Total Pageviews


Monday 8 July 2013

Menyambut Pre-Ramadhan Bersama Anak-Anak Pusat Jagaan Kasih Ilahi...


“Katakanlah, “Apa saja harta benda (yang halal) yang kamu infakkan, maka berikanlah kepada ibu bapa, kaum kerabat dan anak-anak yatim.” (QS Al Baqarah,2:215)


Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan untuk meraikan anak-anak di Pusat Jagaan Kasih Ilahi (dahulu bernaung di bawah Rumah kasih Harmoni).




Setakat malam tadi sebanyak RM1,975.00 telah berjaya dikumpulkan. Hari ini saya serahkan sebahagian wang sumbangan dalam bentuk barangan keperluan anak-anak ini kepada Pn. Hafizah dan juga Pn. Aisyah.Semoga sumbangan ikhlas dari rakan2 fb saya diterima Allah swt dan berupa saham akhirat buat mereka kelak. - Amin.





Semalam saya ke TESCO untuk membeli barangan keperluan tersebut... adalah beras, susu tepung kanak2, milo, gula, ribena, bihun, mee kering, kicap, sabun basuh baju dan sabun mandi kanak - kanak. 

Kami sampai di Pusat Jagaan Kasih Ilahi pada jam 11.15am. Wahhh... ade 38 orang anak-anak dah sedia menanti. Sungguh gembira melihat wajah mereka... Ahli Syurga... :)



Kak Aidah memulakan acara dengan menyampaikan kisah Sang Penyamun yang Insaf. Khusyuk anak-anak ini mendengar cerita... 




Saya pula menyerahkan gambar-gambar dan album birthday mayya bulan 12 tahun lepas kepada Pn.Aisyah sebagai kenang-kenangan. Hadiah ikhlas dari seorang sahabat baik. :) turut di framekan gambar anak - anak yang turut lahir pada bulan 12 tersebut.

penyerahan frame gambar besday...

penyerahan album gambar besday mayya....


Sambil mendengar cerita dari kak Aidah, saya bagi soalan.. siapa yang dapat bagi jawapan yang betul, auntie bagi coklat!!!! :) wahhhh.. semangat semua nak menjawab...



Selepas itu, ramai la yang bangun ke depan untuk menyampaikan lagu dan bercerita... berlumba-lumba anak-anak ni participate... iya, satu gambaran positif yang mereka ini berani dan yakin dengan diri sendiri... Alhamdulillah.. :) - a very good sign!

adik ni nyanyi lagu "twinkle2 little star"

adik ni nyanyi *satu2 saya syg Allah*

Adik ni pun nyanyi lagu *satu2 saya syg Allah*

adik ni kata "i love eating fried chicken..."

Selesai aktiviti bersama mereka, dah pun masuk waktu lunch... so apalagi... KFC idamanku selalu...  :)


jom makan....

sedap sehingga menjilat jari... :)

diantara barangan sumbangan dari rakan2 fb...

lagi barangan keperluan sumbangan rakan2 fb..

menjamu selera...

sedap... :) - bergambar bersama auntie Khadijah..
saya bersama penjaga anak2 di pusat jagaan kasih Ilahi..

Selesai makan.... tengok album plak... :) tengok gambar siapa yang ada.... ;)





Alhamdulillah... semuanya happie.. Perasaan lega kerana sebahagian tanggungjawab telah selesai untuk hari ini. Syukur kerana Allah swt melancarkan urusan saya, khadijah dan kak aidah pada hari ini. Paling penting misi kami untuk menggembirakan anak - anak ahli syurga ini telah diperkenankan oleh Allah.. :) Diantara wajah - wajah gembira yang saya ingin kongsikan bersama2 :


















Buat rakan2 fb saya, terima kasih kerana kepercayaan rakan2 kepada saya. Semoga niat suci kita ini akan berterusan dan semoga 2 projek yang akan datang juga berjalan lancar. Semoga apa yang kita usahakan ini diterima Allah swt dan menjadikan saham untuk kita diakhirat nanti.

Akhir sekali, marilah kita merenung kata2 ini :

Syah Abdul Aziz rah.a. menulis dalam tafsirnya bahawa ada dua jenis kebaikan dapat dilakukan terhadap anak yatim:

1. Apa yang wajib bagi ahli waris. Misal: menjaga harta anak-anak yatim, mengembangkan hasil dari tanahnya agar keuntungannya dapat dipergunakan untuk biaya makan, pakaian dan pendidikannya.

2. Yang bersifat umum. Iaitu jangan membiarkan anak yatim dalam kesusahan, berilah kasih sayang kepada mereka. Di dalam majlis berilah tempat duduk yang terhormat. Usaplah kepalanya dengan penuh kasih sayang, perlakukan mereka seperti kepada anak sendiri, lahir dan batin (agar mereka tidak merasakan kesedihan dan duka cita yang berlarut-larut karana kematian ayahnya).


Sewaktu kaki saya melangkah keluar, seorang anak kecil perempuan datang memegang kaki saya.. saya tunduk dan merenung wajah anak ini... Anak ini berkata... "nanti auntie datang lagi ye... best kalau auntie datang" Muka suci ini saya usap dan airmata saya tak mampu saya tahan lagi... saya hanya mampu menganggukkan kepala sambil berkata InshaaAllah... hati saya amat sayu dan saya berdoa agar saya dapat kembali lagi menggembirakan anak-anak di sini.

Terima Kasih Ya Allah atas kasih sayangMu ini...

No comments:

Post a Comment