Total Pageviews


Saturday 28 January 2012

~ Bersama Aliya ~

Kali ni, saya dan mayya bercuti bersama Aliya dan mamanya... Percutian ini disponser oleh mama Aliya... Tq Aju... :) Destinasi kami, Colmar Tropicale dan Kuala Gandah Elephant Orphanage Sanctuary.

Memulakan perjalanan ke Bukit Tinggi, Pahang terdengar suara riang Mayya dan Aliya di seat belakang.... Seronoknya budak2 ni nak pergi bercuti...


Suasana di Colmar Tropicale amat mendamaikan... terasa amat ringan kepala ini, hilang segala stress tambah2 lagi melayan kerenah budak berdua yang amat comel ini... hehe... Inilah aktiviti2 si mayya dan aliya di sini... tergambar wajah2 kegembiraan dan betapa excitednya mereka... haha!


Colmar Tropicale

Mayya & The Black Swan

Aliya - Horse Riding

Mayya seronok naik kuda... (maaf, kualiti gambar xmemuaskan)

Bambi.....

Membawa anak-anak kecil keluar dari kesibukkan kota demi mengenalkan mereka tentang alam.. mengenal binatang dan tumbuhan merupakan proses pembelajaran yang amat berkesan... hati amat puas menjawab segala persoalan si aliya yang amat celoteh bertanya... Si Mayya pula dgn sense nye ingin memegang sendiri bagi merasa fizikal si bambi dan si arnab tanpa rasa takut... Melihat mereka keriangan berlari, bermain dan gelak ketawa terasa lega dihati seorang ibu dapat menggembirakan si anak... :)

Keesokkan hari lepas check out kami ke Kuala Gandah di Lanchang, Pahang... Niat hati nak naik gajah malangnya kami kelewatan sesi menaiki gajah kerana jalan masuknya mengalami kesesakan dan by the time we reached the entrance the time is out... :( Walau terasa sedikit sedih tetapi hati redha... adalah hikmahNya yang tidak saya ketahui. Syukur juga sempat bawa mayya & aliya melihat gajah... Mayya memanggilnya "Baby Gajah" sehinggakan Mat Salleh kat situ pun tersenyum melihat wajah girang si mayya memanggil gajah datang dekat padanya... hehe..

ada rupa anak gajah ke? ;)

Thank You Allah swt atas kurniaanMu ini. Doa saya dan aju semoga kami dapat bersama2 lagi membawa si mayya dan aliya ke destinasi lain pula selepas ini. Amin... :)

No comments:

Post a Comment