Total Pageviews


Thursday 31 May 2012

A gift to myself...



Alhamdulillah.... dah lama teringin nak memiliki Al-Quran ini dan syukur arini ia telah sah jadi milik saya. Thank You Allah... :)  *semangat nak mengkhatamkan Al-Quran comel ini* - chayok!!!

Sunday 27 May 2012

Happie Besday Anim... :)

Birthday Lunch @ Tarbush, Ampang


Dah besar dah anak buah kesayangan busu ni... Busu doakan semoga cepat naik pelamin, dimurahkan rezki dan yang paling penting semoga Allah swt kurniakan pasangan yang beriman dan menyayangi Anim seadanya. Amin. "Busu sayang Anim..." :)


Birthday Cake @ Ikea, Damansara


Jom Solat @ Masjid Besi, Putrajaya



Malam ini hati terpanggil nak solat bersama mayya di Masjid Besi, Putrajaya. Alhamdulillah... Allah swt perkenankan dan permudahkan... Selepas solat mayya seronok berlari2 di Taman depan masjid.. *Syukur*

Sunday 20 May 2012

tea break with bff....

@ Ice Room, PD.

TJ belanja lagi.... Thank You TJ my Best Fren Forever... :) Dah lama kami teringat2 Ice Room nie... memang sedap aiskrim nye... kali ni kami try perisa kacang.. yup, Nyummmilicious... :) Tak lupa juga, durian goreng tu memang sedap... :) Dalam padatnye jadual bengkel sempat juga lari ke Ice Room dan malam ini kami pekena Burger Ijan plak kat paroi... nyummmm, memang tak mengecewakan... :)

Bengkel

Saya terpilih mewakili badan induk untuk anak syarikatnya ke Bengkel Penyediaan Manual Prosedur Kewangan anjuran Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Port Dickson selama 3 hari. Iye, banyak ilmu dapat dikongsi dan diterjemahkan ke dalam buku panduan yang bakal digunapakai bersama kelak. Topik yang kumpulan saya dapat ialah Pengurusan Stor. Topik yang amat baru untuk saya tapi walaubagaimanapun saya cuba berikan yang terbaik.. InsyaAllah.

Waktu-waktu senggang yang ada kami berkumpul bersama dan seperti biasa mesyuarat gelap diadakan... hehehe... 

mesyuarat gelap sedang berjalan... ;)

Friday 11 May 2012

Lawatan Mengejut

Atas dasar tanggungjawab dan amanah yang dipikul saya telah ke selatan tanahair untuk melaksanakan lawatan mengejut diladang ternakan fidlot. Ermmm... cantik-cantik lembu disana. Saya juga berpeluang belajar teknik-teknik penjagaan, pemakanan dan bagaimana nak menjadi kawan kepada lembu-lembu tersebut.. Alhamdulillah, banyak juga ilmu baru yang ditimba.. Misalnya, bagi lembu makan gula merah untuk menambahkan tenaga. :) selain itu, jangan bagi lembu makan soya kerana akan menambah cacing di usus lembu...

Malamnya pula saya ikut serta dalam lawatan mengejut di pondok pengawal berdekatan tempat kami bermalam. Sian pakcik-pakcik pengawal terkejut tengok bos besar datang melawat memalam.. ;) hehe..

Balik ke KL dengan perasaan hampa kerana arahan yang diberi tak dapat kami penuhi.. dengar ajelah ngomelan ALP nanti.. ;) yang penting misi murni ini telah kami laksanakan..

Monday 7 May 2012

Menziarahi Pak Long



Selepas Anim abis kelas master nye jam 9mlm kami bertolak balik ke JB. Jam 2am kami sampai dan dijamu dengan murtabak kg melayu... nyum2...

Kali ini kami menghabiskan masa bersama pak long sepanjang hujung minggu. Mayya seperti biasa amat peramah dengan atok longnya. Atok Long bawa mayya ke kedai, macam2lah jajan yang dibelikan Atok Long untuk mayya. :)

Sebelum balik KL, kami dijamu dengan laksa johor.. memang enak sekali. Kali ini pak long banyak memberi pesanan buatku. Antara pesanan pak long agar perbanyakkan mengaji dan qiamullail di malam hari... Pak long turut menitipkan zikir2 amalan sepanjang hari. Selain itu pak long berpesan agar selalukan menolong orang susah terutama kepada ibu tunggal. Jangan kedekut untuk menghulurkan sumbangan walaupun 10sen.

InsyaAllah segala pesanan pak long saya sematkan didalam hati. Buat diri saya yang ketiadaan ayah seusia 12 tahun, segala pesanan pak long yang seumpama ayah dihati saya amat terkesan dihati. Semoga saya menjadi hamba Allah yang beriman sentiasa. Amin.

Friday 4 May 2012

Golden Palm Tree, Sepang Goldcoast


Setelah penat memerah otak menyiapkan laporan kewangan untuk Mesyuarat ALP dan bermesyuarat sehingga jam 1.30am akhirnya penat lelah dapat dilepaskan dengan bercuti hujung minggu bersama insan2 tercinta dalam hidup saya. Apa2pun terima kasih pada kak Aidah kerana sponser percutian ini. :)

Sesampai di hotel terasa ringan kepala dengan keindahan suasana disana. Resort ala2 rumah kayu diatas air beratapkan rumbia memang amat menyegarkan... Mayya lah yang paling seronok kerana Aliya turut serta bercuti bersama. Adelah dia kawan bermain.. :)





Paling mencuit hati sewaktu budak berdua ni seronok mandi manda di swimming pool. Datanglah anak dan bapa ni dengan pelampung buaya. Punyalah ketakutan mayya melihat buaya.. Sambil menjerit terus keluar dari swimming pool. Sakit perut mama nih ketawa melihat wajah mayya yang pucat lesi sambil menggeletar. Aduhai mayya.. ;) Terus ajak balik bilik.. tergendala niat nak mandi... hehehe.










Kami pulang ke KL dengan hati yang riang serta minda yang segar.. Esok nak kena buat laporan untuk mesyuarat pengurusan pula.. pastinya ari khamis mesyuarat seharian lg... Semoga Allah swt mempermudahkan semuanya.. :)