Total Pageviews


Wednesday 19 June 2013

Bali ~ Day 2

~ Nusa Dua water blow - Mengwi Taman Ayun - Ulun Danu by Lake Beratan - Jati Luwih rice terraces & Tanah Lot upon sunset ~

9 June 2013


Kringggggggg!!! Kringgggggggg!!! Kringggggg!!! ~ Alarm clock berbunyi....


Pagi-pagi lagi kami dah bangun bersiap sebab hari ni janji Rai akan datang ambil kami di hotel tepat jam 8.30am. Kami breakfast di hotel...

vegetarian breakfast - mee goreng sayur bersama telur dadar..

Sepatutnya semalam kami ke Nusa Dua Water Blow tapi sebab flight dah delay so kami tunda lawatan ke hari ini.. apalah agaknya water blow tu kan? tak sabar nak gi tengok ni... ;)

Wahhhhh.... Rai telah menunggu dengan toyota kijang nya.. hensem gak Rai ni!!! ;) Dalam perjalanan ke Nusa Dua kami berkenalan dan beramah mesra. Rai lah owner www.balipersonaltour.com yang saya deal dari Malaysia melalui emel. Orangnya peramah, berilmu dan becok bercakap.. hehe, jangan marah ye Rai... ;)

Welcome to Water Blow @ Nusa Dua, Bali.
Tempat ni amat cantik... pemandangan pesisir pantainya amat indah.. Amat tenang melihat lautan terbentang luas, ombak menderu tinggi... cantik ciptaan Ilahi...




Saya pun taklah mahir sangat dalam subjek geografi dan kaji bumi so agak terpinga-pinga jugalah mencari dimana kuasa yang menarik air ini ke atas. Yang pasti Allahuakbar, semuanya dalam kuasa Allah swt.

Sudi-sudikanlah tengok gambar-gambar ni bagaimana kuasa air dapat melantun tinggi dan indahnya tak terkata dek bahasa...






Cantikkan? Luckily, saya dan Ea tak basah pun dek water blow tuh.. Ikut kata Rai, ade yang dia bawa basah kuyup dan kena gi hotel semula salin baju... hihi... #syukur..

Semasa perjalanan balik ke kereta kami menikmati pemandangan di Nusa Dua, sempatla si Ea ni berposing lagi bersama Krishna dan Arjuna...



Kami meneruskan perjalanan ke Megwi Taman Ayun yang bermaksud 'the floating garden'.


Mernurut Rai, tour guide kami, Taman ini dibina oleh Raja Bali pada masa dahulu dan menggunakan kepakaran Arkitek dari China. Megwi Taman Ayun ni baru lagi diiktiraf oleh UNESCO, lihat gambar tu...




Menurut Rai lagi, taman ini dibina umpama 'temple festival' dimana 'god of the temple inviting the god of the other temple' untuk ber festival disana. Melalui pintu-pintu di Taman Ayun itu umpama 'we are coming from the hell to the earth (pintu 1) and knock the door of heaven (pintu 2)' Itulah yang diterangkan oleh Rai.. maafkan saya lah kalau silap fakta, inilah penerangan Rai yang sebijik2 saya tulis kat kertas... #heeee


pintu 1





best je tgk kucing2 ni tidur
#geram, rasa nk kacau je dema.. 

sabung ayam.. mainan tradisi mereka..


pintu 2

Dan inilah syurga yang dimaksudkan.. Kami hanya tengok temple ni dari luar.. Kelihatan berlapis-lapis Pagoda terbina. Menurut Rai lagi, 'there are 1 to 11 level of Pagoda that presenting holy letters by 11 main havens of God.' interesting kan?? Rai memang bangga menceritakan sejarah Bali. Seronok dapat menimba sedikit sebanyak sejarah Bali daripada beliau.



Setelah puas explore Megwi Taman Ayun. kami meneruskan perjalanan ke Ulun Danu by Lake Beratan. Menurut Rai, Ulun Danu ni ialah 'the hat of the lake'. hurmmm apakah itu??? kita tengok foto yea... ;)






" Pohon beringin dahannya rendang... 
Akar menjalur jatuh kebumi...........
Penghibur aku, penolong aku........
Akulah anak yatim piatu..............
Laju... Laju... Buaiku laju...
Aku nak kahwin dengan anak Raja..... "


Ingat tak lagu tu? hah.. nilah pokok beringin tu tapi kat Bali xde buaian jer.. kalau ade buaian pasti Ea dah berbuai laju nyanyi lagu bawang putih bawang merah nie.. #hikhik.. Ea sayang, jangan marah busu yerk..




Indah landskap disini.. Kena aje mata memandang... Rai kata saban tahun mereka akan memberi persembahan korban kepada Tuhan mereka ditasik ini lambang berterima kasih mereka kepada Tuhan yang telah memberi mereka nikmat kehidupan selama ini...

saya khusyuk mendengar penerangan dari Rai...










saya gelar pokok ni, pokok serabut..
tak tentu arah daun nye... ;)

Rai bawa kami makan di restoran halal kat sini, dekat aje dengan masjid.. Jom makan, sedap dan pedas sampai keluar hingus!!! #haha.


Inilah kedai makan yang saya maksudkan itu... #must try guys!!!







oooopppssss... kat sini pun ade jual Jamu Super Jantan, ramuan Arab gitu... ;)



Bila sampai je makanan yang dipesan, apalagi... melantaklah kami.. tengok tu, saya memang kekenyangan.. Bab rasa jangan cerita.. Ayamnya kecil dan pedas memanglah sedap (ayam bakar taliwang dan ayam pelecing).. Sataynye amat istimewa disebabkan kuah kacangnya yang pekat dan likat.. memang tak jumpa di Malaysia... Sesiapa yang ke Bali, MUST TRY satay ni. Dijamin sedap...


Kak Aidah dah teruja nak makan... #Gado2 pun sedap!


saya kepedasan....

Selesai makan kami bersiar-siar di luar restoran, tepersona melihat bunga orkid yang berbunga banyak dan besar.. Amat cantik!!! SubhanaAllah...



Alhamdulillah.. kenyang perut senang hati, kami meneruskan perjalanan ke Jati Luwih rice terraces.. Sepanjang perjalanan kelihatan ramai yang menjual buah-buahan segar ditepi jalan. Tergoda melihat strawberi segar lalu Rai berhenti dan apalagi kami pun makan strawberi dalam kereta menuju ke destinasi seterusnya.. nyummiiiesss... manis, masam dan juicy...





sayur ditanam disepanjang jalan...

sawah padi terbentang luas...

Malangnya ada jambatan runtuh dan kami tak dapat teruskan perjalanan ke Jati Luwih rice terraces dan dengan itu kami pun pusing balik untuk ke Tanah Lot dan menikmati suasana matahari terbenam disana... 






we are here!!




cantik saujana mata memandang...



tebing bahaya...

posing habis ye Ea.. ;)



diremang senja...

indah ciptaan tuhan...

flying happily...


sunset...


Memang cantik pemandangan di Tanah Lot tapi kami tak dapat melihat matahari terbenam kerana sang awan mencemburui kami.. #hihi... Cuaca mendung dan hujan sekali sekala menghalang pemandangan matahari terbenam.. nampaknye macam nak suruh datang lagi jerrr... #hukhuk. 

Apa-apapun ketiadaan sang mentari tak membantutkan mood bercuti kami dan Malam Masih Muda... Apalagi, kami pun berjimba-jimba dengan siapa???? haaaaa... cik adik manis @bunga chempaka lah... ;) #yeeehhhaaaa!!!

inilah cik adik manis @bunga chempaka


Actually Nisa namanya... Nisa kat Bali selama sebulan dan kesempatan ni kami ambil untuk bertemu... Seronok sangat nak jumpa Nisa so saya minta Rai dropkan kami kat hotel Nisa stay dan kami lepak kat restoran padang berdekatan hotel Nisa untuk makan malam. Sambil makan2 apalagi mulut pun tak hentilah berborak... biasalah kan orang perempuan kalau dah jumpa macam bertih jagung mulut tu.. #hehehe...

khusyuk berborak.. ;)

Perut dah kenyang so kami terus tahan cab dan ------------ Hard Rock Cafe here we come!!!!



bersama hasil tangkapan... ;)




Selesai bergambar sakan kat Hard Rock kami pun ke starbucks lepak2... Memang seronok lagi-lagi dengan kehadiran Nisa. Tak puas jumpa sekejap so esok pun janji ngan Nisa nak dinner sama2... 


Terasa sedih nak balik hotel.. Oh malam kenapalah engkau cemburui kami... ??? #hukhuk.. Dalam teksi memasing melayan diri sendiri, terasa hiba plak nak tinggalkan Nisa... :'(


# ps : nantikan Day 3 di Bali esp dinner bersama Nisa --------- Awesome!!!  ;)  
         ~ tunggggguuuuuu.......


No comments:

Post a Comment