Total Pageviews


Monday 17 June 2013

Bali ~ Day 1

~ Padang - padang beach & Uluwatu - monkeys - Kecak Dance upon sunset ~

8 Jun 2013



Ok, kali ni saya berkunjung ke Bali lah pulak... Selalu kalau dengar Bali ni teringatla kes Hotel yang kena bom kat Bali dulu. Memang tak ada dalam wish list pun nak gi Bali ni tapi sebab nak join Kak Aidah dan Ea ditambah lagi dengan best rekemen dari Kak Reen, apalagi tempah tiket AA lah jugak.. ;)

Kali ni kami ambil personal tour guide kat Bali. Semua urusan booking melalui emel.. memang mudah dan harga pakej yang ditawarkan pun berbaloi. :)
lihat sini : www.balipersonaltour.com





8 Jun 2013 jam 9.25am kami pun boarding... Ea, first time ke luar negara. Memang teruja lah cik adik manis ni... ;)




AA Nasi Jingo Bali ala Farah Quinn...

Kali ni takdelah pening dengan perubahan waktu sebab waktu di Bali sama dengan waktu di Malaysia..  Penerbangan selama lebih kurang 2 jam 45 minit jadi lebih 3 jam sebab kapal terbang tak boleh landing so berlegar-legarlah kitaorang kat ruang udara Bali, tengok.. cantik sangat pemandangan pantai dari atas.. air lautnya yang menghijau dan membiru amat mempersonakan...




Alhamdulillah.. akhirnya kami mendarat dengan selamat dan kami disambut oleh Wayan yang telah lama menunggu... Saya kagum melihat Wayan dengan pakaian tradisional masyarakat Bali. hurmmm... not bad...









Welcome to Bali!!!

Wow, kami bertiga amat teruja nak explore Bali, tengok dari atas je dah cantik apalagi nak tengok didarat ni kan.. Alamak, perut berbunyi.. MasyaAllah dah jam 3pm rupanya.. padanlah dah minta diisi sampai keluar lagu keroncong.. haha. Wayan, carikan kami restoran halal, kami dah lapar.. akhirnya restoran Padang menjadi pilihan Kak Aidah.. 



hah... bila dah kenyang baru lah boleh nak fokus.. apalagi, Wayan pun bawa kami ke Padang - Padang Beach... Waaahhhh.... mempersona!!!

Biasanya bila kita nak kan sesuatu pasti ada kesusahan dahulu yang tuhan uji barulah nikmat bila kita perolehnya.. Samalah dengan kes saya ni, ingatkan pantai tu macam pantai Telok Kemang kat Port Dickson je, rupa-rupanya kena bersusah-susah dahulu baru dapat ke pantai... kena redah batu-batu besar dan panjat anak tangga jugaklah.. keluar semua peluh kami... hahaha!!







Alhamdulillah kami Berjaya!!! chewah, memang berbaloi.. pantainya pendek sahaja tapi amat indah pemandangannya. SubhanaAllah, indah ciptaan Ilahi.







Tak lama kami kat padang - padang beach ni sebab Wayan bagi 45minit aje pastu kami kena ke Uluwatu untuk tengok tarian kecak sewaktu matahari terbenam.


Wahhhh... rupanya pemandangan di Uluwatu lagilah cantik.. tak tergambar dek bahasa... 




Dari pintu masuk nak ke tempat Kecak Dance tu agak jauh jugak nak berjalan.. Walau badan dah mula penat sebab dok naik tangga turun tangga kat Padang - padang beach tu kami tetap teruja, meneruskan melangkah kaki untuk menonton kecak dance.. yeeehhhaaaa...



Kami sampai awal so masih ade lagi seat yang kosong. Alhamdulillah... Sebelum datang Bali ni ade la tengok dokumentari kat Astro, our angkasawan negara, bawa keluarga bercuti di Bali dengan anaknya yang baru lahir siap tengok kecak dance lagi.. haaa, arini peluang saya plak tgk live.. #best...

Sambil menikmati suasana matahari terbenam (sunset) kami menyaksikan persembahan tarian.. mula2 keluarlah ramai lelaki yang mengalunkan 'kecak'.. memang menakjubkan sebab tak guna satu pun peralatan bunyian. 100% dari suara mereka.. Paling saya terhibur dengan persembahan the white monkey.. memang terhibur.. 















Saya memang suka dengan white monkey ni, gelagat dia memang menghiburkan, apabila menonton berhati-hatilah dengan white monkey ni kerana tak mustahil dia boleh berada disebelah kita tanpa kita sedari.. ;) hebatkan?

Okla, abis je kecak dance kami diberi peluang bergambar bersama.. so apalagi... #hihihi









Kami meneruskan perjalanan ke Bakung Sari Hotel, sampai je terus makan maggie dan tidur... kami kepenatan tapi tak sabar nak berjalan lagi esok hari... 

#nantikan kisah Day 2 di Bali yea.. 

No comments:

Post a Comment