu yang paling penting dan keseronokan dalam bersukan dikongsi bersama...