Total Pageviews


Monday 19 November 2012

Face Painting



Antara aktiviti sempena majlis harijadi Mayya tahun ini adalah face painting... Kat mana nak beli face paint ye? puaslah mencari akhirnya jumpa juga di kedai buku Cziplee kat bangsar. Alhamdulillah... dan saya mengambil kesempatan cuti hujung minggu ini untuk melatih face painting kat mayya.. haha, mayya jadi model la arini... ;) Dan inilah hasilnya percubaan pertama saya... Cantik ke?

Saturday 17 November 2012

Pra Pendaftaran





Excited mood is ON!  Alhamdulillah tahun ni, syarikat hantar saya hadiri MIA International Conference 2012 di Kuala Lumpur Convention Centre... Sewaktu mendaftar dapatlah beg laptop ni, syukur... :) semakin teruja nak hadirinya pada 27 dan 28 november ini... Semoga saya mendapat ilmu yang bermanfaat serta sahabat baru dikalangan orang jernih! ( bak kata Prof Dr Muhaya) ~ InsyaaAllah.

Lily

bersama lily ~ tahniah sempena pertunangan di hari pertama Bulan Muharram


Alhamdulillah, majlis pertunangan sahabat baikku, Lily berjalan sempurna.. Semoga ikatan pertunangan ini berkekalan sehingga disatukan kelak.. :) Sudah pasti sebagai sahabat sememangnya saya mendoakan yang terbaik untuk Lily... Sejak dari kecil kami bersahabat, bermain bersama dan kami terpisah sewaktu berada di sekolah rendah kerana Lily mengikuti ayahnya yang ditugaskan di Korea... :) Kami rapat semula selepas saya bekerja di Port Dickson... 

  "Friendship Forever ~ InsyaaAllah ~

Thursday 15 November 2012

Patung Aisyah

Aisyah


Sewaktu menghadiri Seminar Raising Young Khalifah Amanah Besar Dari Allah di Tabung Haji, hati saya memang tertarik dengan anak patung muslimah ni... Dahla berwarna pink sudah pastilah mayya suka. Tanpa berfikir panjang saya pun belilah dengan softbooks Alif Ba Ta sekali... Alhamdulillah, mayya memang sentiasa memeluk Aisyah.. Mayya kata Aisyah cantik, pakai tudung mesti Allah sayang Aisyahkan mama? ;)

Semoga mayya menjadi anak yang baik, sejuk mata memandang dan berbudi bahasa... Kalau cantik saja tanpa budi bahasa yang baik pastilah mayya dalam kerugian.... 

Friday 9 November 2012

Sarapan Pagi Bersama KP



Hari ni, kami di pejabat menerima kunjungan dari Ketua Pengarah. Terasa terharu menerima kunjungan beliau. Amanat yang beliau sampaikan kepada kami warga kerja agar sentiasa bekerja dengan ikhlas, amanah dan jujur. Beliau juga menyatakan terima kasih kepada kami kerana telah bekerja keras sehingga syarikat pulih dari kerugian dan semoga semangat itu terus berkekalan.

Sebelum pulang, kami sama-sama bersarapan dengan KP dengan sajian nasi kerabu, sambal pulut dan kuih muih... Terima Kasih KP kerana sudi datang ke pejabat kami.. :)

Thursday 8 November 2012

Seminar Kewangan 2012

Alhamdulillah tahun ini dapat turut serta dalam seminar kewangan yang diadakan di Marina Island, Pangkor... Perjalanan lebih kurang 4 jam dari Kuala Lumpur...

kelihatan Pulau Pangkor dari Marina Island..
Cerita sikit pasal Marina Island Pangkor ni, ianya pulau buatan dan turut ada jambatan yang menghubungkan daratan dengan pulau Marina, so bolehla bawa kereta masuk terus ke pulau Marina. Di pulau itu disediakan bot untuk ke Pulau Pangkor dan hanya mengambil masa 5minit.. :)

Ok, tumpuan pada intipati seminar kewangan tahun ini yang diadakan secara santai berbanding tahun-tahun sebelumnya (saya suka!). Terdapat 3 pembentangan kertas kerja pada hari kedua seminar. Kertas kerja 1 : Penemuan Audit Badan Berkanun oleh Pn. Fariza Binti Harman dari Jabatan Audit Negara, Kertas kerja 2 : Pengurusan Kewangan oleh En. Awang Bin Tawil dari Bank Muamalat dan Kertas kerja 3 : Pengauditan Kendiri oleh Y.H. Dato' Lokman Bin Awang dari Pro Active Control Sdn Bhd.

Apa yang ingin saya kongsikan adalah ilmu yang saya dapat daripada pembentang kedua iaitu En. Awang dari Bank Muamalat. Beliau mengesyorkan agar semua bijak mengurus wang dan harta. Misalnya, tidak perlulah kereta mewah bertukar ganti sedangkan semua maklum yang kereta besar tu akan susut nilainya... serta rakyat sekarang ni amat bermegah dengan gadget yang mereka ada, iphone, tab dan ipad dan ini sesuatu yang merugikan. Adakah ianya keperluan atau kehendak? apa yang beliau sampaikan amat menyentap perasaan saya.. kata beliau 'ibubapa kita dulu tinggalkan kita rumah, tanah dan emas walaupun mereka orang susah tapi generasi sekarang? sogokkan anak-anak dengan barangan yg lupus guna' internet tanpa sempadan akan mendatangkan masalah sosial kepada anak-anak jika penggunaannya tidak dibendung dan bagaimanakah kehidupan zuriat kita kelak setelah kita mati sedangkan kita tidak berbuat sesuatu yang berfaedah kepada zuriat kita sedangkan kemampuan itu kita ada.

Personally, saya memang berfikir secara mendalam kata-kata En.Awang itu, iya, memang betul.. Bila saya kenang semula, arwah emak tinggalkan kami adik beradik dengan rumah yang telah habis dibayar, tanah dikampung, emas dan juga wang simpanan yang mencecah 5 angka walaupun arwah emak hanya berniaga kecil-kecilan bersama arwah ayah dan arwah emak hanya belajar di sekolah sehingga darjah 2 sahaja. Ingat lagi, bila sesak-sesak dia akan memajak emas dan menebus semula bila duit dah cukup.. Arwah emak tak pandai meminjam duit orang dan amat berjimat. Dan saya amat terpukul... saya menanam azam untuk membeli sedikit emas apabila dapat bonus kelak.. Buat apa nak buat personal loan dekat bank sedangkan dengan ada aset dan kita membayar zakat, saya rasa itu lebih berkat. Kini, pajak gadai secara islam pun dah ada... Ar-rahnu.. :)

Alhamdulillah, sedikit sebanyak saya dapat sesuatu dari seminar ini.. :)

Petang itu setelah seharian berseminar, kami dijamu dengan Durian - Raja segala buah.. :)


orang kuat tolong kopekkan durian... :)
jom makan Durian... :)

Pada malamnya diadakan majlis makan malam bersama KP dan kesempatan juga diambil untuk meraikan tuan pengarah kewangan yang akan bersara pada bulan hadapan.

bergambar bersama Tuan Pengarah Kewangan...



my bestfren...


oooppppsss... Ketua Pengarah lalu lah.... ;)

Hari ketiga selepas tamat sesi dialog kami ke Lumut untuk membeli hasil laut di kedai Puan Jamilah.. saya amat bangga dengan Puan Jamilah yang merupakan pengusaha Melayu yang berjaya mengeluarkan produk tempatan yang halal dan diyakini untuk dibeli sebagai ole-ole buat rakan sepejabat, keluarga di rumah dan tak lupa buat sahabat handai.. :)

Memulakan perjalanan pulang secara konvoi dengan En.Zailani membuatkan perjalanan balik taklah bosan. Terima Kasihlah buat En.Zai yang sanggup membawa Camry nye dengan perlahan agar saya tak tertinggal.. heee... ;)

Akhir sekali, saya titipkan kata-kata dari En.Awang buat renungan kita bersama..

     Kebebasan kewangan perlukan : ~ BAJA dari baja terbaik untuk harta adalah ZAKAT
                                                    ~ DOA dari doa terbaik adalah DOA IBU
                                                    ~ UBAT dari ubat terbaik untuk rezeki adalah SEDEKAH

Friday 2 November 2012

Lepak bersama BFF



MasyaAllah, dah lama kami plan nak jumpa tapi asik saja masing-masing dengan kesibukkan kerja mengakibatkan beberapa kali perjumpaan ni tertunda. Akhirnya hari rabu lepas hasrat kami tertunai. Alhamdulillah. Chili's bangsar menjadi tempat lepak kami bertiga dan malam itu kami seronok berbual sehingga larut malam...

Salmah dan Anum, my bestfren forever... Syukur lah dapat lepak2 sebegini sebelum salmah kembali bekerja di N.Sembilan. teringat zaman di universiti dahulu, mengimbau kenangan sewaktu menjadi pelajar U dan bercerita tentang pekerjaan masing-masing. Salmah seorang akauntan dan Anum sebagai pegawai Audit di LHDN. Alhamdulillah, saya bangga mempunyai sahabat seperti mereka dan semoga persahabatan kami kekal selamanya - Amin. :)