Total Pageviews


Sunday 22 January 2012

Bila niat disalahertikan.

Kisah ini mengenai keikhlasan hati.. sebagai hambaNya, hanya Dia yang tahu keikhlasan hati seseorang. Paling penting setiap tindakan dan perbuatan kita sehari-harian adalah kerana Allah swt. Apa yang telah berlaku hendaklah dijadikan iktibar. Kita audit diri kita sendiri. Jangan mencari kesalahan orang malah keaiban pihak yang satu lagi tetapi kita muhasabahlah diri sendiri, mencari kekurangan dan kelemahan diri sehingga terjadinya sesuatu perkara tersebut. InsyaAllah, segala kekusutan akan terlerai dan dengan sendirinya keredhaan itu hadir didalam diri.

Apa yang telah berlaku sejak akhir-akhir ini amat mematangkan diri sendiri... kisah dipejabat, kisah rumahtangga dan nilai persahabatan semuanya diduga Allah tanpa hentinya. Alhamdulillah, semakin diri ini diaudit semakin bersemangat rasanya ingin memperbetulkan diri. :)

Paling penting, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan apa yang telah terjadi ini menunjukkan kasih sayangnya yang tak terhingga buat diri ini. Biarlah niat saya disalahertikan tetapi Dia yang Maha Mengetahui. Bila hati redha, InsyaAllah suatu hari nanti niat suci itu akan dimengerti jua.... Bersangkabaiklah padaNya kerana dia Pencipta yang Amat Mengasihani HambaNya...

No comments:

Post a Comment