Total Pageviews


Friday 31 January 2014

Pre Gong Xi Fa Cai - Lunch with Bff


Suasana Tahun Baru Cina hangat terasa... KL makin lenggang, ramai yang bercuti memandangkan malam ni Makan Besar oleh masyarakat Cina. Lantaran itu, saya ngan Aju lunch date kat Restoran Hj Shahrin Low ni.. Nak gakla makan besar ekk.. ;) 

Nyummm... memang saedap sotong goreng telur asin kat sini... Alhamdulillah.. :)


Our Lunch...

Gong Xi2..

here I am... :)

Sunday 26 January 2014

Guilin - Day 4

21 Januari 2014  (Selasa)

Malam tadi me tak dapat tidur lena kerana cuaca ya rabbi... sejuk sangat sampai rasa tulang tu dah nak frosting... :'(   Dan mengenangkan hari ni dah nak balik me hepi sangat-sangat.. bukan mengada tapi me rasa badan me ni tak sesuai untuk berada di tempat yang sangat-sangat sejuk... ;) 

Me pepagi lagi dah mengerjakan strawberi yang me beli kat pasar malam.. dicicah pulak dengan Nutella umphhh.. memang delicious... :)


Strawberry...

Check out...
Kami check out jam 7.30am dan Lyz datang nak bawa kami breakfast sebelum ke airport...

Bye2...

Motosikal Lyz yang telah banyak berjasa...



Kedai Makan Halal ni bersebelahan dengan Masjid..

Owner kedai makan ni Imam Masjid Guilin..

Inilah Imam nyer... :)

Masjid Guilin...

Halal Restaurant..

Sudut dalam masjid..

Beratur untuk ambil order...

Lyz orderkan Wantan meat soup dan dumpling... Ermmm... memang sedap... Alhamdulillah.. :)


Wantan Meat Soup..

Dumplings..

Air Soya...

Chopsticks...

Taxi ke airport..

Ayah Lyz dah siap-siap book kan  teksi untuk kami ke airport dan jam 8.10am kami bergerak ke airport... terasa gembira sangat taktau kenapa... syukur atas pengalaman ini, amat mengajar saya erti kehidupan.. :)

Mineral Water..
Alhamdulillah jam 935am sampai airport dengan tambang teksi sebanyak 100 yuen. Masa kat pintu masuk airport memang sejuk sehingga bercakap keluar asap... hahaha.. me amatlah jakun.. ;)

Sebelum boarding jangan lupa isi borang departure ye untuk pengesahan imigresen nanti... 


Bersedia untuk berlepas...

Peace... :)

Baca paper ye Mira... ;)


Jam 10.50am kami terbang balik ke malaysia dan sekali lagi Allah swt mengurniakan kejutan buat kami... jeng jeng jeng... Alhamdulillah kami dipelawa duduk kat red hot seat... yeayyyy!!! Syukur alhamdulillah.. memang sedaplah dapat melunjurkan kaki... ;)

Alhamdulillah jam 2.50pm kami selamat tiba di Malaysia.. Terima Kasih Allah swt, Terima Kasih Zaidah dan Mira atas pengalaman mengembara ke bumi Allah ni... Semoga kita diberikan lagi peluang oleh Allah swt untuk menerokai bumiNya lagi... Amin.

Saturday 25 January 2014

Guilin - Day 3

20 Januari 2014  ( Isnin )


Solat subuh jam 4.30am disini memang mencabar... bertarung dengan cuaca sejuk, memang menguji level keimanan untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah swt... Syukur saya tak terpedaya... Alhamdulillah... ;)

Jam 9.15am kami bertolak ke Guilin Yao Mountain naik teksi. Tambang teksi adalah 80yuen untuk return trip.

Me & Mira..

A Lady Taxi Driver

Tiket masuk ke Yao Mountain ni bernilai 140 yuen seorang. Yao Mountain ni terletak di East of Guilin, 12km dari downtown dan peak yang tertinggi adalah 903.3 meter tinggi dan ia merupakan yang tertinggi di Guilin. 

Guilin Yao Mountain ni mendapat nama dari Yao Emperor Temple yang dibina diatas gunung pada zaman pemerintahan Dinasti Tang. Yang menariknya di Yao Mountain ni, setiap musim menggambarkan pemandangan yang berbeza. Bila musim Spring, bunga - bunga Azalea akan berkembang mekar merata, pada musim Summer, pokok-pokok buluh dan daun menghijau, musim Autumn akan kelihatan penuh kemerahan dengan red maples yang berguguran daunnya kelihatan umpama Yao Mountain ni sedang terbakar... Apabila tiba musim salji, saljinya transparent seperti pure crystal dipuncak gunung... MasyaAllah, begitu hebat ciptaan Allah swt...


Cable Car

Menaiki Yao Mountain ni adalah dengan Cable Car dan masa turun boleh pilih nak turun terus dengan Cable Car atau dipertengahan boleh turun dengan slider.... haaa... menarik bukan???  ;)

Cable Car ni diimport dari Dopplelmatry Cable Car Co. Austria. Ianya berukurun 1,416.18meter panjang dari bawah hingga ke puncak. Apabila menaiki cable car ini kita akan dapat melihat panorama keseluruhan bandar Guilin... menarik bukan???


Siapakah mereka???
Alhamdulillah... sampai juga saya ke puncak dan memang cantik pemandangan kat puncak ni ditambah dengan cuaca yang sejuk giler.. 

Kat atas ni adalah beberapa tempat menarik yang boleh dilawati umpamanya Yao Temple, White Deer Temple, Jade Breast Pond ngan Tianci Field. 

Pintu Keluar...

Map Yao Mountain


Peringatan...

Pemanandangan Indah...

Penunjuk Arah...

Skodeng apa tu???  ;)


I'm here!!

Temple..

Beli apa tu Mira??

Kat sini sempat lagi kami bershopping.. saya pun ambil kesempatan beli tshirt budak 20yuen sepasang untuk sapa lagi kalau bukan untuk si Mayya dan beli ikat leher silk yang berharga 30yuen sehelai.. memang murah... ;) 

apalah tu???  ;)

Slider... yeeehhhaaa!!!

Ok, sekejap je kami kat atas tu so turun bawah naik cable car sampai tengah then naik slider sampai bawah.. memang puashati.. Mula - mula rasa gerun gak tapi dah alang - alang, enjoy jela kan.. Once in a lifetime gitu... ;)

Kereta Kebal..

Yao Mountain..

Klasik...


Reed Flute Cave

 Jam 11.50pm kami ke Reed Flute Cave dengan menaiki teksi yang sama. Ok, saya nak cerita sedikit tentang Red Flute Cave ni, ia merupakan scenic spot yang famous kat Guilin ni kenapa?? sebabnya ia menawarkan magic fairyland of stalactites, stalagmites, stone columns dan flowers in fantastic shapes & colours dan dalam masa yang sama kita appreciate landscape dan rural scenery all glistering in colourful lights. Gua ini adalah sepanjang 240meter...

Jom, apalagi kita tengok gambar-gambar yang saya ambil....

menaiki tangga masuk ke gua..

penunjuk arah...

cantik tanglung...


Welcome to Reed Flute Cave..










I'm here...


macam dunia dalam gua...

menakjubkan..


MasyaAllah...




We are here!!


cantik pokok ni...

ehem2...

Alhamdulillah... memang takjub melihat kebesaran Yang Esa, Maha Pencipta... inilah diantara kebesaranNya... Jam 2.15pm kami tunggu bas balik nak balik ke hotel. Kami naik bas no 3 dengan bayaran 1 yuen aje...


Bas No 3...

Kami tiba di hotel jam 2.45pm terlepas jalan sket so kenalah kami jalan kaki sikit untuk ke hotel. Bersihkan diri, solat dan berehat sebab jam 3.30pm Lyz sampai dan bawa ke halal restoran yg dimiliki masyarakat Muslim di Guilin. 

Nak recall tentang Lyz ni... Kalau baca Day 1 kat Guilin ni ada saya bagitau yang kami sempat berkenalan ngan Lyz ni dalam flight.. So harini dengan berbesar hati Lyz membawa kami bersiar-siar dikawasan Guilin City... Alhamdulillah... best bila ada translator nih.... Terima Kasih Allah atas bantuanMu kepada kami... :)


Lyz & Zai



Sekolah Kanak-kanak...

Halal Restaurant dibawah..

Islamic Hotel diatas...

Surau wanita...


Jom masuk...

ala2 dodol kat malaysia..

Lampu dinding... antik!!

ambil order..


menu... tak paham!!!

ni macam ayam kari...

ni ikan sungai masak asam..

sayuran..

mee makan ngan sayur...

ni daging ngan bebola tepung...

Jemput makan...

Yummyyy...

Sup buluh... ngeeee

nasi...

Setelah 3 hari kembara dibumi Guilin akhirnya dapat juga kami makan besar dan paling utama dapat merasai Nasi di Guilin... semua yang kami makan ni berharga 247yuen.. Alhamdulillah.

Kedai halal..



Biskut...

Pelbagai warna dan rasa biskut ni...
Selepas itu kami berjalan kaki ke Elephant Trunk Hill yang merupakan simbol Guilin City.. Ianya dilihat umpama gajah sedang minum air dan disini jugalah pertemuan antara Li River dengan Peach Blossom River. unikkan?

Elephant Trunk Hill

Cak!!



Ini pula adalah Two River & Four Lakes. Mari saya cite serba sikit tang 2 sungai dan 4 tasik ni :

  1. Li River adalah sepanjang 83km dari Guilin ke Yangshuo yang dihiasi dengan rolling hills, steep cliffs, fantastic caves, leisurely boats & lined bamboos... memang cantik, menyelusuri Li River ni umpama mendengar simfoni musik yang sangat-sangat menenangkan fikiran...
  2. Peach Blossom River pulak merentangi western part of the town. Suasana amat tenang serta pemandangannya amat cantik sekali. Masa Spring akan keluarlah Peach Blossom dan Red Leaves pula semasa Autumn.
Ok, ni pulak kisah 4 tasik :
  1. Ronghu Lake (Banyan Lake) terletak di tengah Guilin, surface nya sangat smooth like a mirror shinning the ancient city.
  2. Shahu Lake (Fir Lake) pulak menjadi pilihan selebriti sejak dari zaman pemerintahan Dinasti Ming dan Qing dimana ramai diantara selebriti yang membina rumah diantara Banyan Lake dan Fir Lake kerana keindahan tasik-tasik ini...
  3. Guihu Lake (Osmanthus Lake) yang cantik pemandangannya di malam hari. Ia merupakan tasik yang tercantik sekali.
  4. Mulong Lake (Wood Dragon Lake) dibina sebagai taman tema yang bercirikan stail Dinasti Song.


Two River & Four Lakes..


Selepas tu kami naik tuk tuk ke Seven Star Park. Tambang tuk tuk adalah 10yuen.

dalam tuk - tuk...

Seven Star Park..
Kami tiba kat sini dah malam dan gelap so tak dapatlah nak explore tempat ni. Serba sedikit yang menarik kat Seven Star Park ni ia merupakan the biggest park (134 hektar) with the best natural environment di Guilin. Kat sini ada Flowers Bridge, Camel Hill, Seven Star Cave dan lain-lain lagi.

Flowers Bridge ni adalah pintu masuk utama ke Seven Star Park ni dan ianya mula-mula dibina pada zaman Dinasti Song dan dibaikpulih pada zaman Dinasti Ming. Kenapa namanya Flowers Bridge?? kerana... pada zaman dahulu bridge ni dikelilingi dengan wild flaming flowers pada musim spring tapi ianya makin berkurangan semenjak Dinasti Qing dan kini bunga tu terus pupus dan hanya tinggal sejarah...

klasik...

tulis apa tu ye??


Bagi ikan minum susu botol.. Anyone?? ;)




Seven Star Cave ni merupakan extensive limestone cave complex di dalam Seven Star Park. Namanya diperoleh dari the main karst limestone peaks roughly resemble the stars of the big dipper constellation. Seven Star Cave ni mula diterokai sejak zaman Dinasti Tang kira-kira 1,300 tahun dahulu...Semasa zaman Jepun dahulu dalam perang dunia kedua, di cave complex inilah rakyat Guilin took their refuge..

Oleh sebab dah gelap sangat tempat ni jadinya kami pun naik bas no 11 ke Tasik Kristal. Bayaran untuk tambang bas double decker ni hanyalah 1 yuen. ;)

Bas No 11

Pizza Hut

Kedai Halal...

Inilah dia Tasik Kristal... SubhanaAllah amat cantik dan telah diiktiraf dunia sebagai Venice of Asia. :)

Red Crystal Bridge 

Pink Crystal Bridge..

Cantik!!

Memori...

Me & Mira..

Pintu lama...

cantik..

saya tak reti baca... huwaaa!!!

cantik..

Library..

jambatan apa ni?? cepat jawab!!

ni pulak???

ni???

rumah minang pun ada...

tai chi..

taichi..

naik jambatan dari zaman dahulu ke zaman kini...

let's Tango..

Zai & Mira...

apa tu??

Selesai menyaksikan keindahan malam di Guilin, kami pun berjalan kaki balik ke hotel... ooopppsss lalu pulak kat pasar malam so apalagi jom singgah....  ;) Beli sedikit ole-ole untuk dibawa pulang.. Pashmina sutera  4 helai 100 yuen, fridge magnet 10 keping 30 yuen dan beg sulam tangan penuh 80 yuen. Alhamdulillah...  :)

Pasar Malam ni dibuka dari jam 6.20pm hingga 2am..

Shopping...

Nak pos surat???

Welcome..

Buah-buahan...

Strawberry...

meriah...

yang mana satu.. pilihan kalbu.. ;)

Alhamdulillah sampai hotel jam 9malam.. Terasa letih dan amat sejuk.. packing barang siap-siap sebelum tidur sebabnya esok awal-awal lagi dah nak gerak ke airport.

Terima kasih kepada Lyz yang sudi membawa kami bersiar-siar di Guilin. Terima Kasih padaMu Allah swt kerana mendatangkan orang yang baik-baik bagi membantu kami disini... Syukur... :)