Total Pageviews


Tuesday 6 August 2013

Majlis Iftar Bersama Anak - Anak Pusat Jagaan Kasih Illahi.

25 Ramadhan 1434H memberikan saya seribu makna... Alhamdulillah akhirnya usaha kecil saya dan rakan2 FB menjadi realiti... Tiada kata yang dapat mengungkapkan perasaan saya untuk menzahirkan apa yang telah saya rasai dan pengalaman ini memberi sejuta makna kepada saya...

Majlis Iftar bersama anak - anak di Pusat Jagaan Kasih Illahi telah berjaya disempurnakan. Kami tiba jam 6.30pm disambut gembira dengan 40 orang anak - anak disitu.. Kami bahagikan mereka kepada 4 buah kumpulan dan Kak Aidah, Dja dan Ea menjadi ketua kepada setiap kumpulan. Masing - masing diberikan art sand untuk mereka zahirkan kreativiti masing - masing... Betapa seronok menyaksikan anak - anak ini khusyuk dengan art sand mereka.. tergambar wajah - wajah penuh kesabaran setiap ketua kumpulan melayan kerenah anak - anak ini.. ;)














Tepat jam 7.20pm kami mula mengemas dan bersedia untuk berbuka puasa bersama - sama. Alhamdulillah tergambar wajah keriangan mereka tak sabar nak menjamu selera.. syukur atas rezeki hari ini... :)



















Alhamdulillah.. kenyang perut senang hati ye adik2... ?? ;) bersedia untuk bersolat maghrib dan isyak... Kami sampaikan 18 pasang telekung keluaran Alim Comels sumbangan dari rakan2 FB sekalian kepada anak-anak ini... Waahhh tergambar wajah keriangan tengok telekung pink ni... masa pakai tu ade yang kata ni telekung pergi umrah... terpegun saya mendengar kata2 yang keluar dari mulut ahli2 syurga ini.. Betapa bijaknye anak2 ini sampai boleh membezakan telekung biasa dengan telekung yang benar2 menutup aurat.. (sebab ada kain lapik dagu tu...) Sedih je muka anak2 lelaki sebab hanya budak perempuan yang dapat telekung ini.. InshaaAllah ye anak2 lelaki... tahun depan kami bagi jubah lelaki pulak... Amin...






Selesai solat kami beramai - ramai mendengar cerita kisah 1000 malam - Lailatul Qadar oleh Mama Ella.. :) Alhamdulillah sungguh terang hati anak - anak ini, khusyuk mereka mendengar kisah pengajaran dari cerita ini.. 

"Ya Allah, kau berikanlah anak - anak ini ilmu yang bermanfaat.. terangkanlah hati mereka Ya Allah, wahai Tuhan kami.. Sesungguhnya anak - anak inilah yang akan mewarisi negara kami pada masa hadapan Ya Allah... pimpinlah mereka Ya Allah... Terima Kasih Ya Allah..." - Amin.












Alhamdulillah... aktiviti bersama anak - anak ini telah berakhir... Sudah semakin malam dan walaupun anak - anak ini terlihat kepenatan di wajah mereka tapi mereka tetap excited untuk mendengar arahan kami dan sebagai penutup majlis kami sajikan mereka dengan pencuci mulut - aiskrim Paddle Pop... haaaa.... sukalah anak - anak nie... # jangan kata budak - budak je yang suka aiskrim, orang tua pun suke jugak.. hahaha..



Sambil - sambil makan aiskrim kami sampaikan hadiah kepada anak - anak ini.. Hadiah pensil warna 24 batang kepada setiap 4 kumpulan tadi.. Moga - moga mereka dapat mewarna bersama - sama agar kreativiti mereka dapat dilakarkan di kertas putih melalui warna - warna yang mereka sukai... :)










Untuk pengetahuan... 21 tahun yang lepas bermula hidup saya sebagai anak yatim... Seusia 12 tahun ayah pergi meninggalkan saya kerana serangan jantung. Ketika arwah ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir saya tiada disisi arwah.. ketika itu saya sedang bersekolah. Jiran belakang rumah kami, Uncle Ramasamy datang ke sekolah menjemput saya pulang.. beliau hanya menyatakan saya perlu segera balik sebab ayah saya sakit.. Dalam kereta memang sunyi, Uncle Ramasamy tak cakap sepatah pun hanya menderu laju membawa saya balik ke rumah.. Tapi dalam hati saya pelik, kenapa tak ke hospital??? Dan keraguan hati saya memang tepat pabila lorong ke rumah saya telah penuh dengan kenderaan dan apabila saya sampai di pintu rumah memang ramai orang dan saya nampak tubuh ayah saya terbaring kaku diselimuti kain batik lepas... Saya pengsan dan cikgu nora sempat menyambut tubuh saya... Allahuakbar...

Tidak mudah menjadi anak yatim dan dalam masa yang sama emak saya pun sudah uzur... seringkali masuk dan keluar hospital. Dirumah saya juga tinggal bersama abang saya, Bang Din yang menghidap tekanan jiwa... Alhamdulillah, Allah swt menjaga saya, melindungi saya hingga kini... Apa yang telah saya alami menjadikan saya KUAT untuk menempuhi kehidupan ini... Setiap ujian dan rintangan saya lalui dengan keyakinan yang utuh bahawa Allah swt dan malaikat menjaga saya.. Ustazah seringkali pahatkan kepada saya bahawa saya istimewa kerana pandangan Allah kepada anak - anak yatim tidak terpaling walau sesaat.. Dengan keyakinan itulah saya tidak berani dan tidak terfikir pun untuk membuat kejahatan... Tetapi siapalah saya dari pandangan manusia bukan??? Tak mengapa, niat saya hanya Allah swt yang tahu.. padaNya saya mohon keampunan...

Buat rakan2 semua terutama rakan2 FB saya, terima kasih atas sumbangan kalian (Setakat hari ini telah terkumpul RM4,095.00 )... Jasa kalian amat besar nilainya pada anak2 ini.. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membantunya. Semoga Allah berikan kita kekuatan dan sokongan diantara kita untuk meneruskan usaha murni ini agar ia menjadi tradisi tahunan kita. Syukran Ya Allah... Terima Kasih tak terhingga buat semua..

Jazakallah....

1 comment: