Total Pageviews


Thursday 9 February 2012

Z Score

Semalam saya diberi peluang selama sejam untuk menyampaikan presentation berkenaan dengan Z-Score company saya bekerja di Mesyuarat Kewangan Holding. Peluang ini saya sambut dan Alhamdulillah saya amat seronok dapat berkongsi sedikit ilmu dengan rakan-rakan seperjuangan saya.

Sesiapa yang berminat dengan Z-Score ni bolehlah google sebentar di link ini : http://www.creditguru.com/CalcAltZ.shtml

Ini adalah sedikit kisah yang ingin saya kongsikan bersama sepanjang 7 tahun hidup saya bergelumang dalam bidang perakaunan ini. Saya bermula dengan company yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Ramai yang tak berminat nak sertai company ni... Permulaan saya sebagai pekerja clerical menjadi kerani dan Eksekutif. Selepas 3 tahun bekerja sebagai eksekutif sambil membuat kerja-kerja pengurus akhirnya saya dinaikkan pangkat sebagai pengurus sewaktu usia 29 tahun. Alhamdulillah, rezeki kenaikan pangkat ini dari Allah swt dan saya tak pernah merungut kerana walau digelar Pengurus tapi gaji yang ditawarkan tidak memerlukan saya membayar cukai. ;) Niat saya ikhlas bekerja menambah pengalaman untuk mendapatkan rezeki yang halal dan berkat. Saya tak pernah malu menjawat jawatan rendah dengan degree ditangan kerana bagi saya pengalaman itu lebih penting dan sekarang bila saya di atas saya tahu proses kerja dari A hingga Z. Allah memang telah memperkenankan doa saya tanpa saya sedari. Inilah pengalaman yang tiada nilai boleh membelinya... :)

6 tahun yang lepas company ini duduk dalam kad kredit (maknanya hidup dengan kemudahan overdraf). Sepanjang pengajian saya disekolah dan universiti saya tak pernah tengok akaun bank yang negatif dan kini Allah swt beri saya ilmu praktikal yang tidak saya perolehi sepanjang pengajian saya. Menggelabah itulah saya buat pertama kali bila scanning akaun company ini... Debtors RM7k, creditors masyaAllah jangan tanya berapa dan kes-kes saman yang menunggu penghakiman di mahkamah. Saya tak putus asa walau selepas 2 minggu bekerja di company ini saya diserang demam campak!! terkejut mungkin... ;) Tapi saya pegang satu aje, Allah Maha Besar dan Allah akan membantu saya. Setiap hari saya pulang antara jam 11malam ke 1pagi dan keluar bekerja semula jam 6.30pagi, 7 hari seminggu.... Saya seronok bekerja dan dengan sabar menyusun kembali akaun company ini dan alhamdulillah GM saya mempercayai saya, nasihat serta pandangan saya yang mana difikirkan sesuai diikuti syarikat.

Alhamdulillah, hari ini debtors hanya tinggal 0.7j dan company ini tidak lagi duduk dalam pengaruh kad kredit dan cash nye melebihi 1j. Syukur tak terkata buat Allah swt yang telah membantu dan mendengar rasa hati staff2 di company ini sehingga buat pertama kali selepas 5tahun mereka dilimpahkan rezki oleh Allah swt dengan bonus 1 bulan gaji.

Masih belum dalam keadaan selesa tapi saya memikul amanah dan tanggungjawab yang Allah swt berikan pada saya untuk bersama company ini kembali ke zaman kegemilangannya. Moga Allah swt restui apa yang telah saya lakukan dan akan saya lakukan kelak. Mohon saya agar Allah swt membimbing dan sentiasa memberi hidayahnya buat kami di company ini kerana jatuh bangunnya company ini bukan kerana seorang tetapi kerana kesemua staffnya. WORK AS A TEAM.  :)

Itulah sedikit sebanyak apa yang telah saya kongsikan dalam slot sejam saya semalam dan antara kunci kejayaan ini adalah scanning yang di buat mengikut analisis Z-score berkenaan yang diperkenalkan oleh Yang Berbahagia Dato' semasa beliau menjadi ALP di company ini. Saya amat berterima kasih pada Allah swt dan juga kepada Yang Berbahagia Dato' kerana memberi saya peluang berucap dan menghargai usaha saya selama ini. Sesungguhnya yang Baik itu datangnya dari Allah swt dan segala Kekurangan itu atas khilaf saya sendiri. Semoga kita sentiasa sabar dan berintegriti dalam bekerja. (*v*) 

Sebelum saya sudahi entri saya hari ini, sama2 lah kita hayati terjemahan Surah Al-Intifar ini dari ayat 1 hingga ayat 19.

Terjemahan Surah Al-Infitar :

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
1.Apabila langit terbelah,
2.dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan,
3.dan apabila lautan dijadikan meluap,
4.dan apabila kuburan-kuburan dibongkar,
5.(maka) setiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan yang dilalaikan(nya).
6.Wahai manusia! Apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pengasih.
7.Yang telah menciptakanmu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang.
8.dalam bentuk apa saja yang dikehendaki, Dia menyusun tubuhmu.
9.Sekali-kali jangan begitu! Bahkan kamu mendustakan hari pembalasan.
10.Dan sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu),
11.Yang mulia (disisi Allah) dan yang mencatat (perbuatanmu),
12.Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.
13.Sesungguhnya orang-orang yang berbakti benar-benar berada dalam (syurga yang penuh) kenikmatan,
14.dan sesungguhnya orang-orang yang durhaka benar-benar berada dalam neraka.
15.Mereka masuk ke dalamnya pada hari pembalasan.
16.Dan mereka tidak mungkin keluar dari neraka itu.
17.Dan tahukah kamu apakah hari pembalasan itu?
18.Sekali lagi, tahukah kamu apakah hari pembalasan itu?
19.(Yaitu) pada hari (ketika) seseorang sama sekali tidak berdaya (menolong) orang lain. Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah.

No comments:

Post a Comment