Total Pageviews


Showing posts with label Stories of me. Show all posts
Showing posts with label Stories of me. Show all posts

Wednesday, 22 May 2013

Alhamdulillah


Mama dan mayya ~ syukur Alhamdulillah..

Syukur saya dan mayya berpeluang menjadi tetamu Allah... Setelah setahun lebih berdoa, Allah swt telah mengkabulkan doa saya dengan cepatnya. Nikmat Allah yang manakah lagi yang saya dustakan?? MasyaAllah, saya mohon hidayah dan keimanan dari Allah.

Umrah kali ini amat istimewa dan menyimpan kenangan yang takkan dapat dibeli dengan wang ringgit. Apa yang akan saya kongsikan adalah saat terindah yang saya rasakan dan selebihnya akan saya simpan dalam hati dibawa mati... :)

Pemergian kali ini memang hebat dugaannya, mulai dengan Mahram, Visa tak keluar, jatuh tangga, mutawwif yang buat hal sendiri, flight delay semuanya berjaya ditempuhi dengan hati terbuka dan berserah sepenuhnya kepada Allah swt. Syukur ianya meninggalkan 1001 memori buat saya dan mayya. 

Tips yang ingin saya kongsikan bersama jika membawa anak kecil :
1. Pastikan bawa ubat bersama. (dari Malaysia)
2. Baju anak letak beberapa helai dalam beg hand luggage.
3. Di Saudi, pastikan anak banyak minum air putih (air suam).
4. Tak perlu tergesa-gesa membuat umrah tetapi ikutlah keselesaan anak dan hasilnya umrah yang akan dibuat amat indah ibadahnya.
5. Jika anak meninggalkan saf sewaktu kita sedang solat jemaah di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi - Jangan Panik! Biarkan dan serahkan saja anak dalam jagaan Allah. Selesai solat terus buat solat taubat dan mohon bertemu semula dengan anak. (Alhamdulillah sangat berhasil untuk saya).
6. Pakaikan anak dengan pampers dan bawa spare dalam beg bersama 2 pasang pakaian dan plastik beg. - manatau tembus dan perlu pakaian ganti. Baju yang dah kena air kencing tu basuh dan perah simpan dalam plastik beg baru masuk dalam beg.
7. Sewa kerusi roda untuk saat kecemasan kalau anak dah penat dan mak tak larat nak dukung... :)
8. Bagi anak-anak yang tak boleh bersesak-sesak dan tak boleh berpanas, standby sedikit air zam-zam dalam botol ketika tawaf dan bolehla basahkan kepala anak jika anak dah meragam akibat kepanasan.

Mengerjakan umrah bersama Mayya bukanlah semudah yang dijangkakan tetapi bagi saya itu bukan halangan. Saya yakin Allah ada bersama saya dan akan membantu saya setiap masa. Masa bercadang nak pergi, ada kawan yang 'kondem' kata Mayya akan menganggu ibadah saya tapi saya amat berterima kasih pada Kak Ja yang banyak memberikan saya kata-kata semangat dan Alhamdulillah segalanya saya berjaya lalui bersama Mayya dengan izin Allah jua... 

Apa yang dapat saya rasakan Umrah kali ini amat berbeza dengan Umrah saya pada tahun 2011, kali ini dengan adanya anak, semua orang memudahkan proses Umrah saya ini. Bayangkan pak Arab yang muka serius akan tersenyum dan menegur mayya.. MasyaAllah, manis sungguh mereka bila tersenyum. Mayya lah paling untung kerana banyak dapat gula-gula. Orang Arab memang mengasihi kanak-kanak, itulah yang saya kagumi.

Saya kalau boleh nak seru sangat masyarakat kita untuk mengubah paradigma mereka. Apa yang saya tulis ini adalah kejadiaan yang menimpa saya dan saya harap sangat masyarakat kita dapat berubah mencontohi akhlak Nabi saw yang menyayangi kanak-kanak. Kisahnya saya bawa mayya sembahyang hari raya aidilfitri, ketika itu umurnya 3 tahun lebih. Okla, sebelum solat jemaah tu mood dia baik sangat tapi bila saya dah mula solat nak masuk rakaat kedua dia mula menangis dengan kuat tanpa henti sehinggalah habis solat. Lepas tu semua pandang saya dan buat muka, ada sorang tu siap cakap lagi dah tau anak menangis buat apa datang masjid, berdosa engkau sebab buat semua orang tak khusyuk solat. MasyaAllah sedihnya saya dengar orang tu cakap begitu. Saya just senyum dan minta ampun kat Allah kalau betullah cakap makcik tu moga Allah maafkan saya dan terima sembahyang diaorang tu semua.. Itu kisah setahun yang lepas dan semasa saya di Masjidil Haram, saya lihat anak-anak ini semua berlari keriangan, ada yang menangis dan semua tetap solat dengan tenang, takde pun orang yang menegur 'anak engkau buat aku tak khusyuk solat, engkau dah berdosa'.... Itulah dia, dan bagi saya ini semua adalah proses saya belajar mematangkan diri dan ujian kecil untuk saya dalam usaha saya hendak menerapkan Aqidah dalam hidup Sumayyah.

Ayah Sumayyah pernah bertanya saya, 'awak nak bawa mayya dengar kursus umrah? dia kecik lagi, paham ke?' dengan ringkas saya menjawab 'InshaaAllah dengan izin Allah, tanggungjawab kita sebagai ibu bapa adalah untuk menjinakkan dia ke Masjid dan bersama dalam Majlis Ilmu'. Apa-apapun yang kita buat, Niatlah hanya untuk mendapat keredhaan Allah. InshaaAllah, Allah akan menjaga kita dan anak-anak kita. :)

Apa yang saya belajar dari Umrah kali ini adalah pergantungan total kepada Allah swt. Saya amat menghayati pengorbanan Siti Hajar dan saya belajar untuk BERDOA BERDOA BERDOA BERDOA dan terus BERDOA..... Bila kita bergantung hanya pada Allah dan patuh menjadi hambaNya seperti yang telah disyariatkan kita akan alami kemanisan dalam hidup kita.. Saya tak dapat nak terangkan dengan kata-kata kena sendiri yang alaminya baru tahu...

Saya sebenarnya dhaif beragama, perlu banyak perbaiki diri dan pertama kali dalam hidup saya, doa saya amat ringkas... sebenarnya saya rasa amat malu pada Allah dan rasa tak layak untuk meminta-minta kerana apa yang saya telah berikan kepadaNya amat sedikit dengan apa yang telah Dia berikan kepada saya... SubhanaAllah, Allahuakbar, Alhamdulillah... saya insafi diri dan moga saya akan jadi hambaNya yang beriman dan bertakwa..

Itu sahaja celoteh saya, harap yang membaca dapat manfaatnya. Inilah diantara kenangan abadi yang saya ingin kongsikan bersama. Semoga saya dan Mayya dapat kembali lagi ke Tanah Suci ini.. Amin.

ini TAG saya! ;)



Sebelum menaiki NAS Air ke Mekkah..


Abang tersayang di Bukit Marwah..

Intan dan Kak Long selesai umrah wajib bersama... :)

Sunday, 19 May 2013

Mayya di CIC Sporty Fruity Day




Ok, hari ni mama dan ayah dapat tengok mayya bersukan sempena CIC Sporty Fruity Day kat Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, KL. House team mayya adalah Strawberry (Red). haha.. seronoklah dia dapat warna kegemarannya... ;)

i'm strawberry fruity red!!

Sesampai je kat stadium mayya lah diantara yang paling awal, seronok beratur pakai tag nama... :)




Mayya dapat Game 3 - Twin Race tapi malangnye takde partner so cikgu masukkan dia dalam game yang lain untuk budak 4 years old. Okla atleast dapatlah mayya join main kan... :)

Dikesempatan ni jugak mama dan ayah dapat berkenalan dengan bestfren mayya kat school. Inilah dia Akmar Nasuha yang selalu disebut oleh mayya. Even kat Mekah aritupun mayya sempat mendoakan kesihatan bestfren nye nie.. Friendship Forever kay.. :)

mayya bersama Akmar Nasuha

Dan sempat juga bergambar dengan Nor Sumayah.. (nama pun sama kan.. ;) ) tengok tu, kasut pun sama.. :)

mayya bersama nor sumayah...

Mayya balik rumah dengan girangnya kerana dapat hadiah... :) InshaaAllah tahun depan kita sukan lagi ye Mayya.. :)

dapat hadiah...

Monday, 11 March 2013

Lari dari kesibukkan kota....

Kepala ini terasa berat sungguh akibat tuntutan pekerjaan, urusan kehidupan yang tidak berkesudahan ditambah jiwa yang meronta-ronta menuntut kedamaian..

Di FB pula, terpersona saya melihat pakej-pakej yang di tawarkan oleh Tanah Aina Farah Sofiyya... Apalagi, saya pun terus booking pakej 2 Hari 1 Malam - camp site.. :)

Saya, mayya dan dja sampai di TAFS jam 1.30pm dan disambut ceria oleh team TAFS. Suasana kedamaian didalam hutan beserta bunyi air sungai yang mengalir tidak terucap oleh perkataan. SubhanaAllah, Maha Besar Allah yang menciptakan kedamaian ini. Memang cantik.. Amat berbaloi dengan harga yang kami bayar.. Percutian dalam hutan setaraf hotel 5 bintang...

Tent kami amat besar siap dilengkapi kipas berdiri dan katil lagi.. :) best gitu.. Camp kami berdepan dengan sungai dan tempat solat belakang kami.. Ya Allah, terima kasih atas NikmatMu ini. Syukur!

besarkan tent nie? - amat selesa...

Oleh kerana hujan lebat, aktiviti yang telah diprogramkan untuk petang ini ditunda ke esok hari. Lepas makan malam bertemankan sungai yang mengalir.... Kami join Night Walk.. memang seronok pendakian ke puncak bukit sambil mendengar kicauan burung, bunyian unggas dan deruan air sungai yang mengalir amat mengasikkan.. Mayya pula sampai tertidur didukung oleh Team TAFS. Memang suasana yang mendamaikan abila tiba dipuncak dan melihat hutan rimba di bawah... MasyaAllah, bagaimanalah orang dulu kala hidup ye?

Balik ke tent jam telah hampir memasuki hari baru... Oooohhh... terasa tidak puas disini hanya semalaman.. Plan nak Morning Walk tak kesampaian kerana Mayya yang kepenatan tak larat nak bangun.. Takpelah simpan tenaga untuk Waterfall trekking pula.. :)

Wahhh... Waterfall trekking memang best.. Mayya masih didukung oleh team TAFS- thanks to them.. Memang bersyukurlah sudi mendukung mayya dan berikan kami layanan kelas pertama.. :) Akhirnya setelah hampir sejam berjalan dengan kudrat yang ada, kami nikmati suasana yang amat tenang dan indah di air terjun tersebut sambil menyaksikan Leap of Faith peserta yang turut sama.. Memang mengujakan... :)

pengalaman yang tak terucap dengan kata2... 


Makanan yang disediakan memang sedap dan kami terhibur.. Masa check out hati ini sedih sangat sebab hati tak puas berada di sini.. Pasti saya dan Mayya akan kembali lagi ke Tanah Aina Farah Sofiyya...

Saturday, 9 March 2013

Ulangtahun

Hari ini Anip menyambut hari kelahirannya... :) Semoga Anip menjadi anak soleh dan dirahmati Allah selalu... dan kebiasaanya mayya lah yang akan sibuk nak tiup lilin kek sekali.. tiap-tiap bulan besday mayya yerr... ;)

happie besday Anip !!

Monday, 4 March 2013

~ kelas pertahanan diri ~






Mayya seronok sangat dapat join kelas teakwando...  paling mencuit hati bila dia tanya kenapa kelas teakwando sekali aje seminggu, mayya nak gi teakwando hari - hari... Amboiiii... ;)

Kenapa perlu hantar anak ke kelas teakwando? 

Jawapan saya adalah untuk sang anak belajar seni pertahanan diri. Dunia sekarang ni sentiasa kena waspada. 'Prevention is better than cure'. Semoga kelas ini memberi manfaat kepada Mayya. :)

Tuesday, 26 February 2013

Selamat Hari Lahir Abang Kimi...

Bulan Februari datang lagi, bulan percintaan kata orang. Semestinya bulan ini akan kami raikan 3 hari berturut.. 23hb birthday busu, 24hb birthday kimi dan 25hb birthday kak ella. Tahun ni kak Awie meraikan birthday kimi kat rumah dan kimi memang seronok menyambutnya bersama kengkawan dan saudara terdekat...




Selamat Ulangtahun kelahiran yang ke 9 tahun kimi... busu doakan kimi menjadi anak yang soleh, pelembut dan penyejuk hati mama dan ayah... :)

Tuesday, 19 February 2013

Anak Mama dah besar?

Teacher  Su...

Alhamdulillah sejak akhir-akhir ni Mayya menunjukkan peningkatan yang baik dalam pelajarannya, lagi-lagi setelah Mayya ada "writing board" nya sendiri. Semakin hafal ABC dan mengeja dengan dua suku kata. Mayya pun makin rajin mengaji.

Semoga semangat mayya ni berkekalan dan mendapat ilmu yang bermanfaat daripada Allah SWT.   Go! Go! My Little Girl! :)

Saturday, 16 February 2013

My Lunch...



Dah lama saya nak g makan kat Sushi King ni tapi tiada kawan yang nak temankan saya makan so kerana dah teringin sangat saya pun gi lah makan sengsorang... Alhamdulillah, rupanya seronok gak makan sengsorang ni sebab masa yang ada hanya untuk kita sendiri. Nak kemana, nak cepat mana... Its all yours... ;)

Sunday, 10 February 2013

Moga ia kekal selamanya..



Lately ni mayya asyik nak bertudung... puaslah mama mencari tudung yang matching untuk baju mayya.. :) Semoga ianya kekal selamanya. Lihat mayya bertudung sejuk hati mama.. Alhamdulillah.

Monday, 4 February 2013

Treats for Cinta Hati Mama...



Mayya agak liat nak ke sekolah hari ini setelah lama bercuti sakit disambung dengan cuti panjang.. Abis dari sekolah mama bawa mayya makan aiskrim kesukaannya dan singgah di Toys 'r' us bangsar village... apelagi rambang mata lah mayya tengok toys disitu... dan mayya balik dengan senyum lebar kerana memperolehi hasil tangkapan yang tidak mendukacitakan... :)

p/s : masa abang ash tolong pasangkan, terdengar abg ash nasihatkan mayya.. 'kalau mayya tak sayang mama, xtaula la mayya... bertuah lah mayya..." ;)

Saturday, 2 February 2013

Ujian Sakit

Saya ingat lagi pesan Prof Dr Muhaya... Kalau kita tengah sakit tak perlulah post kat fb ke, cerita ngan orang ke tapi mengadulah pada Allah swt dan bergantung sepenuhnya kepada Allah yang satu. Alhamdulillah saya sakit mata 10 hari berjangkit dari Mayya. Sakit saya teruk berbanding mayya dan perlu refer ke pakar mata. Alhamdulillah Allah telah menyembuhkan saya dan saya berjaya harungi 10 hari tersebut dengan hanya bergantung kepercayaan saya dan berdoa padaNya.

Apa yang saya akan ingati dari pengalaman ini adalah dengan memetik kata-kata dari Doktor Pakar Mata ini pabila saya bertanya kepada beliau mengapa anak saya sakit tak teruk tapi saya teruk hingga terbit darah dalam mata? Doktor dengan penuh kasih dan sayang menerangkan kepada saya bahawa bagi anak kecil, apabila penyakit datang, badan mereka akan mengeluarkan antibodi secara semulajadi untuk merawat sakit tetapi bagi saya pula setelah beberapa hari menjaga anak yang sakit pada malam hari dan siangnya bekerja badan saya telah lemah dan tidak berupaya untuk melawan sakit.

Saya insafi diri dan makin menyedari kehebatan Allah. Allah memberikan kasih sayangnya kepada anak kecil yang tidak berdosa dan saya bersyukur dan amat percaya dengan keredhaan saya dan kesabaran saya menahan sakit akan gugurlah beberapa dosa saya dan mudah-mudahan saya beroleh rahmat daripadaNya. Amin...

Wednesday, 30 January 2013

Yang Terbaik hanya datang daripadaNya...

Alhamdulillah hari ini talah sempurna keputusan yang Maha Adil daripadaNya buat Sumayyah. Sebagai seorang ibu yang beragama Islam, saya sentiasa berdoa pada Allah agar keputusan yang bakal dibuat adalah berpihak kepada Sumayyah. Apa yang saya pelajari setiap manusia berbeza sifatnya dan hanya Allah yang paling mengenali hambaNya. Sebagai ibu saya mendoakan yang terbaik buat anak saya. Alhamdulillah saya redha dan saya tahu doa ibu itu mustajab dan kebahagiaan anak saya bergantung pada keikhlasan saya untuk berdoa kepadaNya.

Monday, 14 January 2013

33 tahun usia di syurga...




Alhamdulillah arini genap saya berusia 33 tahun. Syukur ke hadrat Allah kerana masih mengizinkan saya untuk bernafas dan merasa bahagia memiliki anak secomel mayya. :)

Tahun ni saya tak bercuti dan melancong di hari jadi sebab mayya ade date ngan ayah tapi kak renee dan hanim buat surprise ade jugak kek untuk saya. Tq guys... im heppie. So harini saya habiskan dengan memanjakan diri di CN Beauty... Berurut badan dan scrub coffee... memang best, sampai tertidur-tidur membiarkan badan dibelai dan dimanjakan... Sungguh menyegarkan!

Jumaat lepas opis sambut besday saya dan beberapa staf lagi yang besday nya pun bulan januari.. Kek Keju yang Kak Aideaa buat sendiri memang sedap... *nyum..nyum* 

Thank You Allah atas nikmatMu ini, semoga Aku sentiasa menjadi hambaMu yang bersyukur... Amin. :)

Tuesday, 8 January 2013

Tart Nenas



Inilah hasil percubaan saya yang pertama. Alhamdulillah menjadi. :) Semuanya saya buat sendiri dari penyediaan jem nenas dan tart juga. Yang pasti sampai se tupperware mayya makan dan masih nak lagi. Nanti ade free time mama buat lagi ye mayya.. ;) In shaa Allah.

Monday, 7 January 2013

Untuk Negara... :)


Arini pergi melawat Ea di kem latihan khidmat negara.. :) Alhamdulillah, tempatnya amat mendamaikan..

Buat Ea, selamat menjalani latihan...

pintu masuk

welcome..

smile...

our Wirawati Negara.. :)

Sunday, 6 January 2013

Layan Hobbits...

Arini saya dan anum gi tengok Hobbits kat MV. Memang best kisahnya penuh dengan pengajaran... Secara peribadi ramai yang kata cerita ni lama sangat dan ada part-part yang boring dan Alhamdulillah sepanjang 3 jam dalam panggung tu sedikitpun saya tak rasa bosan dan asyik menonton serta memahami jalan ceritanya. Endingnya bukanlah The End sebab cerita ni bersambung... misi mereka belum lagi terlaksana dan saya kenalah bersabar menunggu sambungan cerita ini... ;)

Lepas abis Hobbits kami pun ke Dubu-dubu Restoran... nak menikmati masakan Korea... dan hidangannya tidaklah mendukacitakan... Saya amat rindu Korea, harap dapat ke sana lagi... Amin.


Jom makan..



Menu yang pelbagai...

pilihan Anum..

Wednesday, 2 January 2013

Menyambut 2013

Tahun ni saya dan mayya ke rumah busu di Bukit Bangsar kerana nak bagi mayya tangok pemandangan KL disirami bunga api di malam sambutan Tahun Baru. Mayya sangat seronok dapat tengok bersama Erysa... Senyum aje tengok keletah mereka berdua ni.

Untuk 2013 ni saya tak menyimpan apa-apa Azam sebabnya azam tahun 2012 pun masih bayak yang perlu di carry forward ke tahun 2013. hihi... Apa-apapun saya mahu yang terbaik dan mohon pada Allah agar berikan keamanan pada Malaysia dan juga keluarga saya. Semoga kita semua sentiasa didalam pemeliharaan Allah swt... :)

Salam 2013 buat semua...

Tuesday, 1 January 2013

Layan Istanbul Aku Datang..

Atas permintaan ramai kat rumah, saya pun melangganlah filem Istanbul Aku Datang kat Astro First. So ramai-ramai lah kami menonton. Saya pun mengulang cerita ni sampai 3 kali. Saya suka lakonan Lisa Surihani dan juga Beto. Amat berkesan. Apa yang saya suka tang cerita ni ialah pengajarannya. Jika lelaki tu sayangkan kita dia takkan mengelak untuk meluahkan rasa sayangnya itu dan tiada alasan... ;) Apa yang difilemkan itu, ada sikit yang juga pernah saya alami. Paling best cerita ni amat santai.. tak memeningkan kepala saat menonton.. Syabas kepada para pelakon.. :)

Sambil-sambil tengok tu, Ea minta busu nye buatkan lempeng sambal ikan bilis cili padai.. haaa... bertambah-tambah si Ea dan Anip makannye.. ;)


Thursday, 27 December 2012

Cool kan diri...



Arini saya sorang-sorang keje kat opis (bahagian saya)... sayalah bos sayalah kuli... hihi... so saya 'cool'kan diri saya yang amat kepenatan ini dengan menikmati Baskin Robbins Double Scoop Regular yang amat sedap sekali... Nyum2... Jemput makan semua.. :)

p/s : gambar dua org princess kat wallpaper PC saya tu pun faktor yang buat saya rasa 'cool'... :) Alhamdulillah...

Tuesday, 25 December 2012

Mayya bersama kartun kucing kesayangannya..

"Mayya, kalau mayya 'behave' nanti mama bawa mayya jumpa hello kitty nak??? - pertanyaan saya dijawap dengan mata terbeliak dan mulut melopong si mayya... Hello kitty mama??? iye... NAK!!!!!"

haha, itulah dia mayya kesayangan kami sekeluarga, cukup excited kalau dengan Hello Kitty nya... so, balik Johor ni kami singgalah ke Sanrio Hello Kitty Town di JB yang baru dibuka... Apalagi, nilah hasilnye.. ;)


pintu masuk... wahhhh besarnye hello kitty... mayya dh excited!

cawan hello kitty... pusing laju2... *pening*


katil hello kitty... *comel*


bubuh jem kat biskut hello kitty..


masak-masak kat dapur hello kitty..



inilah hasil mewarna si mayya... *xcantiklah mama, itam...*


Cak!!! :)


biskut kakak Ea lawa... *jgn jeles*