Total Pageviews


Sunday 22 July 2012

Lawatan ke Rumah Kasih Harmoni




Alhamdulillah, setelah lama mencari akhirnya ketemu juga... :)

Sejak arwah ayah pergi menemui Ilahi saya tidak putus menerima bantuan kewangan untuk pelajaran dari Yayasan Anak-anak Yatim Port Dickson sehinggalah saya habis sekolah menengah. Dan sejak saya di universiti saya berazam akan membantu anak-anak yatim setelah saya telah bekerja..

Alhamdulillah, 1/4 daripada wang gaji pertama saya peruntukan untuk Yayasan Anak-anak Yatim Port Dickson dan seterusnya sehinggalah saya tidak bekerja di Port Dickson lagi. Dan hari ini saya selangkah lagi dengan menceburi diri menjadi sukarelawan di Rumah Kasih Harmoni Rawang.

Rumah ini menempatkan anak-anak yatim, anak-anak dari ibu bapa yang bercerai dan ada juga ibu bapa yang kurang berkemampuan turut menghantar anak-anak mereka disini. Istimewanya di sini anak-anak ini hanya berumur lingkungan 4 hingga 6 tahun. Memang amat memilukan melihat wajah-wajah ahli syurga ini yang hidup dalam kesempitan dari kecil lagi. Moga Allah swt melindungi anak-anak ini.





Sempena Ramadhan yang bakal muncul esok, saya dan rakan-rakan bersama-sama menyumbang beras, susu, milo, bihun, sabun mandi, dan peralatan serta baju kanak-kanak untuk anak-anak disini. Semoga Allah swt menerima sumbangan ikhlas kami ini.


" SeLaMat DaTanG RamaDhaN "

2 comments:

  1. salam kenal,

    boleh kongsi tak macammana nak jadi sukarelawan untuk rumah anak2 yatim tu ..
    saya sgt berminat email saya di imtinanzk@gmail.com

    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam eim....

      salam perkenalan. :) kalau eim berminat sila hubungi puan riha - 013-3012093.

      Delete