Total Pageviews


Monday 19 March 2012

Masak Tengahari untuk 35 orang tetamu.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana memudahkan penyediaan saya untuk menyediakan lauk makan tengahari sempena majlis kesyukuran masuk rumah baru kawan baik saya Dzakiyah di Impian Saujana, Kajang.

Asam pedas ikan kembung, ayam goreng berempah, sayur campur dan udang masak sambal menjadi pilihan Dzakiyah. Agak panik juga sebab dah lama tak masak untuk tetamu yang ramai dan sejak awal menyediakan makanan memang tanam niat untuk jamu orang makan dan masak penuh dengan kasih dan sayang agar tetamu yang datang dapat merasai kelazatan masakan tersebut.

Hasilnya... pagi ini dapat sms dari Dzakiyah... :-

" Intan tq so much 4 d food ystdy.. Semua org puji sedap n i dgn bangga bgtau my best fren yg msk :) my dad pun ckp ayam goreng tu sedap n how it shd be cut.. tp he also said nasik tu cukup utk 100 org mkn hihi ;p "

Alhamdulillah pujian itu untuk Allah swt sebenarnya yang telah menolong saya mempermudahkan segalanya. Dan sesungguhnya saya dan kak long amat risau jika tetamu tak cukup makan pasal tu kami tak berkira untuk melebihkan segala ramuan termasuklah nasi... :) Tetamu itu rezeki dan seharusnya dilayan sebaiknya.

Satu kejayaan peribadi buat saya hari ni. Tq Allah swt.. (*u*)

No comments:

Post a Comment