Total Pageviews


Monday 19 March 2012

Masak Tengahari untuk 35 orang tetamu.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana memudahkan penyediaan saya untuk menyediakan lauk makan tengahari sempena majlis kesyukuran masuk rumah baru kawan baik saya Dzakiyah di Impian Saujana, Kajang.

Asam pedas ikan kembung, ayam goreng berempah, sayur campur dan udang masak sambal menjadi pilihan Dzakiyah. Agak panik juga sebab dah lama tak masak untuk tetamu yang ramai dan sejak awal menyediakan makanan memang tanam niat untuk jamu orang makan dan masak penuh dengan kasih dan sayang agar tetamu yang datang dapat merasai kelazatan masakan tersebut.

Hasilnya... pagi ini dapat sms dari Dzakiyah... :-

" Intan tq so much 4 d food ystdy.. Semua org puji sedap n i dgn bangga bgtau my best fren yg msk :) my dad pun ckp ayam goreng tu sedap n how it shd be cut.. tp he also said nasik tu cukup utk 100 org mkn hihi ;p "

Alhamdulillah pujian itu untuk Allah swt sebenarnya yang telah menolong saya mempermudahkan segalanya. Dan sesungguhnya saya dan kak long amat risau jika tetamu tak cukup makan pasal tu kami tak berkira untuk melebihkan segala ramuan termasuklah nasi... :) Tetamu itu rezeki dan seharusnya dilayan sebaiknya.

Satu kejayaan peribadi buat saya hari ni. Tq Allah swt.. (*u*)

Mayya dah ada pasport....



Alhamdulillah... selepas 5 jam menunggu akhirnya mayya dah ada pasport. Lepas ni bolehla mayya ikut mama pergi holiday... :)

Tuesday 13 March 2012

Memasuki Fasa Persekolahan....

Isnin, 5 Mac 2012 tarikh yang amat bermakna buat Sumayyah. Hari pertama mayya ke tadika. Sungguh excited anak mama nak bersekolah. Tq Ayah sbb sudi sponser mayya school kat sini.. ;) "Saaayyyaaannnggg Ayah..."

CIC Bangsar



Lepas abis sekolah mama jemput mayya dan bawa lunch di Mcd. Nampak muka mayya penat sangat dan utk 4 hari seterusnya balik saje dari school pasti mayya kepenatan dan terus tidur.. hehe.

Seminggu aje sekolah dan kini mayya sedang bercuti seminggu, tapi teacher ade bagi homework... seronok tgk homework mayya yang terdiri daripada latihan matematik, bahasa melayu, pendidikan islam dan tak lupa juga english... :) Paling menarik projek sains yang dibawa balik... nampaknya hari-hari maklong tolong mayya siram air dan letakkan dibawah cahaya matahari.. ;)

tauge

Doa mama agar Sumayyah belajar bersungguh-sungguh demi mempersiapkan diri untuk melalui kehidupan mendatang. Semoga Allah swt memberikannya Ilmu yang bermanfaat untuk dirinya agar dapat dia berbakti untuk sesama insan didunia. Amin. :)

Monday 12 March 2012

Menjamu Perut.

Aju seperti biasa akan belanja makan sempena hari jadi saya tapi tahun ini akibat kekangan masa beberapa kali lunch date kami dipinda. Akhirnya termakbul juga niat Aju, Fullhouse menjadi pilihan saya dan what can i say.... 'yummmilicious... ;)' Tqvm Aju...


meatball spageti dan choc mint ice blended menjadi pilihan...


pencuci mulut...

Waktu rehat hari jumaat pula plan nak jumpa aju je, nak bagi Aliya 'something' tapi terjebak pulak makan sushi kat jj setiawangsa. haha.. sian aju, percubaannya yang pertama makan shusi bagai 'dipaksa-paksa..' ;)


menu pilihan : fry set, cheese sushi ngan golden egg

Hari sabtu pula, saya dan geng waktu di UM dulu berkumpul di Seoul Garden bagi menyambut harijadi bestfren kami... Suraya Anum. Anum ni mmg minat ngan drama-drama korea.. Memang sesuailah kami makan-makan disini. :)

steamboat tomyam


menikmati daging dan kimchi dalam balutan sayur segar


Penutup perjumpaan kami, Salmah belanja pencuci mulut di Cofee Bean.. Tqvm salmah... :)

Red Velvet Cake dan Double Pure Chocholate Ice Blended

Ya Allah, syukur diatas nikmat makan yang telah Kau kurniakan ke atas kami. Dikala ada insan lain yang kebuluran dan tiada duit untuk membeli makanan kau berikan Aku dan anakku makanan yang jarang sekali dapat kami rasai. Terima Kasih Ya Allah, semoga makanan ini menjadi darah daging yang baik buat kami. Amin Ya Rabbal Alamin.


Friday 9 March 2012

Chomel dalam kenangan (2004~2012)

Chomel



Semalam Chomel telah pergi menemui Ilahi buat selama-lamanya. Selama 8 tahun, Comel dipelihara dengan penuh kasih dan sayang... Chomel amat istimewa buat saya sekeluarga. Saya ambil Chomel ketika usianya 1 tahun dari tuannya. Sebelum saya kawin sehinggalah anak saya berusia 4 tahun, Chomel sentiasa dihati kami sekeluarga. Keletahnya, gelagatnya dan kepandaiannya membuatkan semua orang selesa tinggal bersamanya. Satu lagi, Chomel ni amat pembersih, tak makan sampah, hanya makan makanan kucing dan membuang hanya ditandas. Baguskan?

Semoga Chomel berbahagia di syurga Allah.. dan doa saya tatkala membalut Chomel sambil menitipkan bauan raudah yang saya dibeli di Mekah tahun lepas, "Chomel, terima kasih atas kesetiaan Chomel selama ini, menyimpan kisah suka duka saya dan menemani saya ketika saya sakit dan menangis, saya titipkan raudah pada bangkai Chomel dan semoga kita bertemu kelak di Raudah yang sebenar." Sebelum membalutnya, saya cium Chomel yang tersenyum disaat akhirnya untuk bertemu sang Pencipta hakiki.

Friday 2 March 2012

Menambah koleksi buku Islam


Lepas aje waktu pejabat terus ke Putrajaya bersama TJ semata2 kerana tidak ingin melepaskan peluang menambah koleksi buku2 agama di rumah... Amat menarik dan banyak booth2 jualan. 2 jam membelek-belek buku akhirnya banyak juga buku yang dibeli...

Telaga Biru menawarkan diskaun istimewa kepada pembeli begitu juga antara penerbit lain yang menawarkan pelbagai tawaran menarik. Alhamdulillah, memang tak sia2 datang jauh demi menambah ilmu didada. Yang pasti mayya lah yang akan dipaksa membaca kerana mama banyak beli koleksi buku2 kisah Nabi dan Al-Quran versi kanak2.. Moga2 mayya mendapat manfaat dari bahan bacaan tersebut. :)





Ini pula 2 buah buku untuk saya dalami dan amalkan. Buku Magnet Rezeki dengan Solat Duha ni macam ade magnet, memanggil2 saya untuk membelinya kerana kedudukan buku ini yang tersepit diantara buku2 berkulit tebal memungkinkan orang ramai tidak melihatnya... Tak sabar nak baca buku ni.. :)

Anakku Hebat, Anakku Soleh ni buku panduan untuk menjadi ibu bapa yg menjadi teladan kpd anak. MasyaAllah, terasa amat berat tanggungjawab yg dipikul dan harapan Allah dan Nabi utk ibu bapa mendidik anak2 ini menjadi khalifahNya didunia.. Moga saya berjaya mendidik Mayya menjadi anak yang beriman.

Sebelum balik sempat juga saya dan TJ solat maghrib di Masjid Besi (Masjid Sultan Mizan) berhadapan dengan dewan pameran. SubhanaAllah... sungguh indah masjid ini dan saya rasa bertuah dpt solat disini. Terasa ingin kembali lg ke masjid ini untuk bersolat bersama mayya dan mendengar tazkirah imamnya. Mudah2an Allah swt kabulkan doa saya ini. Amin. :)