Total Pageviews


Wednesday 4 January 2012

Upin & Ipin

"betul... betul... betul..." itulah bait-bait suara anak-anak kecil bila disebut Upin dan Ipin. Memang glamour kartun ni... dengan wajah yang comel dan lagak yang mencuit hati pasti kanak-kanak tak berkelip mata menonton dengan khusyuk..


Sempena dengan cuti sekolah bermula 26 November hingga 31 Disember 2011 yang lalu, Jejak Upin dan Ipin telah berlangsung di Muzium Negara. Kesempatan ini di ambil oleh kak Awie untuk membawa anak-anaknya serta mayya ke Muzium Negara... tq maklang bawa mayya jalan2... saaayyyyaaannnggg maklang.


Adik-adik takkan boring pergi jejak upin & ipin ni sebab ada showcase Upin & Ipin the musical. Amat menarik sekali tgk telatah mereka menyampaikan sketsa... mayya amat khusyuk menonton... ;) disamping itu, ada pameran replika sebenar rumah opah. Bolehla tgk bilik tidur upin & ipin serta tempat mereka belajar...

Untuk parents pun ade juga informasi tentang proses animasi, bagaimana terhasilnya kartun ini dari bermulanya proses A - Z. Semua ini boleh dilihat dan diterangkan diruangan proses animasi.

Sebelum balik, jangan lupa membeli barangan upin & ipin... Mayya sungguh baik hati... hanya minta dibelikan klip upin & ipin serta key chain upin & ipin... ;)

No comments:

Post a Comment