Total Pageviews


Tuesday 25 June 2013

Family gets together...

Hari ni kak ella nak open table kat river view kuala selangor.. Walaupun kami seramai 7 orang adik beradik tak dapat berkumpul bersama, Alhamdulillah seramai 4 orang adik beradik beserta anak memasing pun dah memadai... :) 

Kami berkonvo 3 buah kereta dari rawang ke kuala selangor.. tiba agak lewat memang dah lapar sangat lah nak makan.. Alhamdulillah perut memang padat diisi. Ada udang, ketam, ikan, lala dan pepahatnya penuh dgn isi... Sedap masakan seafood disini.


family gets together... #happie...


Mayya & baby Mizan...



Apa tu Mizan?
Kakak Anim, careful!!



Jemput makan semua...
Alhamdulillah.. Syukran Ya Allah.



ketuk... ketuk... jangan tak ketuk...
#terpelanting sudah! hehe...

Selesai menjamu perut kami singgah ke Bukit Melawati, naik train dan turun di puncak.. apelagi sukalah bagi makan kat monkey... :)






Dalam perjalanan balik ke KL, kami singgah pekena cendol bakar.. Nasib baik tak kena queu panjang.. Memang sedap cendol ni.. kelainan gula melakanya.. :) Saya walaupun batuk tak sembuh lagi pekena gak cendol tapai pulut... xpe, balik umah nanti makan ubat batuk ye.. 



Bila semua adik beradik dah membesar dan masing2 ada keluarga sendiri memang payah untuk berkumpul.. apa2pun saya amat bersyukur dapat bersama2 hari ini walaupun xsemua dapat bersama. Syukur Allah swt kerana mengukuhkan ukhwah kami.. menjalinkan ikatan persaudaraan kami dan kami memohon keselamatan dariMu agar keluarga kami sentiasa dalam rahmatMu. - Amin.

No comments:

Post a Comment