Total Pageviews


Sunday 29 July 2012

The Power Of Dreams

New Civiv Hybrid


Sedang-sedang menunggu kereta siap di servis, jenguklah ke ruang pameran Honda. Ya Allah, hati saya amat terpaut dengan Civic Hybrid ni... Comel dan menarik... Harga pun amat berpatutan... Dalam hati berangan-angan untuk memilikinya suatu hari nanti... - InsyaAllah.

Sunday 22 July 2012

Lawatan ke Rumah Kasih Harmoni




Alhamdulillah, setelah lama mencari akhirnya ketemu juga... :)

Sejak arwah ayah pergi menemui Ilahi saya tidak putus menerima bantuan kewangan untuk pelajaran dari Yayasan Anak-anak Yatim Port Dickson sehinggalah saya habis sekolah menengah. Dan sejak saya di universiti saya berazam akan membantu anak-anak yatim setelah saya telah bekerja..

Alhamdulillah, 1/4 daripada wang gaji pertama saya peruntukan untuk Yayasan Anak-anak Yatim Port Dickson dan seterusnya sehinggalah saya tidak bekerja di Port Dickson lagi. Dan hari ini saya selangkah lagi dengan menceburi diri menjadi sukarelawan di Rumah Kasih Harmoni Rawang.

Rumah ini menempatkan anak-anak yatim, anak-anak dari ibu bapa yang bercerai dan ada juga ibu bapa yang kurang berkemampuan turut menghantar anak-anak mereka disini. Istimewanya di sini anak-anak ini hanya berumur lingkungan 4 hingga 6 tahun. Memang amat memilukan melihat wajah-wajah ahli syurga ini yang hidup dalam kesempitan dari kecil lagi. Moga Allah swt melindungi anak-anak ini.





Sempena Ramadhan yang bakal muncul esok, saya dan rakan-rakan bersama-sama menyumbang beras, susu, milo, bihun, sabun mandi, dan peralatan serta baju kanak-kanak untuk anak-anak disini. Semoga Allah swt menerima sumbangan ikhlas kami ini.


" SeLaMat DaTanG RamaDhaN "

Friday 20 July 2012

Kurma Exchange

Mama, jangan lupa ye... jumaat ni mayya ada 'kurma exchange' kat school...  :)

Kurma bersalut coklat berinti badam..

Memikirkan budak-budak pastilah liat nak makan kurma so saya dapat idea untuk buat sendiri kurma bersalut coklat berinti badam. Alhamdulillah bukan mayya saje yang dapat bagi kawan-kawan di sekolah, saya turut hadiahkan buat kawan-kawan sepejabat. Alhamdulillah.. :)

Monday 16 July 2012

Kunjungan Audit Negara....

Okie, bulan ini kami akan menerima kunjungan Audit Negara... nampaknya bertambah sibuklah saya di pejabat... Apa-apapun komitmen kerja dan kerjasama yang baik perlulah diberikan... Saya telah bersedia untuk diaudit... :) 

"Welcome....... "

Sunday 15 July 2012

Membersih kubur...

Dipusara Bonda


Ramadhan bakal muncul, seperti biasa setiap tahun saya akan menziarahi pusara ayahbonda bagi membersihkan kubur mereka dan membaca yassin. Kali ini kak awie sekeluarga turut serta. - Ya, kami amat merindui mereka. Moga roh mereka berbahagia disana. - Amin.

Monday 9 July 2012

SingaPOREeee (Day 2)

Terasa payahnya nak bangun pagi tapi dihati berbunga keriangan... Ok, Singapore Zoo, we are coming... :))

1 Julai 2012 : Singapore Zoo

Cepat-cepat bersarapan pagi di hotel dan kami berjalan kaki ke Terminal Bas Larkin. Kami menaiki bas ke Singapura... :) yeayyy...


Sekali lagi turun bas dan naik bas, berkejar-kejar menaiki tangga dan beratur untuk mengecop passport... tapi kali ni dh tak kekok lagi dah 'expert' gitu... ;)

Sampai di Singapura kami menaiki keretapi laju ke Zoo. Alhamdulillah kami selamat sampai dan pengembaraan bermula... :)



Peta Zoo Singapura... Nasib baik kami naik tramp so bayangkan kalau nak berjalan kaki, luasnya tu dengan mayya yang minta didukung... 


Suasana di sini amatlah berbeza dengan Zoo kita dan sepatutnya kita mencontohi pengurusan Zoo Singapura.











Sempat lagi berposing mayya dan aliya... :)

Pelbagai spesis haiwan disini, jangan ingat kat Australia je ade kanggaroo.. Singapore Zoo pun ade.. :) Dan istimewanya disini, ada Zoo khas untuk kanak-kanak.

Rainforest Kidzworld



Jika ke rainforest kidzworld jangan lupa bawa sekali baju renang.. Swimming pool adalah percuma dan hanya untuk kanak-kanak ini bersukaria di dalam air.. :)

cantikkan? suka mayya dapat menunggang kuda putih.. :)
Aliya enjoying herself.. :)

sempat juga mayya ber 'merry go around'


Sebelum berangkat balik ke JB sempat lagi mencari ole-ole untuk kenangan.. Sukalah budak-budak ni memeluk anak-anak patung yang sememangnya lembut dan bagus kualitinye... ;)


Elephant!!!!

Sebenarnya hati ini masih tak puas sebab masa amat mencemburui kami. Banyak lagi kawasan Zoo yang tak dapat kami 'explore'. Niat dihati, InsyaAllah akan kembali lagi dan next time nak try Night Safari pulak. Amin. Semoga dipermudahkan Allah. :)


Cute kan? Sape kat belakang tu...? ;) heeeee...



Saturday 7 July 2012

SiiiiNgaaaPoRRReeee (Day 1)

Yeay..... mama, mayya, aliya dan mama aliya bersama2 bercuti di Singapore...

30 Jun 2012 - Universal Studio Singapore (USS)


Dengan menaiki bas, kami berempat dengan gigihnya turun naik untuk mengecop passport.. bayangkanlah dengan dua orang kanak2 ribena ni, memang challenging gitu.. ;)

Sesampai di USS, alhamdulillah boleh sewa stroller and the best part is ade for twins.. sekali tolak aje.. yeahhh!!!! kegirangan bermula.. :)


stroller for twins....

Hahaha..... Kung Fu Panda memang menjadi kegilaan Aliya. Tengoklah senyumannya itu amat seronok dapat bergambar ngan Kung Fu Pandanya.. sempat si aliya memeluk Kung Fu Panda erat2... *xdpt snap detik itu.. amat sweet skali..kekal dalam memori.. ;)*

bersama Kungfu Panda!!! *haiiyaakk*

Dalam lautan Shrek yang berwarna hijau terselitlah dua orang kanak-kanak comel ini... Sungguh happy macam rasa berada di dunia kartun.


Shrekkkkkk....



Apa yang best kat USS ni, tak kiralah yang dewasa ke, yang muda ke even kanak2 terasa bagai berada di alam fantasi. Kalau selama ini hanya menonton filem2 Shrek, Madagascar, Transformers... kali ini terasa ianya hidup dan kita adalah sebahagian dari dunianya.. Memang hebat ciptaan Allah yang memberi ilham kepada manusia untuk menjadikannya sebuah realiti..

let's move it!!!! move ittt... :)

Masa tengok wayang Madagascar ni pun mayya dah abis excited bila masuk pula ke Madagascar USS ni hampir pengsan dibuatnya.. Tergambar keseronokkan di wajah buah hati mama ni... Dalam hati terdetik.. 'im taking her to the right place... :) hehehe'

ooohhhh... i'm not Fiona...  hihi!

Tengok, istana di dalam cerita Shrek pun ade... Real!!! :) memang puashati lah jika bercuti disini dan nasihat saya, belilah tiket 2 days entrance.. Sehari tak cukup!!! :)
Transformers....

Hah.... kenapa berdukung si comel berdua tu??? kekekeke... itulah akibatnya setelah ketakutan melihat Transformers tu bergerak menuju ke mereka. Mayya lagila baru lepas tengak 4D Transformers ngan mama aliya dan ingatkan Transformers tu kejar dia dari dalam.. haha... takkan mama lupakan wajah suspen mayya tu.. ;) hihihi..

ALEX!!!

Haaaa... inilah Alex si buah hati mayya... Mayya memang paling suka watak Alex ni. dan melihat kembali gambar ini membuatkan mayya menangis tak puashati..'huwaaa... nape alex peluk mama n aliya xpeluk mayya?' kekekeke... #OhMyMayya... ;)


bye2 USS... semoga kami dapat datang lagi... :)

Datang pagi balik malam... berakhirlah keseronokkan selama 9 jam di USS.. walau badan kami emak2 ni terasa amat letih tapi melihat wajah ceria si anak2 segala penat, letih dan sakit2 badan itu hilang sama sekali... dan kepenatan kami belum berakhir kerana kami perlu turun naik bas, berkejar2 menaiki tangga, berbaris menunggu giliran dan mendukung anak2 comel ini bagi urusan mengecop passport. 

Alhamdulillah jam 11malam kami tiba di hotel dan kami tidur nyenyak malam ini... ooopppsss... our journey in singapore haven't ended yet.... *rajin2la baca day2 nye blog yerr... ;)*