Total Pageviews


Thursday 5 January 2012

~ Selamat Hari Lahir Kak Long ~


"Ibu.... Ibu.... Engkaulah Ratu Hatiku...." 

Jasa kak long pada saya amat besar, tak mampu untuk saya membalasnya. Sejak dilahirkan hingga saya sendiri memiliki anak, kak long lah yang menjaga saya dengan penuh kasih dan sayang seorang ibu. Kini anak saya, Sumayyah pula dibela kak long. Terima Kasih kak long, semoga Allah swt membalas jasa baik kak long dengan syurgaNya kelak... :)

3 Januari 2012, genap 52 tahun usia kak long...Selama 32 tahun kak long menjaga saya tanpa keluh kesah. Azam saya selalu untuk membalas jasa kak long dan memberikan kehidupan yang baik untuknya. Tapi sejak akhir-akhir ini, terlalu runsing hidupnya kerana masalah yang melanda saya.

Kak Long, jangan risau... Adikmu ini amat berdikari. Adikmu ini amat menghormatimu dan tak mahu melihat kak long bersedih hati dan menangis kerana nasib adikmu ini. InsyaAllah, adikmu telah bangkit dan tidak akan berpaling lagi. Hidup perlu diteruskan dan Allah swt telah menjanjikan kebahagian dan ganjaran bagi hambaNya yang bersabar...

"I Love You...."

No comments:

Post a Comment