Total Pageviews


Friday 7 December 2012

Menyambut harijadi Mayya yang ke 4.


5 Disember 2012 genap Mayya berusia 4 tahun... Alhamdulillah dengan hadirnya Mayya disisi menceriakan hidup saya sekeluarga. Kesempatan ini dihabiskan bersama di Genting Highland dan meriah sekali turut ditemani Aliya dan Najua... :)

Apa-apapun kanak-kanaklah yang paling gembira sekali, saya dan Najua turut terima tempias 'senang hati' apabila mendengar gelak tawa kedua-dua kanak-kanak ceria nie... :)

muka riang bermain... :)


cantik tak hello kitty nie?


makan aiskrim di malam hari... tak sejuk ke tu??

Mayya yang tak reti rasa sejuk nak juga makan aiskrim memalam ni.. layan ajelah... nasib baiklah birthday dia... ;)

Sebelum balik ke KL kami sempat singgah ke Genting Strawberry Park, dapatlah budak berdua ni petik buah strawberry untuk dibawa balik ke rumah... uishhh, bukan main seronok... mamanya dalam hati risau je timbang-timbang berapalah nak kena bayar ye??? - hahaha.

bersemangat memetik buah strawberry...

Inilah hasilnye... 5 buah aje yea.... ;)

No comments:

Post a Comment