Total Pageviews


Tuesday 23 July 2013

Ramadhan ~ Our Second Project : Majlis Iftar Bersama-sama Penghuni PJK Ilahi..




Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi. Setakat 23 Julai 2013 bersamaan 14 Ramadhan 1434H kita telah berjaya mengumpul RM2,525.00. Saya sendiri terpegun melihat betapa pemurahnya rakan-rakan fb saya. Semoga segala kebaikan kalian dapat mengembirakan anak - anak di Pusat Jagaan Kasih Ilahi.

Baiklah, saya nak terangkan tentang Ramadhan - Our Second Project : Majlis Iftar Bersama - sama penghuni Pusat Jagaan Kasih Illahi. InshaaAllah majlis berbuka ini akan diadakan pada 3 Ogos 2013 (Sabtu) di rumah anak - anak perempuan pusat jagaan kasih Illahi. InshaaAllah sebelum majlis berbuka puasa bersama-sama akan diadakan sedikit aktiviti pengisian ilmu bersama mereka. Mama Ella akan menyampai kisah Ramadhan kepada anak - anak ini (sesi mendengar cerita) dan kemudian akan diadakan aktiviti mewarna dalam kumpulan. Selepas berbuka puasa kita akan solat maghrib berjamaah bersama anak - anak ini.

Setakat hari ini, dua sahabat saya telah bermurah hati untuk sponser satay dan aiskrim paddle pop. Jika ada yang ingin menyumbang makanan untuk majlis iftar ini dan turut sekali iftar bersama, amat dialu-alukan.. Lagi ramai, lagi meriah... :)

Dan pada Majlis Iftar ini juga kita akan rasmikan Our Telekung's Project - Sumayyah's Heart yang membawa makna 'S' untuk Sharing - Sincerity - Supporting - Semoga kita sentiasa saling ikhlas membantu anak - anak ini agar mereka dapat membesar dengan riang sesuai dengan usia mereka yang sedang meniti alam kanak - kanak.  Semoga anak - anak ini dapat menjiwai keberanian Sumayyah (wanita pertama mati syahid) kerana menegakkan syiar Islam di Kota Mekah. Setakat hari ini telah ada 18 pasang telekung yang disumbangkan oleh rakan-rakan fb sekalian.

Kenapa memilih Telekung's Project?? Ini adalah kerana kita ingin melentur buluh dari rebungnya. Semoga dengan adanya telekung - telekung yang comel ini, anak - anak ini akan bersemangat untuk bersolat dan ini akan mendidik akidah mereka dan apabila berusia 7 tahun kelak pasti mereka sudah bersedia untuk bersolat tanpa disuruh. InshaaAllah. Sama-samalah kita menyumbangkan telekung kepada mereka dan berdoa untuk keimanan anak - anak ini. 

Rakan-rakan fb saya sekalian, tanpa anda semua projek ini takkan menjadi realiti. Saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana dikurniakan sahabat yang baik dan beriman. Sikap membantu sahabat sekalian tidak dinafikan, semoga Allah swt merahmati kehidupan sahabat-sahabat sekalian.. Semoga kita bersama di jannah juga. Terima Kasih tak terhingga saya ucapkan sebagai wakil sukarela dari Pusat Jagaan Kasih Illahi. Hanya Allah swt sahaja yang mampu memberi sebaik-baik balasan kepada sahabat semua. Ya Allah, semoga majlis ini berjalan lancar dan engkau permudahkanlah perjalanan majlis ini. Berkatilah kami Ya Allah.. tanpa pertolonganMu kami tidak berdaya, hanya padaMu kami bermohon dan berlindung - Amin.

p/s : tq juga buat sahabat fb yang sudi mengajar english secara percuma. Moga ianya menjadi saham akhirat buatmu..... Amin.

No comments:

Post a Comment