Total Pageviews


Thursday 27 December 2012

Cool kan diri...



Arini saya sorang-sorang keje kat opis (bahagian saya)... sayalah bos sayalah kuli... hihi... so saya 'cool'kan diri saya yang amat kepenatan ini dengan menikmati Baskin Robbins Double Scoop Regular yang amat sedap sekali... Nyum2... Jemput makan semua.. :)

p/s : gambar dua org princess kat wallpaper PC saya tu pun faktor yang buat saya rasa 'cool'... :) Alhamdulillah...

Tuesday 25 December 2012

Mayya bersama kartun kucing kesayangannya..

"Mayya, kalau mayya 'behave' nanti mama bawa mayya jumpa hello kitty nak??? - pertanyaan saya dijawap dengan mata terbeliak dan mulut melopong si mayya... Hello kitty mama??? iye... NAK!!!!!"

haha, itulah dia mayya kesayangan kami sekeluarga, cukup excited kalau dengan Hello Kitty nya... so, balik Johor ni kami singgalah ke Sanrio Hello Kitty Town di JB yang baru dibuka... Apalagi, nilah hasilnye.. ;)


pintu masuk... wahhhh besarnye hello kitty... mayya dh excited!

cawan hello kitty... pusing laju2... *pening*


katil hello kitty... *comel*


bubuh jem kat biskut hello kitty..


masak-masak kat dapur hello kitty..



inilah hasil mewarna si mayya... *xcantiklah mama, itam...*


Cak!!! :)


biskut kakak Ea lawa... *jgn jeles*

Saturday 15 December 2012

Ke Jualan Buku...


BIG BAD WOLF BOOKS 2012

Welcome to the world's biggest book sale!!


Jualan buku termurah datang lagi....

Memang berbaloi membeli buku di Big Bad Wolf Books 2012 nie... Kali ini jualan ini dibuat di Mines, memang selesa parking dan kawasan jualan juga luas.

buku tersusun rapi dan kemas



suasana lengang amat sesuai untuk memilih buku... :)

Alhamdulillah ketika tiba orang dah tak ramai, amat selesa untuk saya memilih dan menilik buku-buku satu persatu. Kali ini saya hanya beli buku untuk Mayya dan sepupu-sepupunya. Ralit saya memilih buku dan saya hanya perlu membayar RM70 untuk 20 buah buku... Murahkan??? buku - buku yang saya beli harganya hanya RM3 ke RM6 sahaja senaskah... apalagi???? :)

mayya seronok membaca buku Dora nye... :)


Thursday 13 December 2012

A'Farmosa Resort Escape!!


With flamingo....


Hari ini kami ke A'Farmosa Resort Melaka... Mula-mula kami mengembara mengenali haiwan Di A'Farmosa Safari... yeah, We love Animals... :) Seronoklah Mayya dan Erysa, having great time gitu... ;) Paling kelakar bila kami naik pickup yang ditutup dengan jaring agar kami dapat melihat haiwan-haiwan tersebut seumpama di Afrika dan dalam keterhoyong- hayang tu seronoklah budak berdua ni, suara dema je buatkan orang lain tersenyum simpul dan asap yang keluar menyelebungi kami pun tak terasa akibat kegembiraan budak berdua nie.. :)


We are having GrEat TimE!!!



hi Mr Camel!



bagi kambing makan..



naik bot ke monkey island



give me 5!

Selepas itu apalagi mulalah aktiviti berendam... Mama, kakak Ea dan abang Syafiq pun lepas dendamlah main semua games yang ade kat situ.. sampai sengal-sengal badan kami.. :)


yeah.... masa untuk berendam!!

Alhamdulillah kami seronok sangat. Tenkiu kat my dearest sister in law yang sudi bawa kami ke sini.. Tq kak reen and abg remy... Semoga dapat rasa lagi g jenjalan sesama... InsyaaAllah.


sebelum balik sempat lagi pekena aiskrim... :)

Sunday 9 December 2012

Meraikan bersama-sama...

Majlis kecil kami bersama anak-anak yatim Rumah Kasih Harmoni, Rawang.

All the children having a great time with Abang Comot the Clown. 

Saat mata bertentang mata dengan anak-anak comel ini, terngiang-ngiang kata - kata Prof Dr Muhaya 'anak-anak umur antara 0-6 tahun adalah ahli syurga... berbuat baiklah kepada mereka' sejurus itu airmata syahdu mengalir pantas membasahi pipi... betapa suci dan murni anak-anak ini dibawah peliharaan Allah swt.

Saya juga anak yatim ketika berumur 12 tahun. Selama saya bersekolah menengah, berada di kolej dan universiti betapa saya merindui ayah... bukan senang hidup tanpa ayah dan emak pun tidak sihat, seringkali keluar masuk hospital dan saat saya rasa ketakutan berseorangan, tiada orang yang menjaga cepat-cepat saya ingatkan diri bahawa Allah swt sentiasa bersama saya. Allah akan bantu saya, jangan takut...

MasyaAllah dan kini bila saya berhadapan dengan hampir 60 orang anak-anak yatim dan anak-anak dari ibubapa yang bercerai saya 'speachless'... hanya airmata yang mengalir... Syukur ke hadrat Allah untuk saat ini dimana saya amat mensyukuri nasib diri saya... Apa-apapun saya dulu duduk dirumah sendiri, katil sendiri tetapi anak-anak ini serba kekurangan dari saya. Saya amat insafi diri... Ya Allah, ampuni saya andai saya pernah menjadi hambaMu yang tidak bersyukur serta leka atas nikmatMu...

Mayya & her cousin, Erysa...

Genap 4 tahun suka duka bersama Sumayyah, pinjaman dari Allah swt buat saya. Ayah dan Mama doakan Sumayyah menjadi ahli syurga, sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah swt. Mama mohon ampun dan maaf andai selama 4 tahun ini mama cuai menjaga dan mendidik Sumayyah.. Moga Allah swt berikan mama kekuatan dan kesungguhan untuk menjadikan Sumayyah sebagai khalifah Allah dibumi ini. Syukur kepadaMu atas hadirnya Sumayyah dalam hidupku... :)

Gambar - gambar sewaktu majlis berlangsung :

Abang Comot ngan baby Mizan..

Games - tiup belon dan belon yang meletop dulu dia yang MENANG!!


siapa nak craft balloons??? - beratur semua....


goodies pack & party pack...


KFC ~ sehingga menjilat jari...

face painting???

kambing panggang ~ akikah kimmy

hadiah buat pemenang...

adik-adik yang sporting..

i love u, u love me... we are happy family!!!
abg remy khusyuk melayan adik2 RKH.....


storytelling kisah Nabi Muhammmad saw dan haiwan kesayangannya by Mama Ella


Buat kak long, abg din, kak awie, abg mehad, kak ella, abg mahadir, abg remy, kak reen dan kak aidah, terima kasih kerana sama-sama menjayakan majlis kecil ini. moral support dari kalian buat adikmu ini hanya Allah swt yang mampu membalasnya... buat anak-anak buah tersayang : anim, anip, ea, syafiq, nurul, kimmy, erysa dan mizan tenkiu dear!!! busu loves you guys so much!!!

Buat Najua, Khadijah, Dzakiyah, Lily, sepupu saya Syahirah dan kak nora terima kasih turut hadir dan menyumbang untuk majlis kecil ini...

Buat Mama, insan yang amat menyayangi saya dan sentiasa memberi saya semangat untuk meneruskan kehidupan, hanya Allah yang mampu membalas jasa baik mama, saya doakan agar Allah swt kurniakan kebahagiaan buat mama. 

Buat Pn.Norriha - terima kasih atas kesudian membenarkan saya menjayakan majlis kecil ini di Tadika RKH, bersama-sama menjayakan majlis ini.

Apa yang diniatkan semuanya dimakbulkan Allah swt, benarlah katanya... jika sesuatu perbuatan itu diletakkan niatnya kerana Allah SWT maka akan Allah perkenankan niat itu. Alhamdulillah majlis kecil ini berjalan lancar dan sempurna.

Sesungguhnya saya manusia biasa, maaf andai adanya kekurangan dan terima kasih atas segala kebaikan dan   keikhlasan semua demi memeriahkan dan menggembirakan anak-anak disini.

Salam Sayang dari saya dan Sumayyah... 


Friday 7 December 2012

Menyambut harijadi Mayya yang ke 4.


5 Disember 2012 genap Mayya berusia 4 tahun... Alhamdulillah dengan hadirnya Mayya disisi menceriakan hidup saya sekeluarga. Kesempatan ini dihabiskan bersama di Genting Highland dan meriah sekali turut ditemani Aliya dan Najua... :)

Apa-apapun kanak-kanaklah yang paling gembira sekali, saya dan Najua turut terima tempias 'senang hati' apabila mendengar gelak tawa kedua-dua kanak-kanak ceria nie... :)

muka riang bermain... :)


cantik tak hello kitty nie?


makan aiskrim di malam hari... tak sejuk ke tu??

Mayya yang tak reti rasa sejuk nak juga makan aiskrim memalam ni.. layan ajelah... nasib baiklah birthday dia... ;)

Sebelum balik ke KL kami sempat singgah ke Genting Strawberry Park, dapatlah budak berdua ni petik buah strawberry untuk dibawa balik ke rumah... uishhh, bukan main seronok... mamanya dalam hati risau je timbang-timbang berapalah nak kena bayar ye??? - hahaha.

bersemangat memetik buah strawberry...

Inilah hasilnye... 5 buah aje yea.... ;)

Monday 19 November 2012

Face Painting



Antara aktiviti sempena majlis harijadi Mayya tahun ini adalah face painting... Kat mana nak beli face paint ye? puaslah mencari akhirnya jumpa juga di kedai buku Cziplee kat bangsar. Alhamdulillah... dan saya mengambil kesempatan cuti hujung minggu ini untuk melatih face painting kat mayya.. haha, mayya jadi model la arini... ;) Dan inilah hasilnya percubaan pertama saya... Cantik ke?

Saturday 17 November 2012

Pra Pendaftaran





Excited mood is ON!  Alhamdulillah tahun ni, syarikat hantar saya hadiri MIA International Conference 2012 di Kuala Lumpur Convention Centre... Sewaktu mendaftar dapatlah beg laptop ni, syukur... :) semakin teruja nak hadirinya pada 27 dan 28 november ini... Semoga saya mendapat ilmu yang bermanfaat serta sahabat baru dikalangan orang jernih! ( bak kata Prof Dr Muhaya) ~ InsyaaAllah.

Lily

bersama lily ~ tahniah sempena pertunangan di hari pertama Bulan Muharram


Alhamdulillah, majlis pertunangan sahabat baikku, Lily berjalan sempurna.. Semoga ikatan pertunangan ini berkekalan sehingga disatukan kelak.. :) Sudah pasti sebagai sahabat sememangnya saya mendoakan yang terbaik untuk Lily... Sejak dari kecil kami bersahabat, bermain bersama dan kami terpisah sewaktu berada di sekolah rendah kerana Lily mengikuti ayahnya yang ditugaskan di Korea... :) Kami rapat semula selepas saya bekerja di Port Dickson... 

  "Friendship Forever ~ InsyaaAllah ~

Thursday 15 November 2012

Patung Aisyah

Aisyah


Sewaktu menghadiri Seminar Raising Young Khalifah Amanah Besar Dari Allah di Tabung Haji, hati saya memang tertarik dengan anak patung muslimah ni... Dahla berwarna pink sudah pastilah mayya suka. Tanpa berfikir panjang saya pun belilah dengan softbooks Alif Ba Ta sekali... Alhamdulillah, mayya memang sentiasa memeluk Aisyah.. Mayya kata Aisyah cantik, pakai tudung mesti Allah sayang Aisyahkan mama? ;)

Semoga mayya menjadi anak yang baik, sejuk mata memandang dan berbudi bahasa... Kalau cantik saja tanpa budi bahasa yang baik pastilah mayya dalam kerugian.... 

Friday 9 November 2012

Sarapan Pagi Bersama KP



Hari ni, kami di pejabat menerima kunjungan dari Ketua Pengarah. Terasa terharu menerima kunjungan beliau. Amanat yang beliau sampaikan kepada kami warga kerja agar sentiasa bekerja dengan ikhlas, amanah dan jujur. Beliau juga menyatakan terima kasih kepada kami kerana telah bekerja keras sehingga syarikat pulih dari kerugian dan semoga semangat itu terus berkekalan.

Sebelum pulang, kami sama-sama bersarapan dengan KP dengan sajian nasi kerabu, sambal pulut dan kuih muih... Terima Kasih KP kerana sudi datang ke pejabat kami.. :)

Thursday 8 November 2012

Seminar Kewangan 2012

Alhamdulillah tahun ini dapat turut serta dalam seminar kewangan yang diadakan di Marina Island, Pangkor... Perjalanan lebih kurang 4 jam dari Kuala Lumpur...

kelihatan Pulau Pangkor dari Marina Island..
Cerita sikit pasal Marina Island Pangkor ni, ianya pulau buatan dan turut ada jambatan yang menghubungkan daratan dengan pulau Marina, so bolehla bawa kereta masuk terus ke pulau Marina. Di pulau itu disediakan bot untuk ke Pulau Pangkor dan hanya mengambil masa 5minit.. :)

Ok, tumpuan pada intipati seminar kewangan tahun ini yang diadakan secara santai berbanding tahun-tahun sebelumnya (saya suka!). Terdapat 3 pembentangan kertas kerja pada hari kedua seminar. Kertas kerja 1 : Penemuan Audit Badan Berkanun oleh Pn. Fariza Binti Harman dari Jabatan Audit Negara, Kertas kerja 2 : Pengurusan Kewangan oleh En. Awang Bin Tawil dari Bank Muamalat dan Kertas kerja 3 : Pengauditan Kendiri oleh Y.H. Dato' Lokman Bin Awang dari Pro Active Control Sdn Bhd.

Apa yang ingin saya kongsikan adalah ilmu yang saya dapat daripada pembentang kedua iaitu En. Awang dari Bank Muamalat. Beliau mengesyorkan agar semua bijak mengurus wang dan harta. Misalnya, tidak perlulah kereta mewah bertukar ganti sedangkan semua maklum yang kereta besar tu akan susut nilainya... serta rakyat sekarang ni amat bermegah dengan gadget yang mereka ada, iphone, tab dan ipad dan ini sesuatu yang merugikan. Adakah ianya keperluan atau kehendak? apa yang beliau sampaikan amat menyentap perasaan saya.. kata beliau 'ibubapa kita dulu tinggalkan kita rumah, tanah dan emas walaupun mereka orang susah tapi generasi sekarang? sogokkan anak-anak dengan barangan yg lupus guna' internet tanpa sempadan akan mendatangkan masalah sosial kepada anak-anak jika penggunaannya tidak dibendung dan bagaimanakah kehidupan zuriat kita kelak setelah kita mati sedangkan kita tidak berbuat sesuatu yang berfaedah kepada zuriat kita sedangkan kemampuan itu kita ada.

Personally, saya memang berfikir secara mendalam kata-kata En.Awang itu, iya, memang betul.. Bila saya kenang semula, arwah emak tinggalkan kami adik beradik dengan rumah yang telah habis dibayar, tanah dikampung, emas dan juga wang simpanan yang mencecah 5 angka walaupun arwah emak hanya berniaga kecil-kecilan bersama arwah ayah dan arwah emak hanya belajar di sekolah sehingga darjah 2 sahaja. Ingat lagi, bila sesak-sesak dia akan memajak emas dan menebus semula bila duit dah cukup.. Arwah emak tak pandai meminjam duit orang dan amat berjimat. Dan saya amat terpukul... saya menanam azam untuk membeli sedikit emas apabila dapat bonus kelak.. Buat apa nak buat personal loan dekat bank sedangkan dengan ada aset dan kita membayar zakat, saya rasa itu lebih berkat. Kini, pajak gadai secara islam pun dah ada... Ar-rahnu.. :)

Alhamdulillah, sedikit sebanyak saya dapat sesuatu dari seminar ini.. :)

Petang itu setelah seharian berseminar, kami dijamu dengan Durian - Raja segala buah.. :)


orang kuat tolong kopekkan durian... :)
jom makan Durian... :)

Pada malamnya diadakan majlis makan malam bersama KP dan kesempatan juga diambil untuk meraikan tuan pengarah kewangan yang akan bersara pada bulan hadapan.

bergambar bersama Tuan Pengarah Kewangan...



my bestfren...


oooppppsss... Ketua Pengarah lalu lah.... ;)

Hari ketiga selepas tamat sesi dialog kami ke Lumut untuk membeli hasil laut di kedai Puan Jamilah.. saya amat bangga dengan Puan Jamilah yang merupakan pengusaha Melayu yang berjaya mengeluarkan produk tempatan yang halal dan diyakini untuk dibeli sebagai ole-ole buat rakan sepejabat, keluarga di rumah dan tak lupa buat sahabat handai.. :)

Memulakan perjalanan pulang secara konvoi dengan En.Zailani membuatkan perjalanan balik taklah bosan. Terima Kasihlah buat En.Zai yang sanggup membawa Camry nye dengan perlahan agar saya tak tertinggal.. heee... ;)

Akhir sekali, saya titipkan kata-kata dari En.Awang buat renungan kita bersama..

     Kebebasan kewangan perlukan : ~ BAJA dari baja terbaik untuk harta adalah ZAKAT
                                                    ~ DOA dari doa terbaik adalah DOA IBU
                                                    ~ UBAT dari ubat terbaik untuk rezeki adalah SEDEKAH