Total Pageviews


Friday 14 March 2014

Resepi Ayam Kong Pu

Atas permintaan sahabat2 fb saya, saya apdate kan resepi Ayam Kong Pu ni yang saya cedok dari fb Aimi... *tenkiu dik!!


Ayam Kong Pu


Mula-mula goreng gajus mentah tu sampai garing.. Ambil Cili kering (10) di potong ikut suka dan digoreng hingga garing dengan menggunakan minyak dari gorengan gajus tadi. Dah siap letak ketepi dahulu.

Sebelum tu ayam bahagian dada (2) dihiris nipis ikut suka dan diperap bersama garam halus, lada sulah, sos tiram serta kicap selama 10minit.

Tumis bawang putih (4) dan halia (seinci) yang telah ditumbuk sehingga naik bau dan garing. Masukkan ayam yang telah diperap itu... Goreng sehingga masak. Kemudian masukkan sos tiram dan sos cili secukup rasa. *ikut rasa lidah memasing lah yea... ;)

Akhir sekali masukkan lada benggala (1) dan bawang besar (1) yang dipotong dadu. Masak hingga ia lembut dan sebati. Kemudian masukkan cili kering yang telah digoreng, kacau barulah masukkan gajus goreng tadi...

Itu sahaja... simple dan amat mudah... Lauk ni kalau nak makan kat restoran cina muslim memang mahal harganya. So kalau masak sendiri dapat berjimat dan puas makan... boleh makan bertambah - tambah... :)

Selamat mencuba guys... *Chayok!!!

No comments:

Post a Comment