Total Pageviews


Monday 3 March 2014

Lawatan Kasih ~ Kali Pertama 2014


Pernah tak dalam kehidupan kita ni kita terasa kekurangan dan menyebabkan kita mengeluh? Umpamanya kita teringin nak pakaian yang cantik2, nak makan sedap-sedap, nak beli itu.. nak beli ini tapi duit gaji tak mencukupi? Akhirnya kerana kita tak dapat apa yang kita hajati mulalah kita salah kan majikan.. salahkan suami atau isteri dan paling sedih kita mula salahkan Allah swt dengan tidak mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan.... Nauzubillah...

Pagi tadi masa dalam perjalanan ke ofis saya dengar kisah dari ustaz di IKIM dalam slot motivasi pagi.. Ustaz kata salah satu faktor untuk rezki murah adalah dengan bersedekah kepada orang yang memerlukan dan Allah swt akan gandakan 10 kali... misalnya beri RM9 akan dapat RM19. InshaaAllah. :)

Melalui pengalaman juga didapati Allah swt bukan sahaja memberi balasan sedekah itu dalam bentuk wang ringgit tetapi ianya datang dalam bentuk kesihatan, kebahagiaan dan juga kelapangan hati dan fikiran iaitu ketenangan hidup.. :) kalau tak percaya cuba amalkan bersedekah dalam waktu kita kesusahan, dan lihatlah hasilnya pasti tidak akan mendukacitakan... :)

Pada tahun 2014 ini saya berusaha mencari rumah warga emas untuk dibantu. Bantuan ini bukanlah besar manapun cukuplah sekadar memberi bantuan yang termampu oleh saya dan kawan2 fb... InshaaAllah. Syukur ke hadrat Illahi kerana saya dipertemukan dengan Warga Emas Bandar Country Homes, Rawang. Rumah Warga Emas ni terletak berdekatan dengan Rumah Anak-Anak Pertubuhan Kebajikan Kasih Harmoni, Rawang.

Alhamdulillah pada 2 Mac 2014 (Ahad), kami telah membuat lawatan ke rumah warga emas dan juga rumah anak-anak pertubuhan kebajikan kasih harmoni ini. Berbekalkan kutipan sebanyak RM2,475.35 setakat 27 Februari 2014 kami berjaya membeli Nasi Beriyani Ayam Bukhara Mahbob untuk Lunch ngan Warga Emas, Peralatan keperluan anak2 PKKI seperti kipas, selimut, barangan keperluan dapur dan juga Happy Meals untuk dimakan bersama anak2 PKKI. Syukur dan ribuan terima kasih kepada sahabat FB yang sudi menghulurkan bantuan.. 

1 Mac 2014, dengan bantuan Eza, kami ke TESCO untuk membeli barangan keperluan mereka... :)

Beli Kipas...

Selimut.. Rak Baju...

Kerja2 memasang...

2 Mac 2014, kami melawat Rumah Warga Emas Rawang dahulu... :)

Rumah Warga Emas

Pokok Rosella...

Bergambar Kenangan Bersama...

Saya nak bercerita sedikit tentang rumah warga emas ni, ada 7 orang warga emas yang tinggal disini. Saya tak sempat lagi berkenalan dengan mereka semua secara in person... InshaaAllah one fine day saya akan interview makcik2 ni semua... doakan saya tabah mendengar kisah mereka ye... Saya tak kuat, saya juga tak malu nak confess yang saya amat sedih apabila melihat makcik2 ni.. saya teringat pada arwah mak saya dan saya sedih makcik2 ni semua tersisih dari keluarga mereka.. Ya Allah, kau berikanlah hidayah pada kami semua agar sentiasa menyayangi warga emas dan tidak meletakkan mereka dirumah penjagaan sebegini, semoga kami dapat menjaga sendiri saudara mara kami dengan penuh kasih dan sayang... Amin.

Selepas itu kami ke McD Rawang untuk ambil Happy Meals yang kami dah order semalam... Terima Kasih buat Nisa, Ea & the geng... Umi & Aisyah, Dja, Eza dan husband dan kak Ella & the gang yang ringan tangan membantu dan menjadi sukarelawan pada hari ini.. Tenkiu guys... :)

Mcd...

Smile...
I'm loving it..
Dja & Umi...
Sumbangan Amal dari kengkawan FB...

Happy!!
Say 'peace...'

Nak coklat??
Beg Milo & Twisties..

Untie Eza bagi coklat...
Fries....
ada apa dalam bekas ni???
~ curious face..
Smile...
Mizan..
Orang kuat!!!
Storytelling..
Kak Aisyah & adik2 comeyy..
Cak!!!
Ayu berdua... :)
Sape nak???
I'm happie..
me teringin nak anak boy... ;)

Kak Nisa ~ storytelling..
Buku Kisah Nabi..
Kenangan terindah...
Mari baca buku...
Bergambar bersama..
Happy Meals..
sape nak lagi???
Jom makan..
Baca doa makan dulu...
Kakak Ea & the boys..
Burger...
Syoknye kakak umi makan burger.. ;)
Nasihat berguna...
Alhamdulillah lawatan hari ini berjaya dan memberikan kami kepuasan... Anak2 ini bukan saja dijamu dengan makanan tapi kami isikan juga dengan makanan rohani melalui penghayatan storytelling yang telah disampaikan.. Terima Kasih buat semua kerana ini semua adalah hasil dari semangat kerjasama dan keikhlasan yang tinggi dari semua.. Tanpa Sokongan dan Doa semua, kita takkan dapat merealisasikan objektif Lawatan Kasih ini... 

Semoga amal baik ini dapat kami teruskan dengan izin Allah swt.... 

No comments:

Post a Comment