Total Pageviews


Friday 2 March 2012

Menambah koleksi buku Islam


Lepas aje waktu pejabat terus ke Putrajaya bersama TJ semata2 kerana tidak ingin melepaskan peluang menambah koleksi buku2 agama di rumah... Amat menarik dan banyak booth2 jualan. 2 jam membelek-belek buku akhirnya banyak juga buku yang dibeli...

Telaga Biru menawarkan diskaun istimewa kepada pembeli begitu juga antara penerbit lain yang menawarkan pelbagai tawaran menarik. Alhamdulillah, memang tak sia2 datang jauh demi menambah ilmu didada. Yang pasti mayya lah yang akan dipaksa membaca kerana mama banyak beli koleksi buku2 kisah Nabi dan Al-Quran versi kanak2.. Moga2 mayya mendapat manfaat dari bahan bacaan tersebut. :)





Ini pula 2 buah buku untuk saya dalami dan amalkan. Buku Magnet Rezeki dengan Solat Duha ni macam ade magnet, memanggil2 saya untuk membelinya kerana kedudukan buku ini yang tersepit diantara buku2 berkulit tebal memungkinkan orang ramai tidak melihatnya... Tak sabar nak baca buku ni.. :)

Anakku Hebat, Anakku Soleh ni buku panduan untuk menjadi ibu bapa yg menjadi teladan kpd anak. MasyaAllah, terasa amat berat tanggungjawab yg dipikul dan harapan Allah dan Nabi utk ibu bapa mendidik anak2 ini menjadi khalifahNya didunia.. Moga saya berjaya mendidik Mayya menjadi anak yang beriman.

Sebelum balik sempat juga saya dan TJ solat maghrib di Masjid Besi (Masjid Sultan Mizan) berhadapan dengan dewan pameran. SubhanaAllah... sungguh indah masjid ini dan saya rasa bertuah dpt solat disini. Terasa ingin kembali lg ke masjid ini untuk bersolat bersama mayya dan mendengar tazkirah imamnya. Mudah2an Allah swt kabulkan doa saya ini. Amin. :)

No comments:

Post a Comment