Total Pageviews


Friday 24 January 2014

Guilin - Day 2




19 Januari 2014  (Ahad)


Hari kedua, cuaca makin sejuk.... Pagi lagi kami dh bersiap sebab excited sangat nak melihat keindahan bumi Guilin ciptaan Illahi... terbayang-bayang cantiknya pemandangan Li River yang bakal kami pergi tak lama je lagi... ;)


Map of Li River
Peta Li River.... sepanjang 83km... 


Plan kami, arini kami check out hotel sebab nak bermalam kat Yangshuo dan kami tinggalkan luggage kat luggage store je. Kami naik teksi ke tempat menunggu bas ke Yangshuo (tambang teksi = 10yuen).


Peace... dalam teksi..


Kedai yang jual tiket ke Li River

Masa kat kedai travel agen ni terjadilah sesi Ayam dan Itik.. Saya amat kagumi dengan kesungguhan Zaidah dalam usaha untuk membeli tiket perjalanan kami ni. Depa taktau berbahasa English dan kami pun taktau berbahasa depa.. jadinya kertas dan pen serta gerakan tangan lah amat membantu. Syukur ada juga pelancong negara depa yang tau berbahasa English menjadi translator kami. Alhamdulillah. Akhirnya kami ambil pakej trip return ke Yangshuo berharga 345 yuen seorang.

Apalagi, kami pun naik bas jam 9.15am ke Yangshuo. 

dalam bas...

Pemandu Pelancong yang nyaring bercakap...
sepatah apapun saya tak paham... hihihi...


mana pengantin???

jual ape ni???

Jam 10.30am berhenti di Daxu Ancient Town. Perkampungan ini merupakan pusat komersial pada zaman Dinasti Song dan berkembang pesat semasa zaman pemerintahan Dinasti Ming dan Qing... 

Memang cantik bergambar kat sini.. teringat drama Cina dulu-dulu... ;)   


klasik..


bangunan lama...


Buah apa ni???


Mutiara...

Saya kan hantu batu permata, apalagi sempat saya beli gelang jade berharga  60 yuen sebagai kenang-kenangan. ;)

Jam 11am, kami sambung perjalanan. 

naik bas...

sayur - sayuran...



sayur apa ni???

Bas berhenti sekejap untuk makan tengahari... kami memang tak join lah kan.. so kami dok lah tepi jalan sambil makan bekalan yang kami bawa... Hati saya amat tertarik melihat ayam-ayam kat sini.. MasyaAllah... sihatnye... ;)

Rimbunan buluh...


Shuttle bus pink....


MasyaAllah... AYAM!!!


Pringles!!

Alhamdulillah.... jam 12.30pm kami mula naik bot rakit menyelusuri Li River.

Pemandangan sepajang menyelusuri Li River amat indah... masa survei tempat ni kat google ada terbaca dalam website yang merujuk kepada Hanyu's Poem "The river looks like a blue silk ribbon, and the mountains resemble emerald hairpins"... hurmmm... memang tepat sekali.. SubhanaAllah..

Kami berkenalan dengan Lawrence yang berasal dari Puchong, bercuti di sini bersama kenalannya. Lawrence amat membantu, serba sedikit memberikan kami kefahaman lanjut.. :)  Tenkiu Lawrence!!

dah sampai...


Bot rakit...

sibuk...

Smile...


Hiii....


dari belakang.... SubhanaAllah...


Tiga Sahabat...

tangkap ikan...

rezki di sungai...


Love!!!


Bukit...


Cak!! ~ Zai...


cantik...


Indah...


tu diaa... ada kat dalam gambar wang kertas...


Indah..


Mira... 


dari atas bot...


sedap buah oren ni...


translator kami.. ;)


cantik..


mira asik menangkap gambar...


gua...


lihat tu...


tiga sekawan...

Setelah puas menikmati keindahan pemandangan Li River kami dibawa menaiki bot besar ke bas. Jam 2.31pm naik bas ke Yoashua. 

Jam 3.45pm kami berhenti tgk moon cave. Tapi malangnya saya tak dapat tempat yang strategik untuk mengambil gambar gua berbentuk bulan tu... hukhuk... takpe lah kan...??? ;)

Then kami dibawa ke kawasan park yang ada Big Banyan Tree dan ada juga culture village kat situ. 

Lupa pulak nak cerita kat sini, oleh kerana kami bertiga so saya duduk sorang lah dalam bas dan akhirnya adelah sorang mamat guilin ni duduk ngan saya. Oleh kerana kami macam ayam dan itik so dia pun taktau nak communicate ngan saya camne dan akhirnya dia ikut jela mana saya pergi... nasib baiklah ade si Lawrence.. dialah jadi translator kami. So mamat guilin tu namanya Yoong dan kerana dia keseorang dalam trip ni so dia pun dengan berbesar hati nak join kami.. hahaha, so dari bertiga dah jadi berenamlah kami ni... Yeehhhaaa!!! 


dari jauh...

pintu masuk..

Lompat tinggi!!!

Jeng3...

ada bau apa ekk??? ;)


cycling...




apa dia tulis tu ekkk? ;)

batu bersurat...

girang....

Mira, jangan tinggal daku... ;)

Zai bergambar dibawah Big Banyan Tree...

Me & Mira...



Kau ke kiri, aku ke kanan... 


The Big Banyan Tree...

Nak cerita sedikit tentang Big Banyan Tree ni... kisahnya begini.... ;) Big Banyan Tree ni terletak di west bank of Jinbao River dan dianggarkan 7.5km south of Yangshuo. Pokok ini ada sejarahnya. Dikatakan telah berusia hampir 1,400 tahun dan seringkali terselamat dan hujan dan ribut sejak zaman pemerintahan Dinasti Sui (581 - 618). Pokok ni amat terkenal kerana usianya dan ketinggiannya dan juga kecantikkannya.

Di bawah pokok ini jugalah dikatakan Liu Sanjie mengumumkan cintanya kepada A Niu. jadinya Big Tree Banyan ni adalah salah satu simbol percintaan yang menarik ramai pasangan yang bercinta datang ke sini untuk berdoa. Kata orang-orang tua di Cina, pasangan yang bercinta yang datang berdoa disini akan makbul doanya manakala yang masih solo dan tangkap gambar ngan pokok ni akan bertemu jodohnya tak lama lagi... haaaa.... Mira, ade tangkap gambar tak ngan pokok nie??? hihihi... ;)  


apa tu?
Alhamdulillah, kami balik ke guilin jam 5.20pm dengan menaiki bas dan tiba jam 7pm. Oleh kerana takde tempat nak solat so saya ngan Zaidah solat dalam bas jelah... 


sempat lagi Zai beli kasut... :)




mencari hostel...

Kami plan nak bermalam kat Wada Youth Hostel tapi malangnya setelah penat kaki menapak, kami still tak jumpa jugak hostel tu walau Yoong dan Lawrence turut membantu. Akhirnya kami bermalam kat Guilin Riverside Hostel. Syukurla masih available...




1 comment:

  1. assalammualikum sis, nak Tanya mlm 1st n 2nd mksudnya tido hotel yang sama ke guilin riverside hostel? brapa lama masa dari yangshou ke hostel tu?

    ReplyDelete