Total Pageviews


Wednesday 22 May 2013

Alhamdulillah


Mama dan mayya ~ syukur Alhamdulillah..

Syukur saya dan mayya berpeluang menjadi tetamu Allah... Setelah setahun lebih berdoa, Allah swt telah mengkabulkan doa saya dengan cepatnya. Nikmat Allah yang manakah lagi yang saya dustakan?? MasyaAllah, saya mohon hidayah dan keimanan dari Allah.

Umrah kali ini amat istimewa dan menyimpan kenangan yang takkan dapat dibeli dengan wang ringgit. Apa yang akan saya kongsikan adalah saat terindah yang saya rasakan dan selebihnya akan saya simpan dalam hati dibawa mati... :)

Pemergian kali ini memang hebat dugaannya, mulai dengan Mahram, Visa tak keluar, jatuh tangga, mutawwif yang buat hal sendiri, flight delay semuanya berjaya ditempuhi dengan hati terbuka dan berserah sepenuhnya kepada Allah swt. Syukur ianya meninggalkan 1001 memori buat saya dan mayya. 

Tips yang ingin saya kongsikan bersama jika membawa anak kecil :
1. Pastikan bawa ubat bersama. (dari Malaysia)
2. Baju anak letak beberapa helai dalam beg hand luggage.
3. Di Saudi, pastikan anak banyak minum air putih (air suam).
4. Tak perlu tergesa-gesa membuat umrah tetapi ikutlah keselesaan anak dan hasilnya umrah yang akan dibuat amat indah ibadahnya.
5. Jika anak meninggalkan saf sewaktu kita sedang solat jemaah di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi - Jangan Panik! Biarkan dan serahkan saja anak dalam jagaan Allah. Selesai solat terus buat solat taubat dan mohon bertemu semula dengan anak. (Alhamdulillah sangat berhasil untuk saya).
6. Pakaikan anak dengan pampers dan bawa spare dalam beg bersama 2 pasang pakaian dan plastik beg. - manatau tembus dan perlu pakaian ganti. Baju yang dah kena air kencing tu basuh dan perah simpan dalam plastik beg baru masuk dalam beg.
7. Sewa kerusi roda untuk saat kecemasan kalau anak dah penat dan mak tak larat nak dukung... :)
8. Bagi anak-anak yang tak boleh bersesak-sesak dan tak boleh berpanas, standby sedikit air zam-zam dalam botol ketika tawaf dan bolehla basahkan kepala anak jika anak dah meragam akibat kepanasan.

Mengerjakan umrah bersama Mayya bukanlah semudah yang dijangkakan tetapi bagi saya itu bukan halangan. Saya yakin Allah ada bersama saya dan akan membantu saya setiap masa. Masa bercadang nak pergi, ada kawan yang 'kondem' kata Mayya akan menganggu ibadah saya tapi saya amat berterima kasih pada Kak Ja yang banyak memberikan saya kata-kata semangat dan Alhamdulillah segalanya saya berjaya lalui bersama Mayya dengan izin Allah jua... 

Apa yang dapat saya rasakan Umrah kali ini amat berbeza dengan Umrah saya pada tahun 2011, kali ini dengan adanya anak, semua orang memudahkan proses Umrah saya ini. Bayangkan pak Arab yang muka serius akan tersenyum dan menegur mayya.. MasyaAllah, manis sungguh mereka bila tersenyum. Mayya lah paling untung kerana banyak dapat gula-gula. Orang Arab memang mengasihi kanak-kanak, itulah yang saya kagumi.

Saya kalau boleh nak seru sangat masyarakat kita untuk mengubah paradigma mereka. Apa yang saya tulis ini adalah kejadiaan yang menimpa saya dan saya harap sangat masyarakat kita dapat berubah mencontohi akhlak Nabi saw yang menyayangi kanak-kanak. Kisahnya saya bawa mayya sembahyang hari raya aidilfitri, ketika itu umurnya 3 tahun lebih. Okla, sebelum solat jemaah tu mood dia baik sangat tapi bila saya dah mula solat nak masuk rakaat kedua dia mula menangis dengan kuat tanpa henti sehinggalah habis solat. Lepas tu semua pandang saya dan buat muka, ada sorang tu siap cakap lagi dah tau anak menangis buat apa datang masjid, berdosa engkau sebab buat semua orang tak khusyuk solat. MasyaAllah sedihnya saya dengar orang tu cakap begitu. Saya just senyum dan minta ampun kat Allah kalau betullah cakap makcik tu moga Allah maafkan saya dan terima sembahyang diaorang tu semua.. Itu kisah setahun yang lepas dan semasa saya di Masjidil Haram, saya lihat anak-anak ini semua berlari keriangan, ada yang menangis dan semua tetap solat dengan tenang, takde pun orang yang menegur 'anak engkau buat aku tak khusyuk solat, engkau dah berdosa'.... Itulah dia, dan bagi saya ini semua adalah proses saya belajar mematangkan diri dan ujian kecil untuk saya dalam usaha saya hendak menerapkan Aqidah dalam hidup Sumayyah.

Ayah Sumayyah pernah bertanya saya, 'awak nak bawa mayya dengar kursus umrah? dia kecik lagi, paham ke?' dengan ringkas saya menjawab 'InshaaAllah dengan izin Allah, tanggungjawab kita sebagai ibu bapa adalah untuk menjinakkan dia ke Masjid dan bersama dalam Majlis Ilmu'. Apa-apapun yang kita buat, Niatlah hanya untuk mendapat keredhaan Allah. InshaaAllah, Allah akan menjaga kita dan anak-anak kita. :)

Apa yang saya belajar dari Umrah kali ini adalah pergantungan total kepada Allah swt. Saya amat menghayati pengorbanan Siti Hajar dan saya belajar untuk BERDOA BERDOA BERDOA BERDOA dan terus BERDOA..... Bila kita bergantung hanya pada Allah dan patuh menjadi hambaNya seperti yang telah disyariatkan kita akan alami kemanisan dalam hidup kita.. Saya tak dapat nak terangkan dengan kata-kata kena sendiri yang alaminya baru tahu...

Saya sebenarnya dhaif beragama, perlu banyak perbaiki diri dan pertama kali dalam hidup saya, doa saya amat ringkas... sebenarnya saya rasa amat malu pada Allah dan rasa tak layak untuk meminta-minta kerana apa yang saya telah berikan kepadaNya amat sedikit dengan apa yang telah Dia berikan kepada saya... SubhanaAllah, Allahuakbar, Alhamdulillah... saya insafi diri dan moga saya akan jadi hambaNya yang beriman dan bertakwa..

Itu sahaja celoteh saya, harap yang membaca dapat manfaatnya. Inilah diantara kenangan abadi yang saya ingin kongsikan bersama. Semoga saya dan Mayya dapat kembali lagi ke Tanah Suci ini.. Amin.

ini TAG saya! ;)



Sebelum menaiki NAS Air ke Mekkah..


Abang tersayang di Bukit Marwah..

Intan dan Kak Long selesai umrah wajib bersama... :)

2 comments:

  1. Sebaknya baca... Alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan Intan sekeluarga. Yupe.. bergantung kepada Allah itulah sebaiknya. Kak Ja dapat feelnya.

    Mcm Kak Ja, 2 org anak masuk hospital sejak Ahad. Semalam dah discharged. 2 lagi hantar bbsitter. Pagi tadi clerk tanya, suami tak cuti ke jaga anak. Tak susahkan babysitter ke. Kak Ja macam.. ehh takpe. Semua ok. Babysiiter baik. Suami support tapi dia kena kerja. Sbb tu hantar bbsitter. DIa plak komplen.. takdelah kita kan kerja. Semua kita nak kena buat bla bla bla. Kak Ja kata.. jangan risau.
    Betapa kita bergantung kepada Allah dalam urusan kita. Itulah cara kita belajar dan bersyukur apa yg kita ada. Bila jadi anak2 sakit camni, kak ja mmg takde cara lain lagi.. Ya Allah mudahkanlah urusanku. Dan bila kita ingat Allah dan berserah semuanya mudah. Orang disekeliling kita baik. Gerak hati kita betul. Anak2 baik.. suami ok.. Kita buat je kan.
    Syukur alhamdulillah Allah juga yang memberi diri Kak Ja kematangan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Intan baca blog kak ja, intan tau anak kak ja sakit.. Intan tak dapat nak bantu hanya DOA intan sahaja pada Allah buat kak ja sekeluarga. Bagi intan, syukur Allah ketemukan intan dengan kak ja. Mengenali kak ja buat intan jadi kuat, selalu kalau xlarat ingat pada kekuatan yg ada pd kak ja... kalau kak ja ramai anak larat buat sorang2 n mengandung pulak tu, intan ni seorang je anak dh xlarat.. MasyaAllah, betapa kerdilnya diri ini.

      Bak kata Prof Dr Muhaya, bila kita pikir positif, doa positif dan semuanya akan jadi baik. Tiada apa yang mustahil bg Allah kan kak ja... Syukur atas nikmat yang Allah berikan ini.
      Semoga Allah berikan kita kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menjaga KhalifahNya ini... :)

      *i love you kak ja!! take care sis!* (hugsss)

      Delete