Total Pageviews


Tuesday 27 December 2011

Menara Alor Setar


Alor Setar, Kedah merupakan destinasi terakhir perjalananku tahun ini. Sejak tahun 2009 aku idamkan untuk naik ke Menara Alor Setar dan syukur akhirnya pada 22 Disember 2011 aku dapat menaiki puncaknya melihat sekitar pemandangan di Alor Setar. Kata kakitangan Menara disitu, jika disiang hari pemandangan boleh menjangkau ke Thailand... :)

MasyaAllah, betapa hebatnya kuasa Allah swt yang menciptakan dan mengilhamkan manusia sehingga terciptanya menara ini serta ilmu teknologinya sehingga mata dapat melihat seluas-luasnya pemandangan. Terdetik dalam hati bahawa Allah Maha Melihat dan tidak sedetik pun pandangannya luput dari hamba ciptaanNya..

Allah swt berfirman didalam surah Ar - Rahman : ayat 1 - 13 yang bermaksud "(Allah) yang Maha Pengasih. Yang telah mengajarkan Al-Quran. Dia menciptakan manusia, mengajarnya pandai berbicara. Matahari dan bulan beredar menurut perhitungan, dan tetumbuhan dan pepohonan, keduanya tunduk (kepadaNya). Dan langit telah ditinggikanNya dan Dia ciptakan keseimbangan, agar kamu jangan merosak keseimbangan itu. Dan bumi telah dibentangkanNya untuk makhluk(Nya), didalamnya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang, dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

Nah... hebat sekali kitab Allah dan bertuah kita sebagai umat Muhammad saw yang dianugerahkan Al-Quran sebagai pedoman dan panduan... Melihat kebesaran Allah swt ini amat menginsafkan diri dan bersyukur atas rahmatNya kepada kita semua. Betapa luasnya bumi Allah dan betapa hebatnya ilmu pengetahuanNya yang menjadikan diri ini terasa amat kerdil.


Tidak sekadar menjamu mata... perut juga dijamu diatas menara. MasyaAllah sekali lagi diri terasa bertuah kerana dapat makan steamboat di restoran berputar. Makanannya disediakan oleh Felda D'Saji terasa enak sekali dengan harga berpatutan RM29.00 seorang. Syabas kepada Felda yang memartabatkan nama bangsa dipersada negara. Sambil menikmati keenakkan steamboat bersama rakan sekerja, tempat duduk berputar menyaksikan pemandangan Alor Setar dari semua arah. Syukur padaMu atas pengalaman ini.

Sunday 11 December 2011

~ Utusan Malaysia - 9 Disember 2011 ~


Seminar Pengauditan Anak - Anak Syarikat dibawah Agensi Milikan KKLW telah berlangsung pada 8 Disember 2011 dengan dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kewangan syarikat. Seminar ini dianjurkan oleh Unit Audit Dalam KKLW bertujuan untuk memberi pendedahan kepada anak syarikat milik agensi tentang cara audit dilaksanakan diperingkat Audit Negara.

Syabas diucapkan buat warga Unit Audit Dalam KKLW dalam usaha murni memperkasakan bahagian audit dalam di agensi. Begitu banyak ilmu baru didedahkan dan cara agar dapat mengelakkan dari berlakunya urusniaga yang diragui.

Hati saya amat tertarik dengan Amanat yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Mohd Shafie Bin Apdal dimana beliau amat perihatin agar semua Pegawai yang dipertanggungjawabkan di agensi melaksanakan kerja sebagai suatu ibadah dan bersikap jujur serta amanah dalam melaksanakan program kerajaan dan perniagaan yang menguntungkan kesemua pihak terutama buat rakyat miskin tegar diluar bandar.

Semoga dengan pendedahan ini, agensi yang terlibat dapat membersihkan nama agensi dan berbakti kepada rakyat diluar bandar.. Maju Agensi, Majulah Negara.....

5 Disember 2011


Tanggal 5 Disember 2011 genap 3 tahun usia Sumayyah... Alhamdulillah, sambutan majlis kesyukuran sempena ulangtahunnya telah selamat diadakan dengan sambutan yang sederhana bersama kawan-kawannya.

Dapat dilihat wajah-wajah gembira kanak-kanak yang datang meraikan majlis sehingga kek harijadi menjadi kegilaan ramai dan sebelum sempat dipotong telah dirasmikan dengan tapak tangan baby Zahirah... hehe...
 teringat suara si mayya 'baby... nape buat kek ni?? ni kek yaya lah'.... Alahai mayya, baby kecik lagi, masih belum mengerti... sebagai ibu aku memujuk anakku sambil tersenyum...

Bermula jam 11.30am dan berakhir jam 4.00pm, dan walau keletihan tapi hati ini amat puas melihat tetamu pulang dengan wajah yang puas dan penuh keriangan...

Buat anakku, Sumayyah.. moga mayya sentiasa dilindungi Allah swt, dibimbing olehNya agar mayya menjadi anak yang solehah... Semoga mayya menjadi insan yang berguna buat keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.. Doa mama sentiasa mengiringi hidupmu...