Total Pageviews


Monday 24 March 2014

Crafty Mayya : Batik Painting, Fun Flower Magnets & Make Your Own Creation.


Sempena dengan cuti sekolah ni, saya adakan kelas art & craft bersama Mayya... Kebetulan sepupu Mayya, Adik Mizan datang bertandang so apalagi seronoklah buat art & craft ni bersama-sama.


Happy faces...


Tekun dengan aktiviti mewarna masing-masing.

Aktiviti kali ini adalah Batik Painting, Fun Flower Magnets dan Make Your Own Creation... Mayya sibuk dengan batik painting nya.. Mizan dengan mewarna fun flower magnet dan saya cuba menghasilkan orang dari kertas - make your own creation... 

Aktiviti art & craft ini amat bagus kerana ia dapat mengkoordinasikan otak anak-anak dengan warna dan aktiviti mewarna tersebut disamping ia akan membuahkan kreativiti dan kecerdasan minda anak-anak kita.


Batik Painting


Fun Flower Magnets


Bagi saya dalam art & craft class ni takde istilah salah dan silap... Jika nak warna apa sekalipun waima nak campur warna pun saya takkan kata itu salah atau tak betul.. Kita biarkan anak-anak kita bebas dalam kreativiti mereka yang tersendiri... In Shaa Allah, hasilnya sungguh menakjubkan.. ;)

Make Your Own Creation


Batik Paintings


Fun Flower Magnets

Alhamdulillah... kelas pertama kami telah berjaya.. Saya dan Mayya memang looking forward untuk kelas selanjutnya... Lagi-lagi saya dah jumpa kedai yang menjual peralatan untuk art & craft macam ni... #haish... tak sabarrrr!!!  ;)

Mayya & Colouring Contest

Colouring Contest
@ Times Bookstore, BSC


Alhamdulillah pada sabtu lepas Mayya attend colouring contest, mewakili CIC Bangsar.. Punyalah seronok dia nak mewarna... Pertandingan ini selama sejam bermula jam 4pm hingga 5pm di Times Bookstore, BSC.


Get ready....


Start....


Khusyuk...


Yang seronoknya tang colouring contest ni rupanya takde kalah menang... semua yang masuk dapat hadiah yang sama. 4 naskah buku dan RM10 baucer pembelian sah sehingga 31 Mei 2014... Alhamdulillah.. :)


Hadiahnya...

Thursday 20 March 2014

Gathering ~ Bff UM... 01/14


Dah lama saya tak jumpa Salmah dan Anum.. rindu sangat kat berdua ni lagi2 si Salmah... dan arini kitaorang meet up kat bangsar... Ya Allah, seronoknya dapat gathering sesama.. berborak pasal al kisah kerja memasing sambil makan2... 

Arini juga saya perkenalkan KGB dan Dip & Dip kat bff saya ni dan Alhamdulillah semuanya suka dan gemar... :) Next time leh gi lagi ye... 

KGB

Our Dinner @ KGB

Dessert @ Dip & Dip

Mesyuarat Siang dan Malam...


Harini saya rasa amat penat sekali... penat jadi SuperMak... penat jadi SuperStaf... dan penat jadi Superself... hahaha.. ade ke ayat gtu??? ;) 

Bila penat yang amat sangat saya akan teringat kata2 Prof Muhaya... Jika kita penat dalam beribadah kepada Allah maka keletihan itu akan menghapuskan dosa2 kecil saya... MasyaAllah... saya muhasabah diri... betapa banyaknya dosa kecil saya sehingga saya amat penat pada hari ini... Semoga benarlah kata Prof itu, semoga Allah swt mengampuni dosa2 kecil saya...

Saya nak berkongsi sangat sedikit kegembiraan saya bersama pembaca blog saya ni. Selama 2 hari yang lepas saya ada function besar gitu.. Memang bos saya dan team kerja saya amat risau dengan function ni. Berbulan kami prepare agar function ni berjalan dengan lancar dan sempurna. Paling penting ianya akan memberikan sinar baru kepada syarikat kami ini.


Retreat bersama Ahli Lembaga Pengarah

Mula - mula kami perlu mengadakan Retreat bersama Ahli Lembaga Pengarah. Alhamdulillah, ALP kami seramai 5orang yang dipengerusikan oleh Chairman kami, Tan Sri Dr. A. Rahim Tambhy Chik telah berlangsung dan mencapai objektifnya, kini tinggal kepada kamilah untuk merealisasikan hasil retreat ini...

Saya kagumi kebolehan dan karisma Tan Sri dalam memastikan syarikat ini berdaya maju dan bersaing dengan SMR yang lain. Sejak 6 bulan bekerja dengan Tan Sri banyak improvement yang dibuat oleh beliau. Semoga syarikat ini akan terus maju dibawah kepimpinan beliau.


Bergambar bersama Setiausaha Syarikat

Selesai Retreat bersama ALP jam 6.30pm... Bergegas bersiap kerana malamnya jam 9.00malam ada Mesyuarat ALP pulak... hurmmm.... 

Alhamdulillah jam 10.30mlm abis meeting. Lepas Chairman balik bilik, kitaorang ni plak yang buat discussion hasil dari retreat dan Board Meeting sampai jam 12 tgh malam... memang sampai lebamlah mata saya akibat mesyuarat siang dan malam...

Sampai bilik (saya plak sebilik ngan company sec) so pillow talk plak sampai 2.30am... haaa... memanglah kesiangan, tapi solat subuh buat tau... ;) hahaha

Sebelum balik opis.... kitaorang jenjalan ngan ALP kat Colmar ni... saya pulak dok menyakat anak salah seorang ALP kami... memang handsome anak lelaki dia yang berumur 2 tahun lebih tu... geram.. muka pan Asian gitu... :) **sori gambar budak tu takde... segan nak ambil... ngeee



Bye2 Colmar Tropicale... Till we meet again... ;)


Ini kali ke 6 saya ke sini... :)

Monday 17 March 2014

Layan Wayang...

Ea, Mayya & Me...

Sunday ni dihabiskan dengan acara menonton wayang..  Pagi ni dating dengan Anum gi tengok wayang cerita Need for Speed.

Malam giliran mama tengok wayang dengan Mayya.. Kami tengok wayang Lego.. menarik.. memang suka si Mayya.. tak berkelip mata, khusyuk... :) 

Me & Anum..

Need for Speed

Saturday 15 March 2014

Lunch Date @ Geng Mak Dara...

Aimi & Angkasawannye...

Arini geng mak dara meet up sambil lunch date... konon2nya nak bincang trip ke Sabah dan Brunei next 2 weeks akhirnya bincangnya ntah ke mana, bergossip plak bila dah berjumpa... Masa pulak amatlah mencemburui kitaorang ni... Takpelah ye, nanti2 bincang lagi... ;)

Coke..

Our lunch...

Friday 14 March 2014

Resepi Ayam Kong Pu

Atas permintaan sahabat2 fb saya, saya apdate kan resepi Ayam Kong Pu ni yang saya cedok dari fb Aimi... *tenkiu dik!!


Ayam Kong Pu


Mula-mula goreng gajus mentah tu sampai garing.. Ambil Cili kering (10) di potong ikut suka dan digoreng hingga garing dengan menggunakan minyak dari gorengan gajus tadi. Dah siap letak ketepi dahulu.

Sebelum tu ayam bahagian dada (2) dihiris nipis ikut suka dan diperap bersama garam halus, lada sulah, sos tiram serta kicap selama 10minit.

Tumis bawang putih (4) dan halia (seinci) yang telah ditumbuk sehingga naik bau dan garing. Masukkan ayam yang telah diperap itu... Goreng sehingga masak. Kemudian masukkan sos tiram dan sos cili secukup rasa. *ikut rasa lidah memasing lah yea... ;)

Akhir sekali masukkan lada benggala (1) dan bawang besar (1) yang dipotong dadu. Masak hingga ia lembut dan sebati. Kemudian masukkan cili kering yang telah digoreng, kacau barulah masukkan gajus goreng tadi...

Itu sahaja... simple dan amat mudah... Lauk ni kalau nak makan kat restoran cina muslim memang mahal harganya. So kalau masak sendiri dapat berjimat dan puas makan... boleh makan bertambah - tambah... :)

Selamat mencuba guys... *Chayok!!!

Tuesday 11 March 2014

Al - Fatihah ~ Nek Nun dalam kenangan...


Al - Fatihah..

Terima sms dari kak long jam 8am mengatakan Nek Nun telah kembali ke rahmatullah dan akan dikebumikan pada waktu zohor ini di Damansara... Saya pun terus ambil EL dan menziarahi jenazah arwah. Nek Nun merupakan nenek saudara saya.. Adik kepada arwah nenek saya sebelah bapa. Arwah Nek Nun meninggal ditika usia 96tahun... hanya Nek Nun nenek saya yang masih tinggal dan saya bersyukur dapat bertemu nenek sebelum nenek meninggal.. Bulan lepas saya sempat melawat nenek di IJN.

Ketika menunggu jenazah disemadikan saya terkenang rendang Itik cili padi arwah nenek amat enak.. Nenek amat pembersih orangnya, cekap bekerja dan petah bercakap... Teringat bagaimana nenek akan berdondang sayang di majlis kahwin cucu2nya.. meriah sekali.. paling saya ingat sewaktu malam berinai kak nana di Kampung Baru, Alor Gajah... semua itu terpahat dihati saya... saya rindu saat dikampung...

Semoga Allah swt mencucuri rahmat atas roh Nek Nun dan menempatkannya di kalangan hambanya yang beriman... Amin.


Talkin dibaca...



Me & MakLang..

Tuesday 4 March 2014

Lunch Date @ Mama...


Mama merupakan insan istimewa buat saya.. Saat susah dan senang, Mama sentiasa bersama saya.. membantu dan memberi saya semangat untuk kuat menghadapi kehidupan ini. Mama tak kurang juga hebat orangnya... Saya banyak belajar dari pengalaman hidup Mama...

Hari ini selepas 3 tahun berjanji nak belanja saya dan TJ makan nasi ayam hainan akhirnya janji mama tertunai. Malangnya TJ tak dapat join kerana berpuasa... 

Tq Mama, semoga Allah swt sentiasa merahmati dan memberikan hidayahNya buat mama sekeluarga... #I love you... :)



Nasi Ayam Hainan

Dessert...

Monday 3 March 2014

Lawatan Kasih ~ Kali Pertama 2014


Pernah tak dalam kehidupan kita ni kita terasa kekurangan dan menyebabkan kita mengeluh? Umpamanya kita teringin nak pakaian yang cantik2, nak makan sedap-sedap, nak beli itu.. nak beli ini tapi duit gaji tak mencukupi? Akhirnya kerana kita tak dapat apa yang kita hajati mulalah kita salah kan majikan.. salahkan suami atau isteri dan paling sedih kita mula salahkan Allah swt dengan tidak mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan.... Nauzubillah...

Pagi tadi masa dalam perjalanan ke ofis saya dengar kisah dari ustaz di IKIM dalam slot motivasi pagi.. Ustaz kata salah satu faktor untuk rezki murah adalah dengan bersedekah kepada orang yang memerlukan dan Allah swt akan gandakan 10 kali... misalnya beri RM9 akan dapat RM19. InshaaAllah. :)

Melalui pengalaman juga didapati Allah swt bukan sahaja memberi balasan sedekah itu dalam bentuk wang ringgit tetapi ianya datang dalam bentuk kesihatan, kebahagiaan dan juga kelapangan hati dan fikiran iaitu ketenangan hidup.. :) kalau tak percaya cuba amalkan bersedekah dalam waktu kita kesusahan, dan lihatlah hasilnya pasti tidak akan mendukacitakan... :)

Pada tahun 2014 ini saya berusaha mencari rumah warga emas untuk dibantu. Bantuan ini bukanlah besar manapun cukuplah sekadar memberi bantuan yang termampu oleh saya dan kawan2 fb... InshaaAllah. Syukur ke hadrat Illahi kerana saya dipertemukan dengan Warga Emas Bandar Country Homes, Rawang. Rumah Warga Emas ni terletak berdekatan dengan Rumah Anak-Anak Pertubuhan Kebajikan Kasih Harmoni, Rawang.

Alhamdulillah pada 2 Mac 2014 (Ahad), kami telah membuat lawatan ke rumah warga emas dan juga rumah anak-anak pertubuhan kebajikan kasih harmoni ini. Berbekalkan kutipan sebanyak RM2,475.35 setakat 27 Februari 2014 kami berjaya membeli Nasi Beriyani Ayam Bukhara Mahbob untuk Lunch ngan Warga Emas, Peralatan keperluan anak2 PKKI seperti kipas, selimut, barangan keperluan dapur dan juga Happy Meals untuk dimakan bersama anak2 PKKI. Syukur dan ribuan terima kasih kepada sahabat FB yang sudi menghulurkan bantuan.. 

1 Mac 2014, dengan bantuan Eza, kami ke TESCO untuk membeli barangan keperluan mereka... :)

Beli Kipas...

Selimut.. Rak Baju...

Kerja2 memasang...

2 Mac 2014, kami melawat Rumah Warga Emas Rawang dahulu... :)

Rumah Warga Emas

Pokok Rosella...

Bergambar Kenangan Bersama...

Saya nak bercerita sedikit tentang rumah warga emas ni, ada 7 orang warga emas yang tinggal disini. Saya tak sempat lagi berkenalan dengan mereka semua secara in person... InshaaAllah one fine day saya akan interview makcik2 ni semua... doakan saya tabah mendengar kisah mereka ye... Saya tak kuat, saya juga tak malu nak confess yang saya amat sedih apabila melihat makcik2 ni.. saya teringat pada arwah mak saya dan saya sedih makcik2 ni semua tersisih dari keluarga mereka.. Ya Allah, kau berikanlah hidayah pada kami semua agar sentiasa menyayangi warga emas dan tidak meletakkan mereka dirumah penjagaan sebegini, semoga kami dapat menjaga sendiri saudara mara kami dengan penuh kasih dan sayang... Amin.

Selepas itu kami ke McD Rawang untuk ambil Happy Meals yang kami dah order semalam... Terima Kasih buat Nisa, Ea & the geng... Umi & Aisyah, Dja, Eza dan husband dan kak Ella & the gang yang ringan tangan membantu dan menjadi sukarelawan pada hari ini.. Tenkiu guys... :)

Mcd...

Smile...
I'm loving it..
Dja & Umi...
Sumbangan Amal dari kengkawan FB...

Happy!!
Say 'peace...'

Nak coklat??
Beg Milo & Twisties..

Untie Eza bagi coklat...
Fries....
ada apa dalam bekas ni???
~ curious face..
Smile...
Mizan..
Orang kuat!!!
Storytelling..
Kak Aisyah & adik2 comeyy..
Cak!!!
Ayu berdua... :)
Sape nak???
I'm happie..
me teringin nak anak boy... ;)

Kak Nisa ~ storytelling..
Buku Kisah Nabi..
Kenangan terindah...
Mari baca buku...
Bergambar bersama..
Happy Meals..
sape nak lagi???
Jom makan..
Baca doa makan dulu...
Kakak Ea & the boys..
Burger...
Syoknye kakak umi makan burger.. ;)
Nasihat berguna...
Alhamdulillah lawatan hari ini berjaya dan memberikan kami kepuasan... Anak2 ini bukan saja dijamu dengan makanan tapi kami isikan juga dengan makanan rohani melalui penghayatan storytelling yang telah disampaikan.. Terima Kasih buat semua kerana ini semua adalah hasil dari semangat kerjasama dan keikhlasan yang tinggi dari semua.. Tanpa Sokongan dan Doa semua, kita takkan dapat merealisasikan objektif Lawatan Kasih ini... 

Semoga amal baik ini dapat kami teruskan dengan izin Allah swt....