Total Pageviews


Tuesday 29 October 2013

Program Menjaga Kebersihan Diri Bersama Anak2 PKKI....

Seperti yang telah dijelaskan pada entri sebelum ini, saya telah berusaha sedaya upaya untuk menjayakan program terakhir bersama anak2 PKKI untuk tahun ini. Alhamdulillah Program Menjaga Kebersihan Diri telah berjalan lancar dengan jayanya... :)



Kutipan yang telah berjaya dikumpulkan adalah sebanyak RM1,394.00.  Terima kasih sesangat kat kengkawan yang telah ikhlas menghulurkan sumbangan... Moga Allah swt mengurniakan kebaikan kepada kengkawan semua.. Amin.

Dari wang sumbangan tersebutlah saya gunakan untuk membeli t-shirt boboiboy untuk anak-anak lelaki, t-shirt yaya untuk anak-anak perempuan, baldi kecil, berus gigi, ubat gigi, ubat kutu, ubat cacing dan minyak ikan kod...


ubat kutu, cacing dan cod liver oil..

Untuk persiapan program kali ini saya nak share sedikit apa yang saya telah alami dalam usaha menjayakan program ini. Niat saya berkongsi ini adalah untuk menunjukkan betapa Allah swt Maha Berkuasa, Maha Penyayang... Peristiwa pertama ialah ketika hendak mencari baldi kecil untuk memudahkan anak-anak ini berkumur selepas menggosok gigi...


untuk anak - anak lelaki

untuk anak - anak perempuan

Ceritanya, saya minta anim tolong carikan baldi kecil nie atas idea kak ella.. so si anim pun carilah dan jumpa kat kedai cina di pasar chow kit... Ari sabtu lepas hantar mayya gi smart reader class, saya dan anim pun curilah masa ke pasar chow kit untuk beli baldi ni... Sampai kat kedai tu, kami hampa sangat sebab hanya ada 15 bekas aje sedangkan bebudak ni seramai 40 orang... Tapi kat sini saya nak share kat semua betapa Allah swt Maha Pengasih, dilembutkannya hati taukeh kedai nie untuk membantu kami... Bayangkan seorang cina sanggup bersusah payah menelefon supplier untuk bertanyakan stok baldi ni ade lagi ke tidak.... hanya semata2 kerana dia tau kami beli ni untuk charity... Baldi ni taukeh cina ni jual RM1.70 sebekas tapi dia jual kat kami hanya RM1.00 sebekas... MasyaAllah, SubhanaAllah, Allahuakbar... Nikmat Allah yang manakah yang kamu Dustakan??? dan taukeh ni suruh saya kol dia hari isnin untuk confirmkan lagi 25 bekas tu... Alhamdulillah ari isnin saya kol taukeh nie dan dia suruh saya datang ambil baldi-baldi tu pada hari rabu... Ya Allah, menangis saya masa tu... syukur ke hadrat illahi...

Peristiwa kedua pulak tentang kisah ubat - ubatan ini... 

ubat cacing, ubat kutu dan minyak ikan kod...

Kisahnya, baki wang sumbangan tak mencukupi untuk beli ubat - ubatan ni, tapi saya tawakal je berdoa kat Allah swt moga - moga adalah kengkawan yang bermurah hati tiba waktu gaji nak menyumbang sedikit kat anak - anak ni.. dan Alhamdulillah sehari sebelum majlis berlangsung adelah kengkawan yang derma RM500... syukur Alhamdulillah... saya nekad kata kalau baki tak cukup lepas beli ubat, untuk makan - makan tu saya top up... dan saya pun gi lah kat AA Farmasi... Pekerja Farmasi kat situ amatlah membantu siap bagi suggestion dan ubat yang baik sesuai dengan anak - anak ni, malah dia rekemen kan saya bagi ubat cacing kunyah perisa coklat lagi... ;) Terbaik!!! dan bila masa nak bayar dia tanya saya beli banyak - banyak ni untuk charity ke? saya angguk dan cakap untuk anak - anak yatim.. terus dia panggil bos dia.. Sekali lagi saya bersyukur pada Allah swt bilamana ubat kutu tu yang berharga RM11.50 sekotak dijual kepada saya hanya RM11.00 sekotak dan ubat cacing yang berharga RM3.10 dijual hanya RM3.00... :)

Daripada dua kisah ini amat membuka minda saya melihat persepsi manusia dari sudut yang lain. 2 orang manusia yang berhati mulia sanggup membantu insan yang dalam kesusahan walau bukan dari kalangan bangsa dan agama mereka sendiri... Syukur ke hadrat Illahi...

Mula - mula plan nak adakan program ni jam 11am tapi tunda ke jam 4pm sebab bff saya nak join... Saya rasa teruja sebab "the more the merrier", lebih-lebih lagi bila kengkawan yang dari mula berikan idea dan sokongan sanggup datang dari jauh dan participate sekali... Alhamdulillah.. :)

So ari ahad pagi tu bermulalah preparation untuk penyediaan makanan ala-ala hi-tea gitu... Menu yang simple tapi bila orang tak pro yang masak jadi lewat gitu.. ;) #hihihi... Menu untuk anak - anak ni ialah mee goreng (saya gantikan mee kuning dengan angel hair) ade hirisan ayam, udang dan sayur-sayuran (saya pilih carrot, kubis dan sawi), ayam goreng crispy, sosej dan cekodok pisang coklat.... dimasak dengan penuh kasih dan sayang gitu... *paling gembira lihat anak - anak ni makan dengan berselera sampai licin gitu... :) Alhamdulillah... dan untuk acara memasak ni tenkiu sangat kat 2 orang bidadari yang menyerah diri membantu... Si Ea da Si Ummi... tq dear!!! :)


saya orang dapur jerrrr... ;)

Actually ada kisah pengajaran dengan menu ayam goreng crispy ni... Kami berjanji nak meet up kat rnr sg buloh jam 2.30pm then konvoi gi rumah anak-anak ni. Tapi ayam ni tak masak - masak... mula - mula guna dua dapur untuk menggoreng... Ummi masak kat dapur luar dan Ea masak kat dapur dalam. Tiba - tiba hujan turun so ummi tak dapatlah meneruskan menggoreng ayam - ayam ni, pastu tinggal lah ea kat dapur dalam dengan api dapur yang kecil sehingga semputlah menunggu... akhirnya saya whatsapp eza kata lewat setengah jam sebab ayam blom abis masak lagi... Bila saje keluar rumah, MasyaaAllah hujan rahmat turun selebat-lebatnya siap dengan kilat serta guruh sabung menyabung... Dahla saya drive bawa anak orang, so saya ambil langkah berjaga - jaga dan drive slowly... Takpelah kalau lewat sekalipun, Amanah orang saya kena jaga.. dan Allah Maha Besar, lagi 10minit jam 4pm kami telah tiba... Alhamdulillah... walaupun lewat kami masih cepat, punctual gtu... ;) 

Dalam hujan lebat kami menyediakan apa yang patut sambil menunggu ketibaan anak - anak lelaki... tenkiu lah kat eza & the geng yang sama2 membantu.. :)


Eza & the geng... :)

Tanpa membuang masa, Dja pun ambil kesempatan membacakan buku Kisah Haiwan dalam Al -Quran yang dibelinya semalam di Ekspo Buku Islam anjuran Telaga Biru kepada anak -anak perempuan sambil menanti kedatangan anak - anak lelaki... Seronok dan khusyuk mereka mendengar cerita dari Kak Dja...



bila anak - anak lelaki sampai, apalagi... diaorang pun join jugaklah sekali... :)




Ok.... abis saja sesi bercerita kami teruskan dengan menjaga kebersihan gigi... Ea dan Ummi terangkan kat anak anak ni kepentingan jaga gigi, cara nak berus gigi dengan betul agar gigi sihat dan bersih... :)


Sebelum anak - anak ni demo gosok gigi, diaorang nyanyi lagu ni sesama...


" Bangun pagi,    gosok gigi....
Cuci muka,    pakai baju...

Makan roti,   minum susu...

Pergi sekolah, senang hati... "


Alhamdulillah... selepas itu, baldi - baldi berisi ubat gigi dan berus gigi diedarkan.... dan bermulahlah demo dan aplikasi memberus gigi, kami semua memerhatikan dan membantu anak - anak ini belajar cara menggosok gigi mereka dengan betul...














Tengok tu Ummi pegang apa??? haaaa... besarkan arca gigi tu?? Tq sesangatlah kat kazen saya Arep Jaka... dialah yang membantu saya mencari arca ni... Alhamdulillah saya beli online, lega sangat dapat arca gigi ni... :)














Oleh kerana hujan diluar, kami mengadakan aktiviti menggosok gigi ini dua kali secara bergilir, didahului oleh anak - anak perempuan dan sesudah itu anak lelaki pula... sambil menunggu aktiviti ini siap, Kak Aidah mengadakan sesi soal dan jawab dengan anak - anak yang menunggu giliran... :)



Alhamdulillah... semua dah memiliki gigi yang bersih so acara diteruskan dengan solat Asar berjemaah... Sejuk hati melihat anak - anak ini solat dibimbing oleh Kak Aisyah.. :)


Selesai solat, kami refresh kembali apa yang anak - anak ini telah pelajari... Kami pastikan mesej yang kami sampaikan difahami oleh anak - anak ini... Kami refresh dengan tanya soalan seperti, berapa kali sehari kena gosok gigi???  Kalau makan tak gosok gigi apa jadi??? suruh eja gigi, berus.... dan paling seronok sape yang dapat jawab dengan betul dapat....................COKLAT!!!! yeayyy!!!  *senyum lebar anak - anak nie.. ;)
















Ok, selesai sesi refresh ni, nampaknye semuanya dah lapar, lagi - lagi  dalam kesejukkan hujan ni memang berselera lah makan... Alhamdulillah... opppsss, sebelum tu baca doa makan dulu yea... ;)






















Kenyang perut senang hati.... apalagi, pas je makan ni saya bagi talk sikit tentang penjagaan diri, selain dari gosok gigi, anak - anak ini juga diberikan pendedahan tentang cacing dalam perut mereka.. bagaimana cacing boleh berada dalam perut mereka dan apa kesannya pada mereka jika cacing itu dibiarkan membiak dan berada dalam perut mereka... Selepas saya habis memberi talk tu, nampak bersemangat semuanya nak makan ubat cacing, biar cacing tu keluar dan mereka dapat belajar bersungguh-sungguh, takde lagi badan lemah dan tak bermaya angkara si cacing... ;)

Selain daripada ubat cacing, anak - anak ini turut diberi makan Vitamin C, minyak ikan kod dan kismis. Kami memberikan 20 kotak ubat kutu kepada Kak Aisyah untuk dipakai pada malam hari sebelum tidur.. Moga dengan adanya ubat kutu ini dapat membantu anak - anak ini memiliki kepala yang sihat dan sekaligus memberikan mereka keyakinan.. :)

sedikit penerangan....


ubat cacing diagih2kan...

mari makan ubat cacing...


mari makan minyak ikan kod...


sedappp... :)


kak ummi bagi vitamin c...


kismis...






Alhamdulillah... semoga Allah swt kurniakan kesihatan dan kecergasan fizikal dan minda kepada anak - anak ini.. :)  siap solat Maghrib, anak -anak ini memberikan kejutan kepada kami... iaitu 2 buah persembahan daripada mereka... aaaahhhhh,,, sungguh comel sekali menyaksikan mereka menari mengikut lagu arab... :)



Alhamdulillah... syukur ke hadrat Illahi kerana menyempurnakan hajat kami... Selesai sudah program untuk tahun ini dan saksikanlah wajah - wajah ceria Ahli Syurga ini.... :)


















Buat Eza, Aju dan Mak Tok... Terima Kasih kerana sudi turut serta memeriahkan majlis... :)




Sesungguhnya yang baik ini datangnya dari Allah swt dan segala kekurangan yang datangnya dari saya sendiri saya pohon maaf atas segala kekurangan. Doa saya semoga kerja baik sebegini dapat kami teruskan lagi pada masa hadapan dan semoga ikatan ukhwah kita sentiasa berpanjangan hingga ke jannah. Amin.