Total Pageviews


Sunday 19 February 2012

Manisnya Dugaan Kehidupan....

Usai tazkirah jumaat dengan tajuk 'Hijrah Qalbiah', CEO mengambil kesempatan untuk mengupas tajuk tazkirah mengikut penelitian beliau sepanjang hampir 4 bulan bersama kami, kakitangan syarikatnya.. Hati saya cukup meresap mendengar satu demi satu teguran yang meniti dibibir beliau. Diantaranya ialah :-
1. Jam telah 8.30am tetapi masih ade lagi yang dok minum kat kedai mamak sebelah opis.
2.Adanya jurang diantara jabatan
3.Wujudnya sikap mengambil kesempatan diatas kebaikan ketua jabatan
4.Sakit bukan alasan untuk menunaikan ibadah kepada Allah swt

Teguran ke4 itulah yang paling saya tertarik. Menurut CEO, kisah benar ini terjadi pada dirinya dimana beliau sakit lutut tapi beliau tetap pergi solat Jumaat. Saat duduk antara dua sujud terasa amat sakit dan apabila beliau hendak bangkit untuk meneruskan solat kaki beliau dibahagian lutut amat sakit dan kekuatan datang bila nampak pakcik tua disebelah mampu bangun dan beliau terasa malu pada diri. Alhamdulillah, kerana cabaran itu, beliau berupaya bangun dan meneruskan solat. Dari kisah itulah beliau menegur kami dengan mengatakan bahawa semuanya atas niat dan akal kita. Dari niat yang ikhlas dan demi Allah, semuanya akan Allah permudahkan. InsyaAllah... :)

Betul seperti kata CEO saya itu dan saya juga buat pertama kali dipertemukan Allah swt dengan lelaki budiman. Sebenarnya saya dah kenal 'mamat' ni hampir 5 tahun dan buat pertama kalinya saya dapat bekerja sama dengan beliau selama 8jam. Apa yang saya perhatikan, bila saja beliau mendengar azan dilaungkan, beliau akan serta merta berhenti dan bangun mengambil whuduk untuk solat berjemaah. Amat bertuah ibu yang melahirkan beliau, bertuah sang isteri memiliki suami sepertinya dan bersyukurlah anak-anak beliau yang memilikinya sebagai Ayah. :) saya juga bertuah kerana Allah memberikan rakan kerja yang baik kepada saya.. Teringat sewaktu berdoa di Baitullah tahun lepas. semoga Allah kurniakan saya dengan kawan-kawan yang baik serta beriman...

Minggu ini juga Allah kabulkan hajat saya. Penantian saya berakhir dengan petunjuk dariNya. Syukur pada Allah swt atas rahmatnya. Selepas ini tujuan dan matlamat hidup saya semakin jelas dan fokus telah berubah. Doa saya moga Allah lindungi dia dan bimbinglah dia agar dia menjadi hamba Allah yang beriman dan bertakwa. Pengakhiran hidup itulah penentu segalanya. Barang yang lepas usahlah dikenang, dijadikan iktibar dan pengalaman yang mematangkan diri. Hanya keimanan penentu segala-galanya. Pandangan manusia itu penting tetapi siapa kita dimata Allah itu yang lebih penting dari pandangan manusia. Jom audit diri dan jadilah yang terbaik dimata Allah... Amin.

No comments:

Post a Comment