Total Pageviews


Saturday 30 November 2013

MIA International Accountants Conference 2013

Welcome to all Delegates...


Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun kedua saya menyertai Conference ini... Terima Kasih kat CEO yang memberikan kelulusan untuk saya turut serta bersama beliau... :)

Bertambah ilmu, bertambah pengalaman... Syukur ke hadrat Ilahi atas rezeki ini...


Caption yang amat menarik perhatian saya....


Isu yang dibawa pada tahun ini adalah berkaitan penyampaian Laporan Kewangan yang disediakan oleh Syarikat dan penghantaran kepada ROC... huh, amat menarik konsep yang akan digunakan kelak... Alamat rombak lagilah cara penyediaan Laporan Kewangan agar ianya dpat digunapakai bersama... *kerjaOhkerja#neverEnding...


Ferhad...


Waktu Lunch kami dihiburkan dengan nyanyian yang penuh bertenaga oleh Ferhad... dalam syok2 makan boleh pulak Ferhad kata 'Pls dont fall in love with Accountants, they are boring!!!' -chet.... apala Ferhad nie... #hahaha..

Peminat yang bertuah...


Our Lunch Menu...


Itu dia.... makanan berkhasiat...


Pencuci Mulut...

Dan pada tahun ni saya dan CEO agak bertuahla kerana kami dapat "Lucky Draw" sebab kami antara 100 orang terawal yang mendaftar untuk conference tahun ni.. Alhamdulillah... :)


Lucky Draw...
 *tau2jesayasukemelancong... ngeh3

Jom tengok wayang cerita Frozen...



Sempena cuti perekolahan ni, group Mak Dara Vogue kumpulkan anak-anak dan bawa diaorang tengok wayang cerita Frozen kat GSC Mid Valley...



Frozen mengisahkan kisah dua adik beradik yang saling menyayangi.. si kakak, Elsa memiliki kuasa sakti iaitu mempunyai kuasa menukar benda menjadi ais... Malang menimpa bila si adik terkena ais dikepala dan menyebabkan si adik iaitu Anna menjadi beku.. dengan pertolongan Trolls akhirnya Anna kembali hidup. Akibatnya Raja dan Permaisuri iaitu ibubapa Elsa telah mengurung Elsa didalam bilik agar kuasa Elsa dapat dikawal. Trolls telah berpesan agar menjaga Elsa dengan baik dan kasih sayang kerana sifat amarah akan memburukkan lagi keadaan dan jika terkena jantung manusia, Trolls tidak akan dapat mengubati...

Sejak kejadiaan itu terpisahlah Anna dari Elsa... Elsa menjadi murung dan trauma akan mencederakan adiknya lagi. Sehingga mereka menjadi remaja Raja dan Permaisuri telah mangkat di lautan kerana kapal yang mereka naiki telah karam. Selepas 3 tahun dari kemangkatan Raja, Elsa ditabalkan menjadi Queen.. Malangnya pada hari tersebut Anna telah menyebabkan Elsa tidak dapat mengawal kemarahan kerana Anna mahu mengahwini Putera Hans yang baru dikenalinya sehari...

Disitulah berlakunya pergolakan, negara bertukar menjadi ais, Elsa melarikan diri, Puteri Anna pergi mencari dengan bantuan kawannya (lupa plak nama) bersama keldainya... Akhirnya dengan kasih sayang sejati seorang kakak kepada adik semuanya menjadi aman seperti sediakala...

Saksikanlah sendiri cerita yang menarik dan menyusuk hati ini dipawagam.. pasti tak rugi.. Anak-anak dapat menyemai nilai berkasih sayang sesama adik beradik.. In shaa Allah.. :)

Friday 22 November 2013

Perth - Day 5

13 November 2013 (Wednesday)

Harini perasaan sayu dah mula terasa.. tinggal beberapa jam je lagi kami akan meninggalkan bumi Perth ini... Nisa tiba jam 9am so kami check out hotel dan tinggalkan luggage kat luggage store.

Kami jalan kaki ke London Hall dan just snap gambar sekitar Perth City.










Kucing Mesir...



ala2 Colmar Tropicale kat Malaysia...






Sang Buaya yang teringin nak terbang...


GBO

Saya nak promote kat kengkawan yang akan ke Perth, belila cenderahati kat kedai ni.. T-shirtnya memang amat murah jika dibandingkan dengan kedai lain di Perth... selain tu ole2 kanggaroo dan koala bear pun murah kat sini. Memang puashati.. :)

Tenkiu makngah sebab hadiahkan Mayya
Kanggaroo besar ni...


see?? ;)

Blue Cat Bus


Kalau nak bersiar-siar kat Perth city ni ada disediakan bas percuma... Nisa bawa kami naik Blue Cat Bus ni untuk ke Bell Tower...  :)


seronoknye Mayya... :)

Bell Tower memang cantik dan unik, saksikanlah sendiri dengan melihat gambar-gambar di bawah ni. Pada jam 12.00tgh ada demo goyangkan tali bell tower untuk menandakan telah masuk jam 12tgh. So bertuahlah kami bertiga sebab berpeluang turut sama dalam demo tersebut... Alhamdulillah.. :)

Bell Tower

Waktu Operasi


Klasik...




Mayya letih mengoyangkan loceng...


Do Not Touch...


Old version...


Koleksi loceng lama...


Pemandangan dari atas Bell Tower...

Indah saujana mata memandang...


Klasik...




Hubungan antara jam dan loceng...


Apa tu??


Bila tali digoyang... loceng inilah yang berbunyi...

Al-kisahnya...




Kreatifkan??

haaa... nak skodeng sape tuh Mayya?? ;)


Locks of Love... :)

Perth Tour Bus...

Kami pun naik balik blue cat bus tadi untuk ke hotel... Nak berkejar ke airport pula.... ;)

sempat lagi Mayya layan ipad...


Ini dia laluan free shuttle bus nie...

Ambil beg kat luggage room hotel then singgah makan lunch kat d'nyonya... Restoran halal ni actually kat sebelah hotel je... memang sedap.. Ais Milo nye umphhh... Terbaik!!!


Kak Aidah pekena Mee Kari...


Me & Mayya berkongsi nasi goreng ayam ngan Milo Ais...


me suka dengan pemandangan persimpangan 3 ni... ;)


Haa... on the way gi airport sempat gak kitaorang singgah kat Perth Mint. Tak masuk pun sekadar bergambar kat luar aje... :(

Pintu masuk Perth Mint...











Jom basikal... 


Jam 2.00pm sampai airport teruslah kelamkabut check in... fuihhh.... sempat-sempat je kitaorang nih... Alhamdulillah... :)

Beratur panjang...

Kembali pulang bersama Mr Kanggaroo... :)


Tepat jam 4.05pm kitaorang fly balik KL... Gembira dan sedih berbaur didalam hati... Terasa 5 hari kat Perth tak cukup... banyak lagi tempat yang tak cover... In shaa Allah next time datang lagi nak minta nisa bawakan kami ke Albany dan Rock Wave pulak... Amin...

SubhanaAllah...


Kegembiraan kami belum berakhir... Alhamdulillah kami dapat muffin free sempena Super 6 X Anniversary Air Asia... :) Thank You AA... 




Pemandangan ketika waktu Maghrib...


Maha Suci Allah....

Berakhirlah cuti2 oversea saya dan Mayya untuk tahun 2013 ini.... Nantikan destinasi 2014 yang semestinya mengujakan... ;)  In Shaa Allah...